Thursday 11 April 2013

Kau Aku Punya! (bab 9)


*cover yang dibuat oleh pihak NMK ^^ comel kan? hihihi... here's the new entry for chapter 9. Sorry for those yang lama sangat tunggu. :D *



BAB 9

ABANG waiter handsome pun berlalu pergi selepas selesai mengambil order. Terlentok kepala Medina melihat cara dia berjalan. Sangat bergaya!
Eh, kejap! Sejak bila aku jadi macam ni? Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Ni mesti sebab dah terpengaruh dengan mereka-mereka yang ada di facebook tu. Hadoi, payah ni bila dunia FB dengan dunia sebenar bercampur.
“Oii.”
Medina buat tak peduli dengan teguran Ameer. Sesedap rasa je panggil orang oi. Macam tak ada nama nak panggil. Oi juga yang dipilih. Tiba-tiba kakinya disepak. Betul-betul kena tepat pada tulang keringnya.
“Ouchh, sakitlah!” Tekan Medina dengan suara yang perlahan. Kaki dinaikkan ke atas bangku dengan kedudukan bersila sambil tangan mengusap betis sebelah kiri yang disepak oleh Ameer tadi. Taktik keji betul! Tapi mujur pakai seluar jeans. Tahu je lah kan tahap ketebalan seluar jeans macam mana. Makanya tak adalah sakit sangat. Saja je aksen sakit yang amat.
“Tenung macam nak tembus. Kut iye pun tak payahlah obvious sangat. Meluat aku tengok!”
“Suka akulah, mata aku bukan kau.” Medina jelir lidah. Apa kenalah dengan mata kail ni dari tadi tak habis-habis dengan perangai pelik dia. Lain benar… Selalu tak adalah macam ni. Sesekali usik dia macam best jugak. Mulalah otak jahat Medina bersuara.
“Ke kau jealous ni? Jeng jeng jeng. Kau suka aku ek?” Matanya dikecilkan dan kening sebelah dijungkit-jungkit apabila soalan itu keluar dari mulut mungilnya. Bibirnya dah senyum senget.
Tersentak Ameer dengan soalan yang memang betul-betul tepat pada sasaran itu. Dia ni kalau menebak selalu aje kena. Boleh baca fikiran orang ke apa dia ni? Ke Ahli nujum dari gunung jerai bercabang empat? Eh, ada ke nama gunung jerai bercabang empat?
Ameer berdehem sekali. Kononnya sebagai pembuka bicara untuk menafikan yang dia memang tengah bengkak hati dengan kemesraan Medina dengan waiter sakai tu.
Tak sempat Ameer ingin bercakap, abang waiter handsome a.k.a. waiter sakai datang menghantar minuman ke meja mereka. Pandangan mereka berlaga sekejap sebelum Medina mengucapkan terima kasih. Medina boleh rasa ada aura naga pada mata Ameer. Silap-silap boleh keluar api dari mata dia kalau tak pun laser macam superman tu.
Bukan dia saja-saja nak menggatal dengan abang waiter handsome tu sebenarnya. Tapi kalau dah handsome mengalahkan Zac Efron siapa-siapa pun boleh cair kut! Kekeke… Tanpa sedar Medina ketawa sendiri di dalam hati namun cepat pula dia sedar. Haisyy… Ni mesti pengaruh FB lebih ni. Rungut hati kecilnya sendiri.
Sejak rapat dengan kawan-kawan baru di laman sosial facebooknya, macam-macam perkara yang tak terlintas untuk dia sukai atau ketahui telah menjadi kesukaannya dan kebiasaannya. Kalau dulu mana pernah tengok movie sampai obses dengan pelakon-pelakonnya tapi sekarang mereka itulah yang selalu jadi topik perbualan. Ada sahaja perdebatan sesama mereka tentang pelakon mana yang lebih hebat, dan kebanyakkan pelakon yang tersenarai dalam sesi perdebatan mereka adalah pelakon-pelakon lelaki termasuklah Zac Efron, Robert Pattinson, Channing Tatum, malah Lee Dong wook pun turut jadi rebutan. Bukan setakat cerita Inggeris aje yang mereka layan, tapi cerita Jepun, Korea, dan kadang-kadang cerita Melayu pun mereka sapu habis!
