Thursday 21 November 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 9)





BAB 9


MATANYA ralit memandang rumah-rumah agam yang ada di kiri dan kanannya. Perghh! Entah berapalah harga sebuah ni? Kalau boleh main pick-pick je kan best! Pilih je mana yang berkenan lepas tu terus jadi hak milik kekal. Tak sangka pulak dekat Kajang ni ada Country Height. Huh, sungguhlah aku ni kuno tahap tinggal dalam gua tempurung kelapa di zaman batu.

“Kanan ke kiri ni?” Keningnya dah ternaik sebelah. Mama di kerusi sebelah dah garu-garu kepala, lepas tu sengih sumbing. Ngaaa… Tu mesti tak tahu jalanlah tu! Mama niiiiiiii!!!

“Kanan kut.”

“Kut, kut pulak… Yakin ni?” Mukanya menoleh ke sebelah.

Puan Ros mengangguk. Kaki Dahlia pun terus tekan pedal minyak lepas make sure mamanya betul yakin yang kereta ni nak masuk ke lorong kanan.

“Kanan lebih afdal.” Sekali lagi Puan Ros sengih sumbing. Dahlia dah tepuk dahi.

“Apa kata mama call je aunty Deeja tu.” Dahlia usulkan cadangan. Tak sanggup dah rasanya nak menekan pedal minyak. Boleh pulak tadi jammed dekat tengah-tengah highway. Padahal gerak dari rumah masa tu dalam pukul lapan lima puluh minit. Bukannya pukul tujuh lima minit. Entah apa pasal entah tiba-tiba je nak jammed walhal bukannya peak-hour pun. Lepas tu ada pulak pemandu yang tak berapa nak reti main cilok-cilok tengah penuh sesak tu, buat jalan tu macam jalan bapak dia yang punya! Hati siapa yang tak panas? Ngeee….

“Ouh ye, kejap ek.”

“Hmm…” Dahlia mengeluh. Bukan marah tapi penatttt. Penat melayan anak-anak buahnya dengan si abang Hitler jadian yang banyak songeh tiga hari lepas masih tak hilang. Kaki bukan main lenguh lagi lepas peristiwa kena bebel sampai tertidur-tidur sebab main bunga api dengan mercun malam tu. Bila teringat memang nak tergelak guling-guling.



“LEPAS ni dah tak ada dah nak main bunga api ke, mercun ke, meriam buluh ke, apa benda ke. Rasa macam nak gugur jantung papa tadi tahu?” Enam pasang mata itu jatuh memandang lantai. Diam tak berkutik sebab Encik Kamarul Hamzah dah keluar aura sarjan misai tebal!

“Dengar tak ni?” Suaranya tak tinggi tapi tegas. Keras.

Keenam-enam orang itu angguk kepala banyak-banyak kali.

“Yang angguk macam burung belatuk kenapa? Orang tanya dengar ke tidak?” Masih lagi keras suaranya.

“Dengarrr…” Serentak suara mereka berenam menyebut perkataan yang sama.

Puan Ros geleng kepala. “Mujur mama dengan papa sempat lompat dari buaian tu tadi. Ni pun mama dah rasa macam nak demam je.”

Alif dan Dahlia angkat muka. Kemudian Orked dan Firdaus pun sama juga ikut serta angkat muka dari memandang lantai sebelum Fikri dan Asyraf memandang sama.

“Lain kali kalau nak tengok kami ni buat stunt, carilah tempat yang empuk sikit.”

Empat orang yang faham tu senyum. Sempat lagi nak masukkan sense of humour waktu-waktu ‘nazak’ macam ni.

Dan sesi kaunseling itu berakhir apabila semua yang kena bebel itu dah terlentok atas sofa. Frust aje dua orang yang jadi mangsa stunt segera malam itu.



“ASSALAMUALAIKUM.” Suara Puan Ros yang memberi salam di telefon melenyapkan memori tiga malam yang lepas dari dalam kepala. Kereta dah pun selamat berhenti di bahu jalan sementara nak menunggu mamanya mendail tuan punya rumah yang tak jumpa-jumpa dari tadi. I-pod shuffle dalam poket baju kurung dia keluarkan. Earpiece disumbat terus ke lubang telinga. Malas nak dengar sesi ramah mesra alam mama dengan kawan lama mamanya itu. Entah bila habisnya pun tak tahu. Dengar Paramore memekik lagi best!

