Tuesday 1 January 2013

Kau Aku Punya! (bab 3)






BAB 3

“Nana,Ameer turun makan!” Jerit Puan Melissa yang sedang sibuk mengatur lauk-pauk yang baru dimasaknya tadi. Encik Rasyid pula tidak bosan melayan karenah Mesya. Sekali pandang comel aje gelagat mereka dua beranak itu. Kejap main geletek-geletek. Kejap lagi pula main lambung-lambung. Lepas tu tukar pula main tiup-tiup perut. Haisy,macam-macam.
Kedengaran dari atas suara Medina menyahut seruan mak su terchenta. Ameer sudah pun turun dahulu dengan pakaian kebangsaannya tiap-tiap kali ada di rumah. Seluar bermuda separas lutut dengan t-shirt lengan pendek. Malas-malas aje dia turun ke bawah sambil tangan menahan kuap. Nampak sangat baru lepas bangun tido! Entah solat entah tidak tu.
“Ni dah mandi ke belum ni? Solat? Dengan rambut serabainya…” Bebel Puan Maelissa.
Ameer yang memang sudah kebal dengan bebelan mak su terus duduk di kerusi sambil meregang-regangkan otot badan. Si Mesya yang tadinya excited sangat main dengan ayahnya mula mengalihkan perhatian pada Ameer. Disebabkan semua orang tahu Adellia Mesya fanatik dengan Ameer Mikail,maka Encik Rasyid pun bangun untuk menolong isterinya di dapur. Ameer bangun dan mendukung Mesya. Dilambung-lambungnya beberapa kali. Mujur aje syiling rumah semi-D 2 tingkat itu tinggi.
“Wahh… wanginya! Mak su masak apa ni?” Soal Medina yang baru turun sambil menjenguk-jenguk segala lauk-pauk di atas meja makan. Dihidunya puas-puas. Menusuk sampai ke kalbu baunya! Ada spaghetti carbonara,spaghetti bolognese,chocolate creme brulee dan puding karemel. Pergghh.. terbaik! Air pula air ribena. Kelas kau Maria!
Dari jauh Ameer hanya melihat perangai anak dara sorang itu. Tak senonoh betul! Dengan baju tidur gambar teddy bear kecik-kecik,rambut tocang dua dan selipar bunny? Apekah?! Dah serupa anak jepun umur 5 tahun. Kalah Adellia Mesya ni.
“Amboi-amboi anak dara sorang ni! Turun makan je ye? Tak tolong pun masak.” Perli Puan Melissa.
“Nana terlajak tido la mak su. Sorry…” Dia senyum menampakkan 32 biji batang gigi putihnya. Geleng kepala Puan Melissa. Mesya pula mula menguap beberapa kali. Encik Rasyid menyuruh Ameer menghantar si kecil itu ke bilik.


Semua mengambil tempat mereka masing-masing. Meja makan itu ada 8 tempat duduk. Encik Rasyid duduk di penjuru meja,“Big boss punya tempat. Manakala Puan Melissa duduk disebelah suaminya di bahagian tepi meja dan Medina duduk disebelahnya. Ameer pula mengambil tempat di depan Puan Melissa bersebelahan dengan Encik Rasyid.
 “Macam mana tadi sekolah baru Nana?”
“Okey aje pak su. Cuma ada orang tu buli Nana!” memuncung mulutnya. Konon-konon merajuk.
“Siapa?” Gelisah Encik Rasyid bertanya. Semua mata tertumpu hanya pada Medina ketika itu. Masing-masing ingin tahu termasuklah si ‘mata kail’ di depannya itu.
“Mak su lah,siapa lagi!” sengihnya.
“Cis! Tertipu pak su.” Puan Melissa dan Encik Rasyid ketawa. Ameer cuba menyembunyikan senyumannya tapi sempat dikesan oleh Medina. Macamlah ada emas nak keluar dari mulut tu kalau ketawa.
“Dah cepat makan. Maghrib nak jemaah ni. Ameer jadi imam ya?” Tersedak air yang sedang diminum oleh Ameer. Mujur aje tak tersembur keluar. Ditelannya air liur yang rasa berpasir itu.
“Jadi imam?” tanya Ameer meminta kepastian walaupun dia memang tak pekak lagi.
“Yalah. Kenalah mula belajar tanggungjawab seorang suami mulai sekarang.”
“Errr… yalah.” Angguknya sekali. Medina dari tadi dah mula mengekek ketawa. Puan Melissa hanya tersenyum.
“Nana jangan tau gelak aje. Awak pun kena belajar macam mana nak urus rumah tangga. Nanti kalau habis sekolah tak kan nak duduk sini lagi? Masa tu baru terhegeh-hegeh tunjuk ajarku sifu.” Tegur Puan Melissa. Serta-merta Medina terdiam dan giliran Ameer pula yang gelak. Tapi dia gelak perlahan aje. Memang sah ada ketulan emas dalam mulut dia! Medina yang terkena jeling-jeling Ameer dengan mata dia.


Puan Melissa mencium tangan suaminya dan kemudian Encik Rasyid membalas dengan mengucup dahinya pula. Ameer dan Medina diam tak bergerak. Walaupun Puan Melissa dah pesan tadi,tapi…
“Medina kenapa tak salam tangan Ameer?” terangkat sedikit keningnya bertanya.
“Errr..” Dia menggaru kepala yang sememangnya tak gatal. Sementara Ameer mula buat muka boring.
“Dah cepat salam.Kena biasakan semua benda ni.Syurga seorang isteri itu terletak pada telapak kaki suami,kalau Nana tak minta maaf waktu macam ni,bila lagi?”
Wahh… Bencinya macam ni! Jerit hatinya.
“Bak tangan nak salam!”
Encik Rasyid dan Puan Melissa hanya memerhati. Saje mahu melihat sama ada mereka berdua itu dengar cakap atau pun tidak.
Senyuman mula menghiasi wajah Ameer Mikail. Merah muka Medina menahan geram. Menyampah pula apabila lelaki itu dapat mengenakannya lagi sekali. Gggrrrr!! Ameer menghulur tangan kanannya seperti yang dipinta oleh Medina. Lambat-lambat tangan sasa itu disambutnya lantas dengan cepat dia tundukkan kepala dan menciumnya. Namun Ameer lebih tangkas daripadanya.
Sebaik sahaja kepalanya diangkat,Ameer cepat-cepat mencium dahinya. Statik sekejap mereka. Dalam kala itu,Puan Melissa terpandang kamera digital di atas meja berdekatan dengannya. Dengan pantasnya dia merakam detik kaku itu dengan hanya satu klik. Serta-merta Ameer dan Medina tersedar dengan flash yang menyilaukan mata mereka. Merah seperti tomato muka Medina dibuatnya. Macam manalah dia boleh terdiam tak berkutik macam tu tadi. Malunya!
I’m not falling in love with him! Jerit hati kecilnya.

No comments:

Post a Comment