Pada asalnya mereka ini mulai rapat atas minat yang sama. Masing-masing suka membaca novel dan kebetulan pula ramai antara mereka fanatik dengan penulis yang sama. Malah yang lebih menarik lagi, mereka berada di landasan yang sama iaitu ingin berubah ke arah yang lebih baik. Persamaan yang dipegang oleh mereka inilah yang telah membawa kepada ukhwah yang lebih serius. Tak pernah terjangkau dek akal masing-masing yang mereka boleh berkawan rapat walau melalui alam maya semata-mata. Alhamdulillah ukhwah yang terjalin kerana Allah sangat memberi seribu manfaat kepada mereka. Banyak perkara yang dikongsi bersama dan kepercayaan mudah sahaja diberi sesama sendiri. Mungkin inilah yang dikatakan ukhwah fillah fi sabilillah.
Itu pasal bila Ameer kepoh-kepoh yang dia selalu mengadap facebook aje, dia boleh buat pekak, tak menjawab apa. Sebab kalau diterangkan pun pada si ‘mata kail’ tu tak akan pernah dia faham! Dah namanya pun ‘mata kail’ kan, kerjanya mengail ikan je lah. Kekeke…
“Makanlah cepat! Kejap lagi nak balik dah.”
Suara Ameer mematikan lamunan Medina.
“Kalau jealous tu katakan aje jealous. Dan-dan nak kontrol macho konon. F.Y.I. aku ni mampu baca isi hati orang tau, lagi-lagi kau.” Perlahan ayat itu keluar dari mulut mungilnya. Ameer buat muka. Apa ingat aku tak dengar?
Keadaan kembali sepi antara mereka berdua. Krik krik krik…
“Eh! Tu bukan ke Emma?” Tiba-tiba Medina menjerit kecil.
Bagaikan kena renjatan elektrik kepala Ameer terus berputar ke sembilan puluh darjah ke kanan. Serentak itu dia berdiri. Terbeliak matanya melihat Emma yang sedang berjalan ke arah mereka. Tapi Emma kelihatannya seperti tidak perasan akan keberadaan mereka. Dia sibuk bercakap dengan seorang perempuan muda yang lebih kurang sebaya dengannya. Mungkin berusia awal dua puluhan. Tangan pula kiri kanan penuh dengan segala jenis beg kertas dari pelbagai jenama terkenal.
“Eh! Cepat-cepat. Masuk bawah ni.” Jari telunjuknya mengarah ke bawah meja tempat mereka sedang makan itu.
Biar betul dia ni? Apa ingat ni nak main sorok-sorok ke?!
Medina buat muka.
“Tak ada pasallah aku nak masuk bawah tu.” Tangannya disilangkan.
“Cepat ajelah! Nanti dia nampak susah.” Ameer dah bergerak ke Medina lalu ditekannya bahu dan kepala Medina supaya menunduk ke bawah.
“Weyh, sakitlah!” Separuh badannya sudah pun di bawah meja itu. Orang ramai yang makan di restoran itu mula memandang pelik.
“Tolonglah. Kali ini aje. Kalau dia nampak kita berdua macam ni, nanti aku susah, kau pun sama susah. Nak jadi macam tu?”
Emma dah terperasan Ameer di situ. Kakinya semakin laju menapak ke arah Ameer yang sedang berdiri dan Medina yang tertunduk di bawah meja.
Medina terdiam sekejap mendengar soalan Ameer tadi. Masuk akal juga kalau ditimbang-tara apa yang Ameer cakap. Mulut Fatimah Dato’ Zainal tu bukan boleh tutup. Mahunya nanti dia cari tahu apa hubungan aku dengan Ameer ni. Lepas tu habis satu sekolah tahu. Malulah!
“Eh, dia datang betul tu! Cepat-cepat!”
Medina menjulingkan matanya. “Memang aku menyorok tak payah cover.” Perlahan tapi jelas di pendengaran Ameer. Mendengarkan perlian Medina itu terus sahaja dia menukar tempat ke tempat duduk Medina tadi. Jadi, bila Emma datang dia tak akan perasan yang Medina ada menyorok bawah meja tu.
“Ameer! Jodoh kita kuatlah dear. Tak sangka boleh jumpa you dekat sini.” Lantang suaranya berbicara.
Orang ramai yang makan di restoran itu mula bersosek-sosek. Entah mengumpat apalah tu pasal dia.
