Wednesday 4 September 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 7)


BAB 7



“MAMA dah baik?” Muncul Dahlia dari ceruk mana entah. Dia kelip-kelipkan matanya yang tersedia sepet itu.

Entah dari genetik mana pun tak tahulah kenapa mata dia sepet. Mama dengan papanya tak pun bermata sepet. Nak-nak lagi berketurunan dari negara-negara belah timur sana. Pulak tu, dalam adik-beradiknya, dia seorang je yang ada mata jenis macam ni. Wahh, kadang tu terasa macam bukan anak Encik Kamarul Hamzah dengan Puan Rosnina aje! Pernah sekali dia menangis sampai bengkak-bengkak mata sebab terlampau banyak sangat fikir kenapa muka dia lain dari kakak dengan abangnya. Bila ditanya dengan papa dan mama…

“Masa mama mengandungkan Aya dulu, papa banyak kawan-kawan cina. Agaknya selalu sangat tengok muka cina, tu pasal dapat anak keluar sebijik macam cina.”

Macam tak logik aje bila bagi alasan macam tu. Tapi kalau difikir-fikir balik, ada juga masuk akalnya. Mental dan fizikal anak dalam kandungan kan memang akan dipengaruhi dengan segala perbuatan, percakapan dan apa-apa sahaja yang dibuat oleh ibu bapanya. Itu pasal ibu-ibu mengandung kena selalu-selaku rajinkan diri untuk mengaji Quran, solat sunat dan berzikir. Tapi… tapi… tapi… ada pernah juga lagi Dahlia bertanya pada mamanya, atok dengan opahnya tak ada yang asal dari cina ke? Korea ke? Jepun ke? Kalau ada bolehlah dia berlagak sikit sebab kira jadi sedara jauh Lee Min Ho. Kekeke… Tapi jawapan yang dia terima sangat-sangat menghampakan dan membengangkan!

“Mama tak tahulah Aya.”

Masa tu nganga ajelah yang boleh dia buat.

“Meh sini mama ketuk kepala tu. Hesyy, sampai demam dibuatnya. Kan dah terpaksa tangguh seminggu lagi untuk majlis abang tu.” Suara Puan Ros yang gemersik kalbu itu menusuk ke dalam gegedang telinganya. Terus tersedar dari lamunan yang tak berapa nak panjang tadi. Tu tak masuk lagi part zaman sekolah. Kalau tidak sampai lapan hari lapan malam nak cerita pun belum tentu habis.

“Alaaa… Sorry lah. Tak sengaja.”

Puan Ros bagi Dahlia jelingan maut. Dahlia pula buat macam tak nampak aje jelingan tu. Dari dia berdiri sekarang ni posisi badannya dah berubah ke kedudukan duduk pula. Tapi bukan duduk atas sofa macam Puan Ros. Duduk atas karpet nipis yang ada banyak bulu tebal bercorakkan tompok-tompok hitam dengan berwarnakan putih untuk background colour dia. Pendek kata, corak kulit lembu yang boleh keluarkan susu tu.

By the way, Aya dah jumpa kak Anis!” Katanya sambil kaki diluruskan untuk berlunjur.

“Tahu… Kak Orked dah bagi tahu masa dia telefon Aya siang tadi.”

“Heh! Potong betullah akak ni. Baru nak buat mama saspen.”

“Okey tak dia?”

“Siapa? Kak Anis?”

Puan Ros mengangguk.

“Okey! Terlebih okey pun. Bestlah dia.”

Suasana jadi sepi sekejap sebelum Dahlia bersuara semula.

“Mama dah tengok macam mana kak Anis tu?”

“Dah. Abang mms mama gambar kak Anis lepas dia bagitahu dia nak bertunang tu.”

“Mama paksa la tu…” Nada ayatnya sedikit meleret. Puan Rosnina gelak.

“Haha… Kalau tak buat macam tu terpaksa tunggu masa nak merisik nantilah baru dapat tengok orangnya. Aya tahu je lah abang tu macam mana.”

“Tahu.” Heartless. Cold hearted. Workaholic. Pendiam kalau dengan orang yang dia tak kenal. Susah nak senyum. Kuat menyakat. Dan… pemalu yang sangat tak bertempat. Lagi-lagi bab nak cari jodoh. Payah bebenar!

