BAB 4
“Homework yang saya bagi tadi make sure dah ada atas meja saya esok
sebelum rehat. Boleh class?”
“Boleh…”
Bergema satu kelas.
“Kelas
tambahan petang ni cancel ya semua.
Saya ada hal sikit. Nanti bila-bila free kita
ganti balik.” Tambahnya lagi.
“Alaaa…”
Masing-masing buat muka seposen. Konon sedih tak ada class,padahal auta semata! Saje nak buat gimik aje.
“Dah,dah.
Jangan nak drama sangatlah kan. Macam aje saya tak tau dalam hati tu kemain
lompat bintang lagi.”
Pecah
ketawa mereka sekelas. Puan Mazani turut ikut sama ketawa. Digeleng-gelengkan
kepalanya ke kiri dan ke kanan perlahan sambil senyuman tak lekang daripada
bibir. Macam-macam perangai ada dalam kelas 5 Dahlia itu. Kadang tu pening juga
dibuatnya. Tapi selagi mereka semua score
dalam subjek yang diajarnya,dia tak kisah. Tahap kenakalan 5 Dahlia memang
luar alam. Kali pertama dalam sejarah 25 tahun mengajar dia menemui kelas yang
pelajar-pelajarnya diam-diam ubi berisi bak kata pepatah melayu.
Mana
pernah dibuat orang pasang CCTV dalam bilik pengetua semata-mata ingin mendapatkan
password facebook pengetua sekolah
sendiri hanya untuk membuat pemberitahuan pembatalan hari sekolah ganti.
Haru-biru Sekolah Menengah Seri Mutiara ketika itu. Belum masuk lagi part di mana sepatutnya berlangsungnya
hari kantin sekolah tiba-tiba bertukar menjadi konsert. Bagai nak gila ‘orang
atas’ dengan situasi yang kelam-kabut. Tapi yang peliknya hukuman paling berat
yang diterima cuma kemas stor sukan yang memang sudah tersedia kemas.
Bunyi
loceng yang panjang lagi membingitkan telah menyedarkan Puan Mazani daripada
lamunan lamanya. Boleh pula terimbau kenangan lama. Senyum sendiri dia. Cepat
betul masa berlalu. Seingatnya kejadian-kejadian itu berlaku dua tahun lalu
semasa mereka di tingkatan 3. Pejam celik, pejam celik dah tingkatan 5 diorang ni. Moga-moga tahun ini aman
sentosalah Sekolah Menengah Seri Mutiara. Doanya di dalam hati sebelum berlalu
meninggalkan kelas itu.
Langkah
kakinya dilajukan selaju yang boleh. Nak berlari tak boleh sebab pakai kain
maka itu ajelah usaha terakhir yang sempat difikir dan dibuat ketika itu. Kesian
Farah tunggu lama.
“Medina!”
Mendengarkan
ada yang menjerit memanggilnya jadi kepala dipusingkan 90 darjah ke belakang.
Tak sempat melihat gerangan suara siapakah itu,badannya sudah pun terlebih
dahulu berlanggar dengan sesuatu yang keras. Habis semua kertas dan buku yang
dipegang erat sebentar tadi bertaburan di atas lantai. Dirinya sendiri pula
sudah jatuh terduduk. Rasa nak patah pinggang bila dia cuba untuk bangun.
Berair sedikit matanya. Apalah nasib hari ini, dahlah jatuh ditimpa tangga
ditimpa lagi dengan tong cat!
“Kau
okey tak?” Medina terus mengangkat mukanya. Macam kenal je suara itu!
“Okey
tak?” tanyanya lagi tapi nadanya lebih lembut berbanding tadi. Mungkin kesian
dengan keadaan gadis di depannya itu.
“Ada
macam okey ke?!” Jawab Medina kasar seraya tangan kirinya mengelap air mata yang
mula mengalir dipipi. Tersentak Ameer. Hatinya dipagut rasa kesal terhadap
gadis itu. Haikal berlari mendapatkan Medina yang sedang duduk berlunjur dengan
tangan kanan dipinggang. Tak sangka hanya dengan laungan sepelaungnya tadi
membuatkan gadis pujaan hati jiwa raganya tercedera sehingga sebegitu rupa.
Tidak mempedulikan keberadaan Ameer di situ,Haikal cuba untuk membantu Medina
untuk bangun. Lengan Medina dipegangnya. Terkejut Medina,serta-merta dia
menarik kasar tangannya yang sedang dipegang oleh Haikal. Bukan muhrim tau!
Tempelak hatinya. Berapi aje Ameer tengok. Cepat-cepat dia menarik Medina dan
mendukungnya. Gila ke apa nak bagi lelaki lain pegang Medina. Never okay! Never!
Jatuh
rahang Haikal dengan tindakan tahap kelajuan cahaya Ameer. Sakit hatinya.
Kenapa mesti Ameer?! Kenapa Medina,kenapa?!! Arghhhh…
“Lepaslah!”
Tidak henti-henti Medina meminta ingin dilepaskan daripada rangkulan Ameer. Tapi
Ameer buat tak tahu aje dari tadi. Kalau ada yang nampak macam mana? Tak ke
naya!
“Weyh,lepaskanlah
aku. Nanti orang nampak.” Separuh merayu Medina meminta. Banyak tenaganya habis
kerana menahan sakit dan juga kerana memukul lelaki yang memang tersedia sasa
itu. Akhirnya dia menyerah melihatkan Ameer yang langsung-langsung macam orang tak
ada perasaan. Sangat heartless punya
orang!