Medina di bawah mula berasa tidak selesa. Daripada duduk bercangkung, sekarang posisinya sudah bertukar menjadi duduk bersila pula. Lenguhlah kaki kalau nak cangkung aje! Tangan kanannya menongkat dagu. Matanya menyorot memandang kaki-kaki manusia yang lalu-lalang di luar restoran itu. Nak tengok muka tak nampak. Kaki ajelah yang menjamah pandangan matanya. Telinga menangkap perbualan Ameer dan Emma. Tapi bukan curi dengar okey! Ni namanya terpaksa dengar.
“I pun terkejut nampak you tadi.”
Okey, itu tak tipu. Gelabah macam cacing tak dapat mandi tadi. Sampaikan aku ni kena tolak masuk bawah meja!
“You buat apa sini? Shopping lagi ke?”
“A’ah. Jam tangan I rosak.” Mulutnya dimuncungkan sedikit dengan air muka yang seakan-akan mahu menangis.
Perlu ke nak buat muka sedih macam tu?
“Alahai, kenapa you tak cakap dengan I? Kalau tak I boleh belikan untuk you.”
Okay, this is so annoying! How can he wasted his money on girl like this?
So sweet of you! Tapi I dah beli. You belikan I barang lainlah. Habib Jewel ada buat promotion sekarang ni.” Senyumnya melebar. Dan semakin lebar apabila Ameer mengangguk.
Gila tak malu dia ni. Bapak sendiri kaya pun masih jugak nak kebas duit orang lain. Weyh, kau tak tau ke yang dia ni ada isteri nak kena tanggung!!
“Eh, ni I lupa nak kenalkan. My beautiful cousin, Jasmine. Jasmine, meet my man, Ameer Mikail.”
Tangan dihulur.
Your man? Since when? Ikatan pun tak ada, dah mandai-mandai nak kata ‘my man’.
Tangannya digenggam kuat. Gigi pula diketap. Tanpa sedar kaki dah tersepak betis Ameer.
“Ouchh!” Nyaring Ameer menjerit. Semua orang memandang ke arahnya. Lepas itu, mereka gelak. Gelak kerana tahu apa yang sedang berlaku pada Ameer. Medina yang berada di bawah juga turut tergelak kecil. Walaupun perbuatannya tadi tanpa sedar, tapi dia puas. Puas dapat pukul ‘mata kail’.
Tak jadi Ameer ingin menyambut salam yang dihulur oleh Jasmine tadi.
“Tak ada apalah. I tiba-tiba sakit perut. I rasa I nak kena balik dah ni.”
“Alaa… I baru nak ajak you temankan I shopping lagi.”
Eh, eh perempuan ni. Sekali aku libas dengan beg ni, koma setahun kau!
Next timelah kita shopping. Lagipun esok sekolah.” Ameer mengukir senyum plastik.
Bagus. Bagus.
“Okeylah. I balik dengan you ye?” Matanya bersinar-sinar memandang Ameer.
Habis tu aku ni nak campak mana? Mall ni bukannya sebelah rumah aku! Ggrrrr…
“Eh, mana boleh! Eh, maksud I, tak bolehlah. I datang sini dengan family I. Nanti apa diorang kata. Kan?”
“Laa, you datang dengan family ke? I ingat sorang aje. Tak apalah. Tapi ingat, you hutang I satu set barang kemas Habib Jewel tau.”
Hesyy, si Patimah ni sungguh mencabar keimanan aku! Aku kahwin pun tak dapat set barang kemas. Ni lagi kau yang tak ada hubungan langsung-langsung.
“Okey. I ingat.”
Mata Medina terbeliak. Ameer betul-betul nak belikan?
Tangannya pantas menumbuk kaki Ameer.
“Ouchhh!” Kali ini lebih panjang bunyinya.
Dear, are you okay?”
“Macam sakit sangat je muka dia. I rasa elok kalau you pergi klinik.” Celah Jasmine. Riak mukanya juga kelihatan risau.
It’s okay. Perut I masuk angin je kut.”
Medina sudah terkekek-kekek di bawah. Tangannya ditekup ke mulut menahan daripada keluarnya bunyi gelak.
“Betul ni?”
“Betul. You better go home first. I ingat nak kena pergi toilet sekejap ni.”
“Okey, okey. I balik dulu. You hati-hati drive.”
Anak matanya menghantar Emma dan Jasmine keluar dari restoran itu. Sekarang ini, giliran Medina pula!