Sunday 27 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 6)



*okey! dah update!! sorry sangat.. sangat.. sangat.. sangat.. T__T  sbb lambat sangat update.. kebelakangan ni Ara sibuk dengan hal keluarga.. tapi tapi tapi!! nilah hasilnya ^^  enjoy reading okey?!! maa'ssalamah!*






BAB 6

“Boringnya…” Keluh Medina.
Telefon bimbit di atas meja jepun yang dijadikan sebagai workstation dipandang sepi. Nak main dengan Mesya,dah ada Ameer main dengan dia. Nak keluar pinggang tak baik lagi. Nak call Alya tapi waktu macam ni selalunya dia ada tuisyen.
Walaupun baru menginjak bulan April namun persiapan untuk menghadapi SPM telah dimulakan lebih awal berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya yang bermula selepas cuti semester. Tapi Sekolah Menengah Seri Mutiara  masih lagi dalam mood ‘warming up’. Baru-baru ini ada dengar yang budak-budak MPP sedang sibuk berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada bulan April. Dengar kata Hari Anugerah dan Hari Festival yang akan dilangsungkan. Tapi si mata kail tu elok pulak melepak kat rumah padahal dia pun budak MPP. Memang sekolah bapak dia agaknya.
Teringat akan Ameer terus mukanya membahang. Malu sendiri dengan kejadian malam tadi.
Bantal ditekup ke mukanya. 
“Argghh!” Medina jerit kecil. Tak sampai lima saat pintu biliknya diketuk.
Kelibat Mesya dan Ameer muncul disebalik pintu biliknya. Terbeliak matanya sekejap. Maluu! Baru terfikir dah datang. Memang panjang umur betul si mata kail ni.
Entah macam mana dia boleh lupa kunci pintu malam tadi. Dahlah pakai short. Walaupun baju yang tersarung baju t-shirt lengan panjang yang gabak tapi baju tu seksi! Kolar dia kemain lebar lagi. Senget sikit ke kanan nampak bahu kanan. Senget sikit ke kiri nampak bahu kiri. Sekali pandang memang nampak macam tak pakai seluar. Malunyaa!!
“Jaga Mesya kejap boleh? Aku nak keluar ada hal sikit.” Suara Ameer menyedarkan Medina daripada lamunannya.
Dinginnya suara. Desis hatinya.
“Hmm…” Medina mengiyakan aje sambil berusaha untuk duduk bersila di atas katilnya itu. Mendengar persetujuan daripada Medina,Ameer mula menapak ke katil. Medina memberi sedikit ruang untuk Ameer meletakkan Mesya yang hampir berusia empat bulan itu di sebelahnya. Nyenyak aje si kecil itu tidur. Mesti penat sangat main tadi.
Dalam kerek-kerek pun pandai jugak si mata kail ni jaga budak. Naik satu point! Tanpa sedar Medina menilai semula Ameer Mikail. Bibirnya menguntum senyuman kecil melihat Ameer melangkah meninggalkan biliknya itu.

