Sunday 27 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 6)



*okey! dah update!! sorry sangat.. sangat.. sangat.. sangat.. T__T  sbb lambat sangat update.. kebelakangan ni Ara sibuk dengan hal keluarga.. tapi tapi tapi!! nilah hasilnya ^^  enjoy reading okey?!! maa'ssalamah!*






BAB 6

“Boringnya…” Keluh Medina.
Telefon bimbit di atas meja jepun yang dijadikan sebagai workstation dipandang sepi. Nak main dengan Mesya,dah ada Ameer main dengan dia. Nak keluar pinggang tak baik lagi. Nak call Alya tapi waktu macam ni selalunya dia ada tuisyen.
Walaupun baru menginjak bulan April namun persiapan untuk menghadapi SPM telah dimulakan lebih awal berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya yang bermula selepas cuti semester. Tapi Sekolah Menengah Seri Mutiara  masih lagi dalam mood ‘warming up’. Baru-baru ini ada dengar yang budak-budak MPP sedang sibuk berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada bulan April. Dengar kata Hari Anugerah dan Hari Festival yang akan dilangsungkan. Tapi si mata kail tu elok pulak melepak kat rumah padahal dia pun budak MPP. Memang sekolah bapak dia agaknya.
Teringat akan Ameer terus mukanya membahang. Malu sendiri dengan kejadian malam tadi.
Bantal ditekup ke mukanya. 
“Argghh!” Medina jerit kecil. Tak sampai lima saat pintu biliknya diketuk.
Kelibat Mesya dan Ameer muncul disebalik pintu biliknya. Terbeliak matanya sekejap. Maluu! Baru terfikir dah datang. Memang panjang umur betul si mata kail ni.
Entah macam mana dia boleh lupa kunci pintu malam tadi. Dahlah pakai short. Walaupun baju yang tersarung baju t-shirt lengan panjang yang gabak tapi baju tu seksi! Kolar dia kemain lebar lagi. Senget sikit ke kanan nampak bahu kanan. Senget sikit ke kiri nampak bahu kiri. Sekali pandang memang nampak macam tak pakai seluar. Malunyaa!!
“Jaga Mesya kejap boleh? Aku nak keluar ada hal sikit.” Suara Ameer menyedarkan Medina daripada lamunannya.
Dinginnya suara. Desis hatinya.
“Hmm…” Medina mengiyakan aje sambil berusaha untuk duduk bersila di atas katilnya itu. Mendengar persetujuan daripada Medina,Ameer mula menapak ke katil. Medina memberi sedikit ruang untuk Ameer meletakkan Mesya yang hampir berusia empat bulan itu di sebelahnya. Nyenyak aje si kecil itu tidur. Mesti penat sangat main tadi.
Dalam kerek-kerek pun pandai jugak si mata kail ni jaga budak. Naik satu point! Tanpa sedar Medina menilai semula Ameer Mikail. Bibirnya menguntum senyuman kecil melihat Ameer melangkah meninggalkan biliknya itu.