“Mama tahu tak kak Anis tu tua dari abang?” Bibirnya diketap. Janganlah mama buat muka terkejut beruk pulak dekat sini.

“Tahu dah. Abang cerita semua ke mama dah.”

So, mama tak kisahlah?”

“Nak kisah buat apa? Yang nak kahwin tu abang bukannya mama. Asalkan orangnya boleh jadi isteri yang baik, solehah… mama okey je.” Puan Rosnina pandang Dahlia sambil jungkit-jungit kening. Mulut Dahlia herot sedikit.

“Yang nak kahwin tu abang bukannya mama.” Dia ulang semula kata-kata mamanya kemudian sambung lagi…

“Mama nak kahwin lagi ke?” Dahlia jelir lidah sebelum ketawa.

“Heh, budak ni!” Puan Ros jengilkan mata dia pada Dahlia. Tangannya ingin memukul bahu anak bongsunya tapi tak sampai. Jadi, yang dapat dia pukul pun hanyalah angin.

Puan Ros cebik bibir. “Sini urut kaki mama.”

“Alaaa… Baru nak lepaking.” Mulutnya dimuncungkan sebatu macam muncung itik pulang petang. Kaki mula menolak badan ke mamanya. Ala-ala ikan duyunglah konon. Dulu masa kecil teringin sangat nak jadi macam Ariel dalam kartun Walt Disney, The Little Mermaid, tapi tak kesampaian.

“Denda sebab buat mama demam.”

“Eh, mana Aya pulak. Kan yang main mercun tu Apit dengan Amar.” Kaki Puan Ros dipangku di atas ribanya. Kalau tadi duduk bersimpuh sekarang duduk bersila pula. Khidmat sebagai tukang urut bermula.

“Tapi tekongnya siapa?” Tangan Dahlia yang baru saje mula mengurut kaki mamanya terhenti seketika.

“Err… Entahlah. Anak siapa entah! Yang pastinya orang yang jadi tekong tu perempuan. Lepas tu, muka dia sangat ayu dan comel.” Sesudah Dahlia berkata begitu terhambur ketawa dia yang mengalahkan bunyi harimau mengaum.

“Berapa banyak perahsantan pagi tadi?” Puan Ros memerli Dahlia.

“Lapan puluh lapan kilo.” Dahlia berseloroh. Layan aje bila mama sendiri dah mula kelaut, sebab diri sendiri pun selalu juga kelaut. HAHAHA…

“Eh, lupa mama nak cakap.” Dia tepuk dahi sendiri. Konon-kononnya kalau ketuk dahi tu boleh hilangkan penyakit lupalah.

Anak perempuannya itu angkat muka dari memandang kaki mamanya, ke wajah ayu mamanya pula. Kening dinaikkan. Mata dibesarkan… walaupun masih juga nampak macam segaris.

“Rabu malam khamis ni ada kawan mama buat kenduri, papa pulak nak outstation lagi. So, Aya kena teman mama.”

“Kenduri apa malam-malam?”

“Kenduri kesyukuran. Anak sulung dia baru balik dari study oversea.”

Study apa?”

“Entah. Mama tak tanya pulak. Ni pun dah dekat sepuluh tahun tak jumpa dengan kawan mama tu. Masing-masing lost contact, tapi baru-baru ni sebab papa dengan suami kawan mama tu ada nak rebut tender yang dekat Langkawi tu…”

“Tapi papa tak dapat pun.” Dahlia mencelah.

“A’ah, papa tak dapat. Suami kawan mama tu pun tak dapat jugak.”

“Lepas tu, macam mana boleh dapat contact balik?”

“Kawan mama tu kata sebab dia tengok nama mama ada dalam senarai Board Of Director company kita. Tu dia usaha nak contact jugak.”

“Lerr… macam tu. Apa nama kawan mama tu?”

“Hadeeja.”

Dahlia angguk-angguk kepala sambil mulutnya dimuncungkan.




KAKI laju mendaki tangga. Mata dah nampak satu benda aje. Katil! Tak sangka urut kaki mamanya sampai boleh cecah sampai jam sebelas. Padahal dah niat awal-awal nak tidur awal hari ni sebab dah tiga malam dirinya tidur lewat. Buat assignmentlah… Melayan anak-anak buahlah… Skype dengan Ika lah… Borak dengan abanglah… banyak sangat ‘lah’ sampai dia sendiri yang lelah.