“GUYS!” Jeritnya dari jauh sambil melambai ke arah dua orang lagi.
Bro,apesal lambat?”
Sorrylah. So,macam mana? Dah selesai?”
“Dahlah. Kau tu lambat sangat. Tadi si Emma tergedik-gedik cari kau mengalahkan kucing parsi Paris Hilton.” Ajuk Zack siap dengan gaya lagi.
Zack atau nama sebenarnya Muhammad Zaqhwan Bin Ismail merupakan anak tokoh korporat berjaya di Malaysia. Dia juga dikenali sebagai King of Kasanova di Sekolah Menengah Seri Mutiara itu. Tapi dalam kasanovanya,dia tetap tak tinggal solat,tak tinggal puasa. Cuma bila bab pegang-pegang dengan perempuan je…
 “Melangit sangatlah kau punya perumpamaan tu Zack.” Tegur KZ.
Khairul Zikri Bin Affendi atau lagi glamour dengan nama KZ (cara sebut KayZee) merupakan satu-satunya anak tunggal kepada salah seorang ahli korporat dan ahli politik terkenal Malaysia,Dato Affendi Musa. Malah keluarga belah ibunya ada keturunan kerabat diraja Perak. Kekayaannya jangan dicakaplah,sampai tujuh keturunan pun memang tak akan habis! Bayangkan betapa kayanya si KZ ni? Kalau di Sekolah Menengah Seri Mutiara itu KZ sentiasa menjadi buruan pelajar-pelajar perempuan. Tapi yang peliknya satu pun dia tak layan. Katanya buang masa. Sampai ada yang sanggup tawar badan pada dia pun ada dan salah seorang daripada mereka-mereka itu termasuklah Emma.
Dan Ameer. Bukan tak tahu tapi macam buat-buat tak tahu je. Memang heartless betul mamat seorang ni. Masa KZ khabarkan pada dia dekat warung Mak Tijah dulu dengan selambanya dia cakap ‘biarlah dia,asal dia bahagia sudah’. Punyalah kawan seorang ni serba-salah nak bagitahu dia boleh cakap macam tu sambil menikmati air batu campur Mak Tijah yang memang sedap tahap guling-guling tu!
“Cis! Bukan kau punya perumpamaan ke? Aku tolong sampaikan aje. Ngahaha.”
“Gelak macam king kong.” Giliran Ameer pula yang loyar buruk.
Meletus ketawa mereka bertiga.
“Korang ada cakap ke aku kat mana tadi?”
“Haha…Aku cakap kau kat atas bulan. Mengamuk dia.” Sengih Ameer dengar. Lega!
“Sampai bila kau nak berkasih-kasihan dengan Emma tu? Jenuh betul aku tengok perangai dia. Tergedik sana-sini.” Soal KZ pula.
“Biarlah dia.” Acuh tak acuh Ameer menjawab. Geleng kepala KZ dan Zack mendengar jawapan Ameer.
“Pasal Stella tu,dia dah tau ke?”
“Belum kut. Aku tengok elok je si Stella tu tak ada kena serang.”
“Haisyy kau ni, tak ada pasal cari pasal.” Geleng lagi KZ.
“Tadi pergi mana je? Berapa habis?” Tanya KZ tiba-tiba dengan kening dijungkit-jungkit.
Ameer angkat bahu. “Macam biasa, card credit.” KZ dengan Zack mata ke atas tangan ke bahu tanda konon meluat dengan jawapan Ameer. Tahu dah memang itu je jawapannya. Sudahnya gelak besar masing-masing bila tengok perangai sendiri.
“Seronok eh jadi player?” Tanya Zack dengan sisa ketawanya yang masih belum habis lagi.
Sengih Ameer mendengar soalan Zack.
“Kau rasa?” Bagi soalan dijawab dengan soalan. Zack jungkit kening sebelum menarik nafas untuk menjawab soalan Ameer itu.
Bestlah kut.”
“Memang itulah jawapan seorang player.” KZ tepuk bahu Zack sekali.
Pecah lagi ketawa mereka.
“Kau kena ingat Meer,sekarang kau dah ada tanggungjawab. Tak boleh dah nak jadi romeo sangat.” Nasihat KZ setelah puas gelak tadi. Mula dah nak masuk sesi tazkirah percuma.
“Betul betul. Kau kena belajar jadi setia sekarang.” Tambah Zack.
Ameer buat muka boring. “Sejak bila korang ni jadi kaunselor terhormat ni?”
Sengih mereka berdua.
“Kau sayang dia ke tak sebenarnya?” Perbualan mereka mula menjadi lebih serius apabila soalan itu dikemukakan oleh KZ.
Ameer membiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Dia tahu siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh KZ tapi saja dibuat endah tak endah dengan soalan itu.
“Sampai bila Meer?” soal Zack pula.
Kedua-dua tangannya dibawa ke belakang kepala sementara kaki dilunjurkan ke atas meja. Mukanya diraup beberapa kali sebelm diletakkan kembali ke belakang kepalanya. Tertekan dengan soalan yang diasak oleh dua rakan baiknya itu.
“Bukan salah kau pun. Dah benda tu nak jadi,jadilah!”
“Dahlah Meer. Lagipun dia bukan ingat kau pun kan? So tak mustahil dia tak ingat pasal kejadian tu jugak. Dahlah. Stop blaming yourself.”
“Apa yang Zack cakap tu betul Meer. Tak dapat ubah apa-apa pun kalau kau terus salahkan diri kau macam ni. Just pretend the incident never happened,okay?
“Entahlah.” Ameer meraup lagi mukanya. Telefon bimbit dikocek seluar diambil. Jelas terpampang nama Emma di skrin telefon bimbit itu. Dari tadi lagi telefon itu bergetar. Sengaja dia biarkan dalam mode itu dan sengaja juga dibiarkan panggilan-panggilan sebelumnya itu tidak berjawab. Disebabkan terlalu rimas Ameer mengangkat juga panggilan daripada Emma yang tak pernah henti-henti itu.
Yes Emma?
“You! You dekat mana ni? Puas I call you kenapa you tak angkat? Sampai hati you kan buat I macam ni?!” Marah Emma.
Sorrylah dear. I tertidur tadi. Kalau I tahu u yang call I dalam mimpi jugak I angkat phone I tau.” KZ dan Zack mula buat muka meluat. Siap buat gaya nak muntah lagi,sengaja mengajuk kata-kata Ameer. Sweet talker betul! Ameer yang sedang berbual di telefon hampir aje terhambur gelak melihat aksi KZ dan Zack tetapi dapat juga ditahan.