“GUYS!” Jeritnya dari jauh sambil melambai ke arah dua orang lagi.
Bro,apesal lambat?”
Sorrylah. So,macam mana? Dah selesai?”
“Dahlah. Kau tu lambat sangat. Tadi si Emma tergedik-gedik cari kau mengalahkan kucing parsi Paris Hilton.” Ajuk Zack siap dengan gaya lagi.
Zack atau nama sebenarnya Muhammad Zaqhwan Bin Ismail merupakan anak tokoh korporat berjaya di Malaysia. Dia juga dikenali sebagai King of Kasanova di Sekolah Menengah Seri Mutiara itu. Tapi dalam kasanovanya,dia tetap tak tinggal solat,tak tinggal puasa. Cuma bila bab pegang-pegang dengan perempuan je…
 “Melangit sangatlah kau punya perumpamaan tu Zack.” Tegur KZ.
Khairul Zikri Bin Affendi atau lagi glamour dengan nama KZ (cara sebut KayZee) merupakan satu-satunya anak tunggal kepada salah seorang ahli korporat dan ahli politik terkenal Malaysia,Dato Affendi Musa. Malah keluarga belah ibunya ada keturunan kerabat diraja Perak. Kekayaannya jangan dicakaplah,sampai tujuh keturunan pun memang tak akan habis! Bayangkan betapa kayanya si KZ ni? Kalau di Sekolah Menengah Seri Mutiara itu KZ sentiasa menjadi buruan pelajar-pelajar perempuan. Tapi yang peliknya satu pun dia tak layan. Katanya buang masa. Sampai ada yang sanggup tawar badan pada dia pun ada dan salah seorang daripada mereka-mereka itu termasuklah Emma.
Dan Ameer. Bukan tak tahu tapi macam buat-buat tak tahu je. Memang heartless betul mamat seorang ni. Masa KZ khabarkan pada dia dekat warung Mak Tijah dulu dengan selambanya dia cakap ‘biarlah dia,asal dia bahagia sudah’. Punyalah kawan seorang ni serba-salah nak bagitahu dia boleh cakap macam tu sambil menikmati air batu campur Mak Tijah yang memang sedap tahap guling-guling tu!
“Cis! Bukan kau punya perumpamaan ke? Aku tolong sampaikan aje. Ngahaha.”
“Gelak macam king kong.” Giliran Ameer pula yang loyar buruk.
Meletus ketawa mereka bertiga.
“Korang ada cakap ke aku kat mana tadi?”
“Haha…Aku cakap kau kat atas bulan. Mengamuk dia.” Sengih Ameer dengar. Lega!
“Sampai bila kau nak berkasih-kasihan dengan Emma tu? Jenuh betul aku tengok perangai dia. Tergedik sana-sini.” Soal KZ pula.
“Biarlah dia.” Acuh tak acuh Ameer menjawab. Geleng kepala KZ dan Zack mendengar jawapan Ameer.
“Pasal Stella tu,dia dah tau ke?”
“Belum kut. Aku tengok elok je si Stella tu tak ada kena serang.”
“Haisyy kau ni, tak ada pasal cari pasal.” Geleng lagi KZ.
“Tadi pergi mana je? Berapa habis?” Tanya KZ tiba-tiba dengan kening dijungkit-jungkit.
Ameer angkat bahu. “Macam biasa, card credit.” KZ dengan Zack mata ke atas tangan ke bahu tanda konon meluat dengan jawapan Ameer. Tahu dah memang itu je jawapannya. Sudahnya gelak besar masing-masing bila tengok perangai sendiri.
“Seronok eh jadi player?” Tanya Zack dengan sisa ketawanya yang masih belum habis lagi.
Sengih Ameer mendengar soalan Zack.
“Kau rasa?” Bagi soalan dijawab dengan soalan. Zack jungkit kening sebelum menarik nafas untuk menjawab soalan Ameer itu.
Bestlah kut.”
“Memang itulah jawapan seorang player.” KZ tepuk bahu Zack sekali.
Pecah lagi ketawa mereka.
“Kau kena ingat Meer,sekarang kau dah ada tanggungjawab. Tak boleh dah nak jadi romeo sangat.” Nasihat KZ setelah puas gelak tadi. Mula dah nak masuk sesi tazkirah percuma.
“Betul betul. Kau kena belajar jadi setia sekarang.” Tambah Zack.
Ameer buat muka boring. “Sejak bila korang ni jadi kaunselor terhormat ni?”
Sengih mereka berdua.
“Kau sayang dia ke tak sebenarnya?” Perbualan mereka mula menjadi lebih serius apabila soalan itu dikemukakan oleh KZ.
Ameer membiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Dia tahu siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh KZ tapi saja dibuat endah tak endah dengan soalan itu.
“Sampai bila Meer?” soal Zack pula.
Kedua-dua tangannya dibawa ke belakang kepala sementara kaki dilunjurkan ke atas meja. Mukanya diraup beberapa kali sebelm diletakkan kembali ke belakang kepalanya. Tertekan dengan soalan yang diasak oleh dua rakan baiknya itu.
“Bukan salah kau pun. Dah benda tu nak jadi,jadilah!”
“Dahlah Meer. Lagipun dia bukan ingat kau pun kan? So tak mustahil dia tak ingat pasal kejadian tu jugak. Dahlah. Stop blaming yourself.”
“Apa yang Zack cakap tu betul Meer. Tak dapat ubah apa-apa pun kalau kau terus salahkan diri kau macam ni. Just pretend the incident never happened,okay?
“Entahlah.” Ameer meraup lagi mukanya. Telefon bimbit dikocek seluar diambil. Jelas terpampang nama Emma di skrin telefon bimbit itu. Dari tadi lagi telefon itu bergetar. Sengaja dia biarkan dalam mode itu dan sengaja juga dibiarkan panggilan-panggilan sebelumnya itu tidak berjawab. Disebabkan terlalu rimas Ameer mengangkat juga panggilan daripada Emma yang tak pernah henti-henti itu.
Yes Emma?
“You! You dekat mana ni? Puas I call you kenapa you tak angkat? Sampai hati you kan buat I macam ni?!” Marah Emma.
Sorrylah dear. I tertidur tadi. Kalau I tahu u yang call I dalam mimpi jugak I angkat phone I tau.” KZ dan Zack mula buat muka meluat. Siap buat gaya nak muntah lagi,sengaja mengajuk kata-kata Ameer. Sweet talker betul! Ameer yang sedang berbual di telefon hampir aje terhambur gelak melihat aksi KZ dan Zack tetapi dapat juga ditahan.