Sampai aje pintu bilik Dahlia sandarkan dulu kepalanya pada pintu. Mengeluh sekali. Kemudian baru dia pulas tombol pintu. Daun pintu dia tolak. Mata dah bersinar-sinar nampak katil. Tapi… Tak solat lagi! Uwarghhh!!

Hatinya suruh terus ke katil, tapi kepala otak cakap jangan! Nak tidur kena solat dulu, kalau tak tak boleh tidur. Homai… masa macam ini lah hati dengan otak nak buat perangai. Mata pula dah tak boleh nak buka dari tadi. Akhirnya, dia memilih untuk ikut kata hati. Haisyy… inilah  manusia, suka ikut sangat kata hati yang tak berapa nak lurus sebab syaitan tak pernah nak duduk diam-diam dari menghasut! Padahal dah tahu tu yang dia memang tidur mati bila dah jejak katil.

Baru sempat menghenyakkan punggungnya di atas tilam empuk katilnya, belum baring lagi dah ada bunyi yang sangat menyakitkan telinga mengganggu. Rasa macam nak mengamuk!

“Tett… Tett... Tett…” Bergetar aje Nokia 500 yang terletak elok atas meja soleknya. Ni kalau campak ni mesti best! Mujur buat mode vibrate, kalau tak memang betul-betul kena campak ke luar tingkap. Mata memandang tajam pada handphone yang dah lima tahun guna itu. Kalau orang lain sibuk-sibuk nak tukar ke i-phone 5 lah, S4 lah, X-peria Z lah, tapi dia tetap dengan Nokia 500 cabuknya. Setia sungguh! Tangan menarik kasar handphone yang bergetar itu. Nama ‘Ika’ terpampang jelas. Dalam hati dah mula maki-hamun mak cik seorang tu sebab kacau malam-malam buta macam ni.

“Nak apa?”

“Ada berita hot meletup kebaboom!”

“Apanya?”

“Tekalah!”

“Aku penat ni. Ngantuk. Letih. Nak tidur.”

“Lerr… Kalau kau dengar ni mesti hilang semua penat, ngantuk, letih, nak tidur kau tu.” Suara Ika masih lagi bersemangat.

“Apa dianya?” Nada suaranya dah naik. Hilang sabar dengan kawan seorang ni.

“Cikgu Mas dah balik!”

“Hah? Tipulah!”

“Hek eleh dia ni. Aku cakap betul kut!”

“Tak khabar ke aku pun.”

“Lerr… Kau punya nombor sekarang nombor apa? Dahlah FB pun ‘rajin sangat’ nak bukak.”

“Hehe… Aku lupa aku dah tukar number phone. Fb tu pulak aku tak ingat password.”

“Aku pesan jangan makan semut degil jugak nak makan. Kan sekarang asyik lupa je.”

“Aku nak jumpa cikgu.” Sindiran Ika dia dengar macam dengar angin lalu je.

“Alolo… Sebab nak bagi kau jumpalah aku call kau malam-malam buta ni!”

“Hah! Cepat-cepat. Apa plannya?”

“Pergi reset password FB kau. Aku dah tagged. Tinggal nak tengok je. Pi cepat!”

“Alaaa..”

“Alaaa.. alaaa.. tak adalah.”

“Okey, okey! Byeee..”

Bye.. Take care!”

Tidur ke mana, penat ke mana. Matanya yang tadi sangat kuyu tiba-tiba boleh jadi sangat segar-bugar lepas dapat panggilan dari Ika. Sebelum dia switch on laptop miliknya, solat dah pun dia kerjakan. Lagi ditangguh lagi berdosa! Akhirnya selesai sahaja dia buat semua yang diarah oleh Ika, jam dah menunjukkan pukul satu setengah. Ngaaa… Tidur lewat lagi!



*Assalamualaikum!! knock knock knock! ^^  terima kasih banyak2 buat semua yang rajin giler menerjah blog ni sbb nak tunggu entry baru.. terima kasih sangat2... (nangis terharu) pada yang meninggalkan jejak.. muah2!! :* InsyaAllah lepas ni Ara lagi semangat nak menulis*