“Mesya. Mesya rasakan lama lagi ke ibu dengan ayah ni?” Medina merenung Mesya. Dia bertanya macamlah si kecil itu memahami apa yang sedang diucapkannya. Tangannya diayun-ayunkan di atas muka Mesya. Suka dia melihat si kecil itu tertawa. Padahal setakat ayun-ayun tangan aje bukannya buat benda yang kelakar pun.
“Mesya,mesya. Kenapa abang Ameer tu kejap baik…kejap tak baik?” Medina terus bertanya walaupun dia tahu soalan-soalannya bakal dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sekali pandang ada jugalah macam orang tak betul si Medina ni.
“Haisy Mesya ni. Dari tadi asyik diam aje. Penat kak Nana bercakap sorang-sorang.” Posisi tubuhnya ditukar daripada baring mengereng kepada duduk bersila. Rambut yang dah serupa macam rambut Kak Limah itu dilurut-lurutkan dengan jari sebelum disanggul tinggi. Adellia Mesya diangkat dan mula ditimang-timang. Lalu dicium pipi si kecil itu berkali-kali.
“Cepat-cepatlah Mesya besar boleh teman kak Nana. Akak bosanlah sorang-sorang macam ni. Tade kawan.”
Terkebil-kebil si kecil itu memandang Medina. Kaki comelnya menendang-nendang Medina. Medina yang mengerti perlakuan Mesya cepat-cepat membaringkannya semula di atas katil. Dalam fikirannya cuma ada tiga perkara. Sama ada Mesya mengantuk atau lapar ataupun lampinnya sudah penuh. Kalau mengantuk atau lapar dia tak kisah,tapi kalau lampin yang penuh…
“Mesya lapar ya? Akak pergi buatkan susu kejap.” Rengekan Mesya makin menjadi-jadi. Medina berlari ke bawah untuk buatkan si kecil itu susu. Tangannya tangkas memasukkan serbuk susu ke dalam botol susu Mesya. Kemudian air panas dituang memenuhi suku daripada ruang botol itu sebelum menuang air kosong. Tutup botol dicapai lalu ditutup botol susu itu. Langkah kaki seragam dengan tangannya yang menggoncang-goncang botol susu. Sempat juga dia mencapai lampin pakai buang Mesya,takut-takut memang lampin si kecil itu sudah penuh. Jadi tak payahlah nak berulang-alik nanti.
“Jeng jeng jeng… Ni dia susu Mesya dah siap.”
Bantal yang diletak di sekeliling Mesya dialih. Botol susu disuakan ke mulut Mesya namun si kecil itu menolak. Ahh, sudah… Kalau tak lapar tak kan ngantuk kut? Soal Medina di dalam hati.
Ditepuk-tepuk perlahan punggung Mesya. Semakin gelisah Medina dibuatnya. Ni tak lain tak bukan nak minta tukar lampinlah ni. Nak tak nak terpaksa juga Medina mendekatkan wajahnya dengan punggung Mesya. Errghh… ada bau! Hidungnya cepat-cepat dikepit dengan jari. Tak tahan dengan bau yang datang dari Mesya. Selalunya yang rajin tukar lampin Mesya cuma si mata kail bukannya dia. Kepalanya digaru walaupun tak gatal. Macam manalah nak tukar lampin budak ni?
“Hmm…berdasarkan pemerhatian kak Nana,abang Ameer selalu kalau nak tukar lampin Mesya dia akan guna wet tissue. Tapi akak gelilah nak lap Mesya punya yayik tu!” Semakin gelisah Medina. Mana pernah dia tukar lampin budak! Memanglah dia suka dengan budak-budak tapi tak adalah sampai nak tukar lampin. Geli!
Rengekan Mesya jadi semakin teruk. Medina ada teringat mak su selalu cakap kalau biar aje lampin basah nanti ruamlah punggung Mesya tu. Kepalanya digaru lagi. 





*Alhamdulillah. satu lagi bab dah publish.. tunggu bab 7 pulak lepas ni okey*






5 comments:

  1. Sikit sgt! Haha .kasi lebih sikit...nexttt... :p

    #yid

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sangat?? punyalah i penat taip... :'(

      Delete
  2. Sangat! Lalalala.. Ok nk bce bab 7 :p

    ReplyDelete