Kepalanya mula dihinjut-hinjut ke atas dan ke bawah. Kaki pula turut bergerak mengikut rentak yang dia dengar dalam kepala. Mata dari tadi dah terpejam. Misery Business kuat menerjah gegendang telinga, langsung tak dengar bunyi lain selain suara Hayley. Entah berapa volume dia pasang pun dia tak ingat. Last sekali dia sentuh i-pod tu masa gaduh dengan Amran seminggu yang lepas.

Bahu terasa dicuit. Lagu Born For This dah sampai separuh. Lambat-lambat dia buka kelopak matanya. Kemudian wajah Puan Ros menyapa pandangan. Rasa nak tergelak dia bila tengok riak muka mamanya itu. Dengan dahi berkerut. Mulut yang bergerak-gerak seolah-olah bercakap, tapi tak keluar juga suara. Dan mata yang dah bertukar jadi macam mata superman bila keluarkan laser.

“Apa mama cakap ni?” Dahlia lontarkan soalan bodoh-bodoh alangnya. Lantang pula tu. Kira kalau sepelaung pun boleh dengar sebab dia bukannya bercakap pakai nada orang dalam kelambu tapi nada tarzan menjerit dekat tengah hutan sana.

Zappp! Earpiece di telinga sebelah kiri tertanggal jatuh ke riba.

“Pasang lagu tu berapa volume dia? Mama panggil banyak kali tak dengar-dengar jugak.”

Dahlia gigit bibir bawah. Suara Hayley merdu sangat sampai dia lupa yang dia tengah dengar lagu. Ingatkan mama dia yang buang tabiat cakap sorang-sorang. Rupanya dia yang tak perasan telinga dah kena sumbat dengar earpiece yang keluarkan lagu berdentam-dentum macam bumbung kereta nak runtuh. Mujur tak dengar yang lagi dasyat.

“Mama cakap apa tadi?” Dahlia senyum senget.

Puan Ros geleng kepala. “Rumah aunty Deeja dekat depan ni je. Belok kiri lepas tu sampai. Rumah dia yang corner-lot. Nampak aje ada terpacak khemah tu lah rumahnya.”




DAHLIA hanya memandang sepi adegan laga-laga pipi antara mamanya dengan kawan lama mama, Hajah Hadeeja. Tapi bibir tetap memaparkan senyuman. Senyuman plastik yang nampak tak macam senyum plastik pun. Well, bakat terpendamlah katakan.

Selesai sahaja mama terchenta laga-laga pipi, peluk-peluk, cium-cium, giliran dia pula untuk bersalam dengan Hajah Hadeeja. Bab salam dengan peluk dia okey lagi, tapi kalau laga-laga pipi, cium kiri kanan… Ouhhh… geli kut! Mama dah ke sebelah kawannya itu untuk bersalam dan laga-laga pipi lagi dengan seorang wanita yang nampak muda yang mungkin umurnya dalam lingkungan dua puluhan juga sama seperti dirinya.

“Ini…?”

“Dahlia.” Dahlia jawab spontan sesudah dia mencium tangan Hajah Hadeeja. Tapi tangan masih dalam genggaman wanita itu.

“Anak bongsu Ros.” Puan Ros mencelah selepas Dahlia bersuara. Hajah Hadeeja mengangguk. Kemudian dia senyum. Kepala Dahlia dia usap perlahan. Dahlia pula dah statik tak terkata apa.

“Besar dah dia.”

“Besar badan je ni. Perangai kalah anak-anak buah dia.” Dahlia sengih kena perli terang-terang macam tu. Kata anak bongsu, mestilah manjaaaaa!

“Ni anak akak yang bongsu jugak. Huda.” Huda yang berbaju kurung cotton warna ungu lembut itu mengangguk sekali kepada Puan Ros dan Dahlia. Masing-masing berbalas senyuman.

“Sama jugak manja. Lagi-lagi dengan abang dia, Hafiz tu.” Hajah Hadeeja menambah lagi.

“Umi ni… Huda berkasih sayang je, bukannya manja.”

Mereka ketawa kecil.

“Eh, jom masuk. Dari tadi berdiri je dekat pagar ni buat apa? Sekejap lagi nak mula dah majlis tahlilnya. Jom, jom!” Tangan yang masih menggenggam tangan Dahlia itu spontan menarik dirinya membuntuti langkah wanita yang hampir sebaya dengan mamanya itu.






*setelah sekian lama tak menghapdet! punyalah nk tunggu sebulan sekali baru update -.-'... *