“Mesya. Mesya rasakan lama lagi ke ibu dengan ayah ni?” Medina merenung Mesya. Dia bertanya macamlah si kecil itu memahami apa yang sedang diucapkannya. Tangannya diayun-ayunkan di atas muka Mesya. Suka dia melihat si kecil itu tertawa. Padahal setakat ayun-ayun tangan aje bukannya buat benda yang kelakar pun.
“Mesya,mesya. Kenapa abang Ameer tu kejap baik…kejap tak baik?” Medina terus bertanya walaupun dia tahu soalan-soalannya bakal dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sekali pandang ada jugalah macam orang tak betul si Medina ni.
“Haisy Mesya ni. Dari tadi asyik diam aje. Penat kak Nana bercakap sorang-sorang.” Posisi tubuhnya ditukar daripada baring mengereng kepada duduk bersila. Rambut yang dah serupa macam rambut Kak Limah itu dilurut-lurutkan dengan jari sebelum disanggul tinggi. Adellia Mesya diangkat dan mula ditimang-timang. Lalu dicium pipi si kecil itu berkali-kali.
“Cepat-cepatlah Mesya besar boleh teman kak Nana. Akak bosanlah sorang-sorang macam ni. Tade kawan.”
Terkebil-kebil si kecil itu memandang Medina. Kaki comelnya menendang-nendang Medina. Medina yang mengerti perlakuan Mesya cepat-cepat membaringkannya semula di atas katil. Dalam fikirannya cuma ada tiga perkara. Sama ada Mesya mengantuk atau lapar ataupun lampinnya sudah penuh. Kalau mengantuk atau lapar dia tak kisah,tapi kalau lampin yang penuh…
“Mesya lapar ya? Akak pergi buatkan susu kejap.” Rengekan Mesya makin menjadi-jadi. Medina berlari ke bawah untuk buatkan si kecil itu susu. Tangannya tangkas memasukkan serbuk susu ke dalam botol susu Mesya. Kemudian air panas dituang memenuhi suku daripada ruang botol itu sebelum menuang air kosong. Tutup botol dicapai lalu ditutup botol susu itu. Langkah kaki seragam dengan tangannya yang menggoncang-goncang botol susu. Sempat juga dia mencapai lampin pakai buang Mesya,takut-takut memang lampin si kecil itu sudah penuh. Jadi tak payahlah nak berulang-alik nanti.
“Jeng jeng jeng… Ni dia susu Mesya dah siap.”
Bantal yang diletak di sekeliling Mesya dialih. Botol susu disuakan ke mulut Mesya namun si kecil itu menolak. Ahh, sudah… Kalau tak lapar tak kan ngantuk kut? Soal Medina di dalam hati.
Ditepuk-tepuk perlahan punggung Mesya. Semakin gelisah Medina dibuatnya. Ni tak lain tak bukan nak minta tukar lampinlah ni. Nak tak nak terpaksa juga Medina mendekatkan wajahnya dengan punggung Mesya. Errghh… ada bau! Hidungnya cepat-cepat dikepit dengan jari. Tak tahan dengan bau yang datang dari Mesya. Selalunya yang rajin tukar lampin Mesya cuma si mata kail bukannya dia. Kepalanya digaru walaupun tak gatal. Macam manalah nak tukar lampin budak ni?
“Hmm…berdasarkan pemerhatian kak Nana,abang Ameer selalu kalau nak tukar lampin Mesya dia akan guna wet tissue. Tapi akak gelilah nak lap Mesya punya yayik tu!” Semakin gelisah Medina. Mana pernah dia tukar lampin budak! Memanglah dia suka dengan budak-budak tapi tak adalah sampai nak tukar lampin. Geli!
Rengekan Mesya jadi semakin teruk. Medina ada teringat mak su selalu cakap kalau biar aje lampin basah nanti ruamlah punggung Mesya tu. Kepalanya digaru lagi. 





*Alhamdulillah. satu lagi bab dah publish.. tunggu bab 7 pulak lepas ni okey*






Tuesday 8 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 5)






BAB 5

PINTU bilik dikuak perlahan-lahan. Tak mahu kasi ada bunyi sikit pun. Takut akan mengejutkan ‘sang puteri’ daripada tidurnya. Err…tapi kenapa aku jalan terjengkit-jengkit ni? Soalnya di dalam hati. Kepala digaru walaupun tak gatal. Serupa macam penyamun dah!
Langkah kaki terhenti apabila manusia yang dibungkus di dalam comforter itu mula bergerak-gerak. Air liur ditelan beberapa kali. Oksigen disedut sebanyak yang mampu. Wahh,dugaan apakah ini?!! Kalau tak kerana mak su tak adanya dia mengada-ngada nak masuk ke bilik Medina. Kalau tak kerana mak su juga tak adanya dia tercungap-cungap macam orang semput. Jantungnya berdetak laju ketika ini.
Mak su merupakan satu-satunya saudara yang amat disayanginya. Dari kecil sehingga ke besar panjang macam ni mak su yang paling rapat dengannya. Daddy dan mummy selalu sibuk dengan urusan duniawi maka hanya dengan mak su dia bermanja. Tapi tak bermakna dia tak okey dengan daddy dan mummy malah hubungan mereka juga sangat akrab. Cuma mak su garang!
Iman yang tersedia lemah semakin rapuh melihat tayangan 18sx di depannya. Perempuan ni pun satu,dah tahu nak pakai macam ni kuncilah pintu! Dalam rumah ni bukan ada perempuan aje,lelaki pun ada. Dibuatnya pak su yang masuk macam mana? Dan sekarang tinggal dia dan Medina aje dalam rumah semi-D dua tingkat ini. Pak su,mak su dan Mesya sebelum maghrib lagi dah keluar kerana ingin menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak kepada kenalan pak su di Putrajaya. Macam-macam boleh jadi bila berdua macam ni!
Sedar tak sedar dirinya sudah berada di penjuru katil. Botol minyak gamat digenggam sekuat yang boleh. Serba-salah ingin memandang gadis di depannya itu. Masa dia jalan ke katil tadi pun matanya dipejam rapat-rapat. Dengan diri sendiri pun dia tak percaya saat ini. Ditambah lagi status mereka berdua yang memang membolehkan dia menyentuhnya malah digalakkan lagi. Dia bukannya budak kecil yang tak faham apa-apa mengenai hukum-hakam munakahat. Lagipun silibus tingkatan 5 hampir separuh daripada buku teks tentang munakahat sahaja. Jadi nak berlakon macam tak tahu apa-apa memang tak boleh laaa…
“Ehemm!” Ameer berdehem perlahan.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Lagi cepat buat lagi cepat dia boleh beredar daripada bilik yang menyesakkan dadanya itu.
Penutup botol minyak gamat dibuka. Perghh… Baunya sangat menusuk ke kalbu! Al-maklumlah,bilik ada air-cond. Medina yang sedang nyenyak tidur tidak terkesan langsung dengan bau minyak gamat tersebut. Baju Medina diselak.
Terpempan sekejap dia dengan apa yang dilihatnya. Ada kesan jahitan yang agak panjang pada bahagian tepi pinggang Medina. Panjangnya ada jugalah dalam dua inci setengah. Terus riak wajahnya berubah. Dia pasti parut kekal itu disebabkan kes itu. Rasa bersalah terus-terusan menerpa diri. Rasa amarah,geram,benci,bersalah,lemah semuanya bercampur-baur tika ini. Jika waktu boleh diulang,diputar ke masa lalu tidak akan sesekali dia akan mendekati budak perempuan yang bernama Medina Qairina. Tidak akan sesekali akan dia berkawan baik dengan kanak-kanak perempuan yang teletahnya sangat mencuit tangkai hati dia.
Melihatkan Medina yang mengalihkan badan cepat-cepat Ameer menuang sedikit minyak gamat ke atas telapak tangannya dan terus ditekup ke pinggang Medina. Tak semena-mena ‘sang puteri’ terjaga daripada tidur. Terkejut tahap giga Medina. Terkeluar jeritan kecil dari mulutnya. Serentak dengan itu dia terduduk tapi disebabkan keadaan pinggang yang masih sakit pergerakannya agak terbatas.
Ameer mula buat muka seriusnya. Cuba mengawal riak wajah daripada dikesan oleh Medina. Matanya dingin. Sedingin ais,malah mungkin lebih dingin daripada ais. Cara dia memandang Medina tak ubah macam nak tembus! Ditolak kasar badan Medina supaya kembali ke pembaringan. Terbeliak mata Medina. Tangan ditekup ke dada dan mulutnya gagap ingin meluahkan apa yang terbuku di fikiran. Nak melawan tak terdaya. Nak menangis lagilah tak!
Di bibir Ameer mula dihiasi dengan senyuman nipis namun sinis. Kepalanya mula berdetik perkara-perkara yang bukan-bukan. Tak lain tak bukan, nak menyakat Medina lah tu. Selama ni berlagak kuat aje. Hah,sekarang ambik kau! Hatinya mula terdetik nakal.
“Ap…apa yaawww!!!!”
Gelak besar Ameer. Ditekannya pinggang Medina sampai mengering kesakitan. Dahlah lebam…
“Sakit tau!!” sob sob…
Habis semua bantal atas katilnya dibaling ke arah Ameer yang cuba untuk keluar dari bilik itu. Tapi tiada satu pun mengenai Ameer. Sempat lagi tu dia jelir lidah pada Medina. So childish!!



"MORNING!!"
Morning sweetheart! Sakit lagi tak?”
“Sakit.” Jawab Medina dengan mulut yang penuh dengan sandwish buatan Encik Rasyid. Sedap. Pak su memang terbaik!
“Eh,Ameer tak sapukan ubat ke malam tadi?” Puan Melissa memandang Ameer pelik. Kan ke dah suruh…
“Dah sapu dah.” Jawab Ameer.
“Baru sekali sapu tak kan terus baik. Awak ni…” Back up Encik Rasyid.
“A’ah, betul jugak tu. Takde apa-apa yang jadi kan malam tadi?
Gilos tak ada apa-apa yang jadi? Mestilah ada mak su oii… Cuma taklah seteruk mana. Tapi kalaulah dia tidur mati malam tadi,entah apa yang jadi agaknya. Dengan baju tidur yang gabak dan seluar pendek paras peha. Gggrrr…tak sanggup nak bayang.
“Jadi apa?” suaranya dikawal supaya kedengaran lebih natural.
“Jadi macam-macamlah. Kan korang ni pantang jumpa,sorang macam anjing,sorang macam kucing. Sikit-sikit nak gaduh.” Perli Puan Melissa. Keluar dah aura singa dia.
Encik Rasyid hanya tersengih mendengar perlian isterinya. Medina juga. Mula datang idea untuk mengusik si mata kail.
Ngahahaha!! Gelaknya di dalam hati.
“Hmm… Nana kucing kan? Sebab Nana comel. Tak mahulah Nana jadi anjing tu. Anjing kan najis mughallazah. Euww…” Mukanya dikerut-kerutkan.
“Habis tu aku ni anjinglah?!” Marah Ameer.
“Siapa kata?”
“Dah kau kucing,aku mestilah anjingnya.”
See! Sekarang siapa yang cakap diri dia anjing?” Saja Medina memprovokasi Ameer.
“Dah,dah. Asyik gaduh aje. Nak kahwinkan dah memang kahwin pun korang ni. Tak tau dah mak su nak buat macam mana lagi dah.” Geleng kepala Puan Melissa. Nak kata Ameer dengan Medina ni tak pernah kenal memang tipulah. Dulu kemain lagi…

“Ni siapa ni?” Soal mama ketika ingin menjemput Medina di depan sekolah tadika.
“Kawan Nana.”
“BFF lah!” Bentak Ameer.
“Hehe… Sorry. Ni BFF Nana.” Sengihnya.
Best Friend Forever ye?” Tanya mama lagi.
Ameer dan Medina menggeleng. Eh…??
“Boyfriend Forever.” Jawab Medina.
Pecah ketawa Puan Dahlia. Kecik-kecik dah pandai dah budak-budak ni.



YANG paling suka melayan karenah mereka adalah mak su Ameer,Puan Melissa. Err…tapi masa tu masih lagi ‘cik’ belum masuk ke dunia ‘Puan’ lagi. Sejak itu kedua-dua keluarga Ameer dan Medina mulai rapat sehinggalah satu peristiwa yang membawa tragedi kepada Medina dan keluarganya berlaku disebabkan oleh Ameer.
Sepatutnya pada hari kejadian tersebut kanak-kanak yang diculik adalah Ameer Mikail. Tapi entah macam mana penculik-penculik yang menjalankan misi penculikan itu tersilap culik Medina Qairina pula. Nasib Medina memang baik walaupun dia dikurung dan dipukul serta didera oleh penculik-penculik itu,namun dia masih mampu bertahan sehingga pihak polis menjumpainya pada hari kesebelas dia diculik. Sejak itu,hubungan antara keluarga Medina dan Ameer mulai renggang. Datuk Medina menyalahkan Ameer dengan apa yang berlaku itu. Badan cucunya penuh dengan lebam,malah muka Medina mengalami kecederaan yang agak teruk dengan luka dan parut kekal akibat dipukul oleh penculik-penculik durjana yang menculiknya.
Tak kurang dengan itu,Medina mengalami trauma yang amat dasyat. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu Medina namun tidak satu pun yang efektif. Kebetulan salah seorang kenalan rapat datuknya mempunyai cara untuk membantu Medina. Atas sebab itu,dia dibawa ke luar negara untuk diubati. Mukanya diperelokkan dengan melakukan pembedahan plastik. Setelah itu kaedah hipnotis dikenakan terhadapnya supaya melupai peristiwa ngeri yang terjadi.
Sejak itu,Medina dijaga rapi oleh semua orang disekelilingnya. Sampaikan guru persendirian diupah untuk mengajarnya di rumah. Ambil periksa pun di rumah. Cuma apabila dia meningkat dewasa keinginannya untuk keluar daripada sangkar ciptaan datuknya membuak-buak. Namun atas kasihnya dia kepada datuknya dia pendamkan sahaja hasrat itu.
Setelah datuknya meninggal dunia Medina mula berjinak-jinak dengan dunia luar. Dia meminta izin untuk belajar di sekolah menengah biasa walaupun keluarganya mahu dia belajar di sekolah swasta yang jauh lebih selesa dan selamat. Sangat low-profile!
Itulah yang membuatkan seorang Medina Qairina berbeza daripada yang lain. Walaupun dilimpahi dengan segala kesenangan,kemewahan,kemanjaan namun tidak pernah dia meletakkan dirinya sebagai seorang yang meninggi diri. Tapi dia juga tidak sesempurna mana. Masih ada kelemahan yang ada pada dirinya.
Walau pada zahirnya dia seorang yang cukup serba-serbi, tapi dalam masih banyak yang kosong. 





*Alhamdulillah!! bab kali ini ada menyingkap sikit pasal masa lalu Medina dan Ameer. Tak sangka rupnya mereka pernah kenal.. jeng jeng jeng.. agak2 apa jadi pada bab seterusnya?? Ouh ye! yang tang acah2 tak berapa nak sweet tu.. maaf ye.. sebab im totally fail dalam bab2 macam tu.. TAPI!! Yes.. im a sweet talker.. muahaha (evil laugh)*








Saturday 5 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 4)







BAB 4

Homework yang saya bagi tadi make sure dah ada atas meja saya esok sebelum rehat. Boleh class?”
“Boleh…” Bergema satu kelas.
“Kelas tambahan petang ni cancel ya semua. Saya ada hal sikit. Nanti bila-bila free kita ganti balik.” Tambahnya lagi.
“Alaaa…” Masing-masing buat muka seposen. Konon sedih tak ada class,padahal auta semata! Saje nak buat gimik aje.
“Dah,dah. Jangan nak drama sangatlah kan. Macam aje saya tak tau dalam hati tu kemain lompat bintang lagi.”
Pecah ketawa mereka sekelas. Puan Mazani turut ikut sama ketawa. Digeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan perlahan sambil senyuman tak lekang daripada bibir. Macam-macam perangai ada dalam kelas 5 Dahlia itu. Kadang tu pening juga dibuatnya. Tapi selagi mereka semua score dalam subjek yang diajarnya,dia tak kisah. Tahap kenakalan 5 Dahlia memang luar alam. Kali pertama dalam sejarah 25 tahun mengajar dia menemui kelas yang pelajar-pelajarnya diam-diam ubi berisi bak kata pepatah melayu.
Mana pernah dibuat orang pasang CCTV dalam bilik pengetua semata-mata ingin mendapatkan password facebook pengetua sekolah sendiri hanya untuk membuat pemberitahuan pembatalan hari sekolah ganti. Haru-biru Sekolah Menengah Seri Mutiara ketika itu. Belum masuk lagi part di mana sepatutnya berlangsungnya hari kantin sekolah tiba-tiba bertukar menjadi konsert. Bagai nak gila ‘orang atas’ dengan situasi yang kelam-kabut. Tapi yang peliknya hukuman paling berat yang diterima cuma kemas stor sukan yang memang sudah tersedia kemas.
Bunyi loceng yang panjang lagi membingitkan telah menyedarkan Puan Mazani daripada lamunan lamanya. Boleh pula terimbau kenangan lama. Senyum sendiri dia. Cepat betul masa berlalu. Seingatnya kejadian-kejadian itu berlaku dua tahun lalu semasa mereka di tingkatan 3. Pejam celik, pejam celik dah tingkatan 5 diorang ni. Moga-moga tahun ini aman sentosalah Sekolah Menengah Seri Mutiara. Doanya di dalam hati sebelum berlalu meninggalkan kelas itu.


Langkah kakinya dilajukan selaju yang boleh. Nak berlari tak boleh sebab pakai kain maka itu ajelah usaha terakhir yang sempat difikir dan dibuat ketika itu. Kesian Farah tunggu lama.
“Medina!”
Mendengarkan ada yang menjerit memanggilnya jadi kepala dipusingkan 90 darjah ke belakang. Tak sempat melihat gerangan suara siapakah itu,badannya sudah pun terlebih dahulu berlanggar dengan sesuatu yang keras. Habis semua kertas dan buku yang dipegang erat sebentar tadi bertaburan di atas lantai. Dirinya sendiri pula sudah jatuh terduduk. Rasa nak patah pinggang bila dia cuba untuk bangun. Berair sedikit matanya. Apalah nasib hari ini, dahlah jatuh ditimpa tangga ditimpa lagi dengan tong cat!
“Kau okey tak?” Medina terus mengangkat mukanya. Macam kenal je suara itu!
“Okey tak?” tanyanya lagi tapi nadanya lebih lembut berbanding tadi. Mungkin kesian dengan keadaan gadis di depannya itu.
“Ada macam okey ke?!” Jawab Medina kasar seraya tangan kirinya mengelap air mata yang mula mengalir dipipi. Tersentak Ameer. Hatinya dipagut rasa kesal terhadap gadis itu. Haikal berlari mendapatkan Medina yang sedang duduk berlunjur dengan tangan kanan dipinggang. Tak sangka hanya dengan laungan sepelaungnya tadi membuatkan gadis pujaan hati jiwa raganya tercedera sehingga sebegitu rupa. Tidak mempedulikan keberadaan Ameer di situ,Haikal cuba untuk membantu Medina untuk bangun. Lengan Medina dipegangnya. Terkejut Medina,serta-merta dia menarik kasar tangannya yang sedang dipegang oleh Haikal. Bukan muhrim tau! Tempelak hatinya. Berapi aje Ameer tengok. Cepat-cepat dia menarik Medina dan mendukungnya. Gila ke apa nak bagi lelaki lain pegang Medina. Never okay! Never!
Jatuh rahang Haikal dengan tindakan tahap kelajuan cahaya Ameer. Sakit hatinya. Kenapa mesti Ameer?! Kenapa Medina,kenapa?!! Arghhhh…


“Lepaslah!” Tidak henti-henti Medina meminta ingin dilepaskan daripada rangkulan Ameer. Tapi Ameer buat tak tahu aje dari tadi. Kalau ada yang nampak macam mana? Tak ke naya!
“Weyh,lepaskanlah aku. Nanti orang nampak.” Separuh merayu Medina meminta. Banyak tenaganya habis kerana menahan sakit dan juga kerana memukul lelaki yang memang tersedia sasa itu. Akhirnya dia menyerah melihatkan Ameer yang langsung-langsung macam orang tak ada perasaan. Sangat heartless punya orang!
“Boleh pun diam.” Medina hanya membalas dengan jelingan. Ameer membuka pintu kereta dengan tangan kanannya manakala kaki kirinya menolak pintu kereta tersebut supaya lebih luas bukaannya. Setelah itu didudukkan Medina perlahan-lahan di tempat duduk sebelah pemandu itu. Pintu ditutup dan dia berlari anak ke bahagian pemandu. Tanpa berlengah enjin kereta dihidupkan sebelum memecut laju meninggalkan perkarangan Sekolah Menengah Seri Mutiara.
Di dalam kereta baik Ameer mahupun Medina masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan. Medina pula memandang sepi ke luar tingkap dan Ameer fokus memandu. Tidak sedikit pun mukanya ditoleh ke sebelah. Hatinya terasa begitu sakit dengan jerkahan Medina. Berganda-ganda sakit apabila adegan ‘Sang putera berlari menyelamatkan sang puteri yang jatuh terduduk’ terlayar kembali di fikirannya. Mengapa hatinya sakit dia pun masih keliru. Keliru dengan perasaan yang sedang dialaminya sekarang. Tak kan cinta kut? Mustahil! Dengan Emma yang hampir 5 tahun bercouple pun tak pernah rasa macam ni,tak kan dengan Medina boleh ada rasa suka sayang cinta tu semua. Mustahil! Serabut fikirannya. Serentak itu stereng kereta dihentak dengan tangan yang dikepal berbentuk penumbuk. Medina menjeling dengan anak mata perlakuan Ameer itu. Sahlah memang ada fius yang terbakar ni.
“Sampai dah.” Ucapnya dengan nada yang dingin.
“Taulah!” kata-kata yang hanya terluah di dalam hati. Malas mahu bercakap dengan makhluk yang putus fius macam tu. Apa ingat dia tak tahu ke mereka dah sampai? Ggrrr… Annoying sungguh mamat ni!!
“Larat nak jalan tak?”
Melihatkan Medina hanya mengangguk maka Ameer pun berlalu masuk ke dalam rumah. Terkial-kial Medina cuba untuk bangun dari tempat duduknya.  Berjalan pun terbongkok-bongkok macam nenek kebayan. Mujur aje tak payah sampai nak mengengsot bagai. Kalau tak serupa dah dengan hantu ngengsot dalam filem Indonesia yang pernah ditontonnya.
“Kenapa jalan terbongkok-bongkok ni Nana?” soal Puan Melissa sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mak su terchenta sedang melayan Mesya sambil melepak tengok tv di ruang tamu.
“Jatuh.”
“Jatuh? Macam mana?” Mak su mula mempamerkan riak muka risau. Haisy… ni yang lemah ni.
“Langgar orang.” Disebabkan malas mahu disoal-siasat dengan mak su,Medina cepat-cepat naik ke bilik. Terkebil-kebil Puan Melissa. Sejak dua-menjak ini asyik moody aje si Nana.
Direbahkan badan ke katil. Pejam mata,buka mata. Pejam mata,buka mata. Pejam lagi. Kali ini lebih lama. Mana menghilang dirinya yang dulu? Yang sentiasa ceria. Yang tak suka marah-marah. Yang bijak mengatur perjalanan hidup. Yang selalu berfikir sebelum bertindak. Yang…yang… dan air matanya tumpah.
Yang kuat…yang brutal bak kata Alya.
Tidak disangka selemah ini dirinya. Tidak disangka secepat ini juga dia tersungkur. Sangkanya dia akan kuat hingga ke akhir namun tak sempat berada di pertengahan dia sudah pun jatuh terduduk. Nak kata salah nenek kerana meminta?  Tidak. Salah papa? Juga tidak. Mama? Tidak sesekali. Pilihan ditangannya bukan ditangan mereka. Tiada sesiapa yang boleh disalahkan melainkan dirinya sendiri. Jika dia menolak pasti hidupnya penuh dengan bunga-bunga yang kembang-mekar disinari cahaya pagi. Kalau dulu nak berair mata pun susah. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Everything became up-side-down. Agaknya kalau bunuh diri itu tak berdosa berapa ramai yang buat? 



*Alhamdulillah ^^ bab 4 dah siap publish.. sekarang ne kita tunggu apa yang akan jadi pada Medina ne.. macam fed up dengan hidup je.. ggrr~ seriau jugak bila baca balik ayat yang terakhir tu :p *





Friday 4 January 2013

SURAH-SURAH PENERANG HATI ^^



10 Surah Mujarab Sebagai Penerang Hati Dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita… Jom amalkannya! Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua. :) :)
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Tuesday 1 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 3)






BAB 3

“Nana,Ameer turun makan!” Jerit Puan Melissa yang sedang sibuk mengatur lauk-pauk yang baru dimasaknya tadi. Encik Rasyid pula tidak bosan melayan karenah Mesya. Sekali pandang comel aje gelagat mereka dua beranak itu. Kejap main geletek-geletek. Kejap lagi pula main lambung-lambung. Lepas tu tukar pula main tiup-tiup perut. Haisy,macam-macam.
Kedengaran dari atas suara Medina menyahut seruan mak su terchenta. Ameer sudah pun turun dahulu dengan pakaian kebangsaannya tiap-tiap kali ada di rumah. Seluar bermuda separas lutut dengan t-shirt lengan pendek. Malas-malas aje dia turun ke bawah sambil tangan menahan kuap. Nampak sangat baru lepas bangun tido! Entah solat entah tidak tu.
“Ni dah mandi ke belum ni? Solat? Dengan rambut serabainya…” Bebel Puan Maelissa.
Ameer yang memang sudah kebal dengan bebelan mak su terus duduk di kerusi sambil meregang-regangkan otot badan. Si Mesya yang tadinya excited sangat main dengan ayahnya mula mengalihkan perhatian pada Ameer. Disebabkan semua orang tahu Adellia Mesya fanatik dengan Ameer Mikail,maka Encik Rasyid pun bangun untuk menolong isterinya di dapur. Ameer bangun dan mendukung Mesya. Dilambung-lambungnya beberapa kali. Mujur aje syiling rumah semi-D 2 tingkat itu tinggi.
“Wahh… wanginya! Mak su masak apa ni?” Soal Medina yang baru turun sambil menjenguk-jenguk segala lauk-pauk di atas meja makan. Dihidunya puas-puas. Menusuk sampai ke kalbu baunya! Ada spaghetti carbonara,spaghetti bolognese,chocolate creme brulee dan puding karemel. Pergghh.. terbaik! Air pula air ribena. Kelas kau Maria!
Dari jauh Ameer hanya melihat perangai anak dara sorang itu. Tak senonoh betul! Dengan baju tidur gambar teddy bear kecik-kecik,rambut tocang dua dan selipar bunny? Apekah?! Dah serupa anak jepun umur 5 tahun. Kalah Adellia Mesya ni.
“Amboi-amboi anak dara sorang ni! Turun makan je ye? Tak tolong pun masak.” Perli Puan Melissa.
“Nana terlajak tido la mak su. Sorry…” Dia senyum menampakkan 32 biji batang gigi putihnya. Geleng kepala Puan Melissa. Mesya pula mula menguap beberapa kali. Encik Rasyid menyuruh Ameer menghantar si kecil itu ke bilik.


Semua mengambil tempat mereka masing-masing. Meja makan itu ada 8 tempat duduk. Encik Rasyid duduk di penjuru meja,“Big boss punya tempat. Manakala Puan Melissa duduk disebelah suaminya di bahagian tepi meja dan Medina duduk disebelahnya. Ameer pula mengambil tempat di depan Puan Melissa bersebelahan dengan Encik Rasyid.
 “Macam mana tadi sekolah baru Nana?”
“Okey aje pak su. Cuma ada orang tu buli Nana!” memuncung mulutnya. Konon-konon merajuk.
“Siapa?” Gelisah Encik Rasyid bertanya. Semua mata tertumpu hanya pada Medina ketika itu. Masing-masing ingin tahu termasuklah si ‘mata kail’ di depannya itu.
“Mak su lah,siapa lagi!” sengihnya.
“Cis! Tertipu pak su.” Puan Melissa dan Encik Rasyid ketawa. Ameer cuba menyembunyikan senyumannya tapi sempat dikesan oleh Medina. Macamlah ada emas nak keluar dari mulut tu kalau ketawa.
“Dah cepat makan. Maghrib nak jemaah ni. Ameer jadi imam ya?” Tersedak air yang sedang diminum oleh Ameer. Mujur aje tak tersembur keluar. Ditelannya air liur yang rasa berpasir itu.
“Jadi imam?” tanya Ameer meminta kepastian walaupun dia memang tak pekak lagi.
“Yalah. Kenalah mula belajar tanggungjawab seorang suami mulai sekarang.”
“Errr… yalah.” Angguknya sekali. Medina dari tadi dah mula mengekek ketawa. Puan Melissa hanya tersenyum.
“Nana jangan tau gelak aje. Awak pun kena belajar macam mana nak urus rumah tangga. Nanti kalau habis sekolah tak kan nak duduk sini lagi? Masa tu baru terhegeh-hegeh tunjuk ajarku sifu.” Tegur Puan Melissa. Serta-merta Medina terdiam dan giliran Ameer pula yang gelak. Tapi dia gelak perlahan aje. Memang sah ada ketulan emas dalam mulut dia! Medina yang terkena jeling-jeling Ameer dengan mata dia.


Puan Melissa mencium tangan suaminya dan kemudian Encik Rasyid membalas dengan mengucup dahinya pula. Ameer dan Medina diam tak bergerak. Walaupun Puan Melissa dah pesan tadi,tapi…
“Medina kenapa tak salam tangan Ameer?” terangkat sedikit keningnya bertanya.
“Errr..” Dia menggaru kepala yang sememangnya tak gatal. Sementara Ameer mula buat muka boring.
“Dah cepat salam.Kena biasakan semua benda ni.Syurga seorang isteri itu terletak pada telapak kaki suami,kalau Nana tak minta maaf waktu macam ni,bila lagi?”
Wahh… Bencinya macam ni! Jerit hatinya.
“Bak tangan nak salam!”
Encik Rasyid dan Puan Melissa hanya memerhati. Saje mahu melihat sama ada mereka berdua itu dengar cakap atau pun tidak.
Senyuman mula menghiasi wajah Ameer Mikail. Merah muka Medina menahan geram. Menyampah pula apabila lelaki itu dapat mengenakannya lagi sekali. Gggrrrr!! Ameer menghulur tangan kanannya seperti yang dipinta oleh Medina. Lambat-lambat tangan sasa itu disambutnya lantas dengan cepat dia tundukkan kepala dan menciumnya. Namun Ameer lebih tangkas daripadanya.
Sebaik sahaja kepalanya diangkat,Ameer cepat-cepat mencium dahinya. Statik sekejap mereka. Dalam kala itu,Puan Melissa terpandang kamera digital di atas meja berdekatan dengannya. Dengan pantasnya dia merakam detik kaku itu dengan hanya satu klik. Serta-merta Ameer dan Medina tersedar dengan flash yang menyilaukan mata mereka. Merah seperti tomato muka Medina dibuatnya. Macam manalah dia boleh terdiam tak berkutik macam tu tadi. Malunya!
I’m not falling in love with him! Jerit hati kecilnya.