“Boleh
pun diam.” Medina hanya membalas dengan jelingan. Ameer membuka pintu kereta
dengan tangan kanannya manakala kaki kirinya menolak pintu kereta tersebut
supaya lebih luas bukaannya. Setelah itu didudukkan Medina perlahan-lahan di
tempat duduk sebelah pemandu itu. Pintu ditutup dan dia berlari anak ke
bahagian pemandu. Tanpa berlengah enjin kereta dihidupkan sebelum memecut laju
meninggalkan perkarangan Sekolah Menengah Seri Mutiara.
Di
dalam kereta baik Ameer mahupun Medina masing-masing mendiamkan diri melayan
perasaan. Medina pula memandang sepi ke luar tingkap dan Ameer fokus memandu. Tidak
sedikit pun mukanya ditoleh ke sebelah. Hatinya terasa begitu sakit dengan
jerkahan Medina. Berganda-ganda sakit apabila adegan ‘Sang putera berlari
menyelamatkan sang puteri yang jatuh terduduk’ terlayar kembali di fikirannya. Mengapa
hatinya sakit dia pun masih keliru. Keliru dengan perasaan yang sedang
dialaminya sekarang. Tak kan cinta kut? Mustahil! Dengan Emma yang hampir 5
tahun bercouple pun tak pernah rasa
macam ni,tak kan dengan Medina boleh ada rasa suka sayang cinta tu semua.
Mustahil! Serabut fikirannya. Serentak itu stereng kereta dihentak dengan
tangan yang dikepal berbentuk penumbuk. Medina menjeling dengan anak mata
perlakuan Ameer itu. Sahlah memang ada fius yang terbakar ni.
“Sampai
dah.” Ucapnya dengan nada yang dingin.
“Taulah!”
kata-kata yang hanya terluah di dalam hati. Malas mahu bercakap dengan makhluk
yang putus fius macam tu. Apa ingat dia tak tahu ke mereka dah sampai? Ggrrr… Annoying sungguh mamat ni!!
“Larat
nak jalan tak?”
Melihatkan
Medina hanya mengangguk maka Ameer pun berlalu masuk ke dalam rumah.
Terkial-kial Medina cuba untuk bangun dari tempat duduknya. Berjalan pun terbongkok-bongkok macam nenek
kebayan. Mujur aje tak payah sampai nak mengengsot bagai. Kalau tak serupa dah
dengan hantu ngengsot dalam filem Indonesia yang pernah ditontonnya.
“Kenapa
jalan terbongkok-bongkok ni Nana?” soal Puan Melissa sebaik sahaja dia
melangkah masuk ke dalam rumah. Mak su terchenta
sedang melayan Mesya sambil melepak tengok tv di ruang tamu.
“Jatuh.”
“Jatuh?
Macam mana?” Mak su mula mempamerkan riak muka risau. Haisy… ni yang lemah ni.
“Langgar
orang.” Disebabkan malas mahu disoal-siasat dengan mak su,Medina cepat-cepat
naik ke bilik. Terkebil-kebil Puan Melissa. Sejak dua-menjak ini asyik moody aje si Nana.
Direbahkan
badan ke katil. Pejam mata,buka mata. Pejam mata,buka mata. Pejam lagi. Kali
ini lebih lama. Mana menghilang dirinya yang dulu? Yang sentiasa ceria. Yang
tak suka marah-marah. Yang bijak mengatur perjalanan hidup. Yang selalu
berfikir sebelum bertindak. Yang…yang… dan air matanya tumpah.
Yang
kuat…yang brutal bak kata Alya.
Tidak
disangka selemah ini dirinya. Tidak disangka secepat ini juga dia tersungkur.
Sangkanya dia akan kuat hingga ke akhir namun tak sempat berada di pertengahan
dia sudah pun jatuh terduduk. Nak kata salah nenek kerana meminta? Tidak. Salah papa? Juga tidak. Mama? Tidak
sesekali. Pilihan ditangannya bukan ditangan mereka. Tiada sesiapa yang boleh
disalahkan melainkan dirinya sendiri. Jika dia menolak pasti hidupnya penuh
dengan bunga-bunga yang kembang-mekar disinari cahaya pagi. Kalau dulu nak
berair mata pun susah. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Everything became up-side-down. Agaknya
kalau bunuh diri itu tak berdosa berapa ramai yang buat?
*Alhamdulillah ^^ bab 4 dah siap publish.. sekarang ne kita tunggu apa yang akan jadi pada Medina ne.. macam fed up dengan hidup je.. ggrr~ seriau jugak bila baca balik ayat yang terakhir tu :p *
*Alhamdulillah ^^ bab 4 dah siap publish.. sekarang ne kita tunggu apa yang akan jadi pada Medina ne.. macam fed up dengan hidup je.. ggrr~ seriau jugak bila baca balik ayat yang terakhir tu :p *
Ameer...dah pandai jeles..cintalah tu..hahaha..
ReplyDeleteAdvance dyorg ni...sanggup pasang cctv..pergh! Rajin menyelinap masuk opis pengetua..haha...
Cik Ara.. Dlu time skolah ade pengalaman gni ke? Kekeke..
-Yid-
hahaha.
Deleteagak2 saya ada ke pengalaman macam tu?? :p
Soalan berbalas soalan.. Mne aci cik Ara.. Hahahs.. :p
Delete-Yid-
cuba timbulkan situasi jawapan berbalas jawapan..
Deletemasa tu saya akan jawab :p
muahhahahaha!! *evil laugh*
Jawapan nye... Bab 5 ptg ni up kan...wakakaka :p
Delete-Yid-
*pengsan*
Delete