Sunday 30 December 2012

Kau Aku Punya! (bab 2)






BAB 2

“Masak apa malam ni?” tanya mak su. Soalan yang sering diajukan kepada Medina walaupun selalunya dia sendiri yang menjumpai jawapannya terlebih dahulu. Dibiarkan soalan mak su tidak berjawab. Biar gelabah sikit. Ada ke patut menonong je mak su meninggalkannya di belakang. Mesya pula asyik merengek daripada tadi walaupun matanya terpejam. Bising sangat agaknya.
“Nana?”
“Hah? Ouh,kalau western boleh?” Soalnya pula kepada mak su.
“Ermm,okey aje tapi apa?” Sambil bercakap sambil tangannya mengusap lembut ubun-ubun Mesya.
“Spaghetti!”
“Okay then.” Bibir menguntum senyuman.
“Nana pergi ambik spaghetti.” Mak su mengangguk. Tanpa berlengah Medina menggerakkan kakinya ke sudut makanan berpaket. Sedang leka membaca papan tanda besar yang tergantung di setiap rak,bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Lantas Medina berpaling ke belakang. Tercