Saturday 5 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 4)







BAB 4

Homework yang saya bagi tadi make sure dah ada atas meja saya esok sebelum rehat. Boleh class?”
“Boleh…” Bergema satu kelas.
“Kelas tambahan petang ni cancel ya semua. Saya ada hal sikit. Nanti bila-bila free kita ganti balik.” Tambahnya lagi.
“Alaaa…” Masing-masing buat muka seposen. Konon sedih tak ada class,padahal auta semata! Saje nak buat gimik aje.
“Dah,dah. Jangan nak drama sangatlah kan. Macam aje saya tak tau dalam hati tu kemain lompat bintang lagi.”
Pecah ketawa mereka sekelas. Puan Mazani turut ikut sama ketawa. Digeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan perlahan sambil senyuman tak lekang daripada bibir. Macam-macam perangai ada dalam kelas 5 Dahlia itu. Kadang tu pening juga dibuatnya. Tapi selagi mereka semua score dalam subjek yang diajarnya,dia tak kisah. Tahap kenakalan 5 Dahlia memang luar alam. Kali pertama dalam sejarah 25 tahun mengajar dia menemui kelas yang pelajar-pelajarnya diam-diam ubi berisi bak kata pepatah melayu.
Mana pernah dibuat orang pasang CCTV dalam bilik pengetua semata-mata ingin mendapatkan password facebook pengetua sekolah sendiri hanya untuk membuat pemberitahuan pembatalan hari sekolah ganti. Haru-biru Sekolah Menengah Seri Mutiara ketika itu. Belum masuk lagi part di mana sepatutnya berlangsungnya hari kantin sekolah tiba-tiba bertukar menjadi konsert. Bagai nak gila ‘orang atas’ dengan situasi yang kelam-kabut. Tapi yang peliknya hukuman paling berat yang diterima cuma kemas stor sukan yang memang sudah tersedia kemas.
Bunyi loceng yang panjang lagi membingitkan telah menyedarkan Puan Mazani daripada lamunan lamanya. Boleh pula terimbau kenangan lama. Senyum sendiri dia. Cepat betul masa berlalu. Seingatnya kejadian-kejadian itu berlaku dua tahun lalu semasa mereka di tingkatan 3. Pejam celik, pejam celik dah tingkatan 5 diorang ni. Moga-moga tahun ini aman sentosalah Sekolah Menengah Seri Mutiara. Doanya di dalam hati sebelum berlalu meninggalkan kelas itu.


Langkah kakinya dilajukan selaju yang boleh. Nak berlari tak boleh sebab pakai kain maka itu ajelah usaha terakhir yang sempat difikir dan dibuat ketika itu. Kesian Farah tunggu lama.
“Medina!”
Mendengarkan ada yang menjerit memanggilnya jadi kepala dipusingkan 90 darjah ke belakang. Tak sempat melihat gerangan suara siapakah itu,badannya sudah pun terlebih dahulu berlanggar dengan sesuatu yang keras. Habis semua kertas dan buku yang dipegang erat sebentar tadi bertaburan di atas lantai. Dirinya sendiri pula sudah jatuh terduduk. Rasa nak patah pinggang bila dia cuba untuk bangun. Berair sedikit matanya. Apalah nasib hari ini, dahlah jatuh ditimpa tangga ditimpa lagi dengan tong cat!
“Kau okey tak?” Medina terus mengangkat mukanya. Macam kenal je suara itu!
“Okey tak?” tanyanya lagi tapi nadanya lebih lembut berbanding tadi. Mungkin kesian dengan keadaan gadis di depannya itu.
“Ada macam okey ke?!” Jawab Medina kasar seraya tangan kirinya mengelap air mata yang mula mengalir dipipi. Tersentak Ameer. Hatinya dipagut rasa kesal terhadap gadis itu. Haikal berlari mendapatkan Medina yang sedang duduk berlunjur dengan tangan kanan dipinggang. Tak sangka hanya dengan laungan sepelaungnya tadi membuatkan gadis pujaan hati jiwa raganya tercedera sehingga sebegitu rupa. Tidak mempedulikan keberadaan Ameer di situ,Haikal cuba untuk membantu Medina untuk bangun. Lengan Medina dipegangnya. Terkejut Medina,serta-merta dia menarik kasar tangannya yang sedang dipegang oleh Haikal. Bukan muhrim tau! Tempelak hatinya. Berapi aje Ameer tengok. Cepat-cepat dia menarik Medina dan mendukungnya. Gila ke apa nak bagi lelaki lain pegang Medina. Never okay! Never!
Jatuh rahang Haikal dengan tindakan tahap kelajuan cahaya Ameer. Sakit hatinya. Kenapa mesti Ameer?! Kenapa Medina,kenapa?!! Arghhhh…


“Lepaslah!” Tidak henti-henti Medina meminta ingin dilepaskan daripada rangkulan Ameer. Tapi Ameer buat tak tahu aje dari tadi. Kalau ada yang nampak macam mana? Tak ke naya!
“Weyh,lepaskanlah aku. Nanti orang nampak.” Separuh merayu Medina meminta. Banyak tenaganya habis kerana menahan sakit dan juga kerana memukul lelaki yang memang tersedia sasa itu. Akhirnya dia menyerah melihatkan Ameer yang langsung-langsung macam orang tak ada perasaan. Sangat heartless punya orang!
“Boleh pun diam.” Medina hanya membalas dengan jelingan. Ameer membuka pintu kereta dengan tangan kanannya manakala kaki kirinya menolak pintu kereta tersebut supaya lebih luas bukaannya. Setelah itu didudukkan Medina perlahan-lahan di tempat duduk sebelah pemandu itu. Pintu ditutup dan dia berlari anak ke bahagian pemandu. Tanpa berlengah enjin kereta dihidupkan sebelum memecut laju meninggalkan perkarangan Sekolah Menengah Seri Mutiara.
Di dalam kereta baik Ameer mahupun Medina masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan. Medina pula memandang sepi ke luar tingkap dan Ameer fokus memandu. Tidak sedikit pun mukanya ditoleh ke sebelah. Hatinya terasa begitu sakit dengan jerkahan Medina. Berganda-ganda sakit apabila adegan ‘Sang putera berlari menyelamatkan sang puteri yang jatuh terduduk’ terlayar kembali di fikirannya. Mengapa hatinya sakit dia pun masih keliru. Keliru dengan perasaan yang sedang dialaminya sekarang. Tak kan cinta kut? Mustahil! Dengan Emma yang hampir 5 tahun bercouple pun tak pernah rasa macam ni,tak kan dengan Medina boleh ada rasa suka sayang cinta tu semua. Mustahil! Serabut fikirannya. Serentak itu stereng kereta dihentak dengan tangan yang dikepal berbentuk penumbuk. Medina menjeling dengan anak mata perlakuan Ameer itu. Sahlah memang ada fius yang terbakar ni.
“Sampai dah.” Ucapnya dengan nada yang dingin.
“Taulah!” kata-kata yang hanya terluah di dalam hati. Malas mahu bercakap dengan makhluk yang putus fius macam tu. Apa ingat dia tak tahu ke mereka dah sampai? Ggrrr… Annoying sungguh mamat ni!!
“Larat nak jalan tak?”
Melihatkan Medina hanya mengangguk maka Ameer pun berlalu masuk ke dalam rumah. Terkial-kial Medina cuba untuk bangun dari tempat duduknya.  Berjalan pun terbongkok-bongkok macam nenek kebayan. Mujur aje tak payah sampai nak mengengsot bagai. Kalau tak serupa dah dengan hantu ngengsot dalam filem Indonesia yang pernah ditontonnya.
“Kenapa jalan terbongkok-bongkok ni Nana?” soal Puan Melissa sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mak su terchenta sedang melayan Mesya sambil melepak tengok tv di ruang tamu.
“Jatuh.”
“Jatuh? Macam mana?” Mak su mula mempamerkan riak muka risau. Haisy… ni yang lemah ni.
“Langgar orang.” Disebabkan malas mahu disoal-siasat dengan mak su,Medina cepat-cepat naik ke bilik. Terkebil-kebil Puan Melissa. Sejak dua-menjak ini asyik moody aje si Nana.
Direbahkan badan ke katil. Pejam mata,buka mata. Pejam mata,buka mata. Pejam lagi. Kali ini lebih lama. Mana menghilang dirinya yang dulu? Yang sentiasa ceria. Yang tak suka marah-marah. Yang bijak mengatur perjalanan hidup. Yang selalu berfikir sebelum bertindak. Yang…yang… dan air matanya tumpah.
Yang kuat…yang brutal bak kata Alya.
Tidak disangka selemah ini dirinya. Tidak disangka secepat ini juga dia tersungkur. Sangkanya dia akan kuat hingga ke akhir namun tak sempat berada di pertengahan dia sudah pun jatuh terduduk. Nak kata salah nenek kerana meminta?  Tidak. Salah papa? Juga tidak. Mama? Tidak sesekali. Pilihan ditangannya bukan ditangan mereka. Tiada sesiapa yang boleh disalahkan melainkan dirinya sendiri. Jika dia menolak pasti hidupnya penuh dengan bunga-bunga yang kembang-mekar disinari cahaya pagi. Kalau dulu nak berair mata pun susah. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Everything became up-side-down. Agaknya kalau bunuh diri itu tak berdosa berapa ramai yang buat? 



*Alhamdulillah ^^ bab 4 dah siap publish.. sekarang ne kita tunggu apa yang akan jadi pada Medina ne.. macam fed up dengan hidup je.. ggrr~ seriau jugak bila baca balik ayat yang terakhir tu :p *





6 comments:

  1. Ameer...dah pandai jeles..cintalah tu..hahaha..

    Advance dyorg ni...sanggup pasang cctv..pergh! Rajin menyelinap masuk opis pengetua..haha...

    Cik Ara.. Dlu time skolah ade pengalaman gni ke? Kekeke..

    -Yid-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.
      agak2 saya ada ke pengalaman macam tu?? :p

      Delete
    2. Soalan berbalas soalan.. Mne aci cik Ara.. Hahahs.. :p

      -Yid-

      Delete
    3. cuba timbulkan situasi jawapan berbalas jawapan..
      masa tu saya akan jawab :p
      muahhahahaha!! *evil laugh*

      Delete
    4. Jawapan nye... Bab 5 ptg ni up kan...wakakaka :p

      -Yid-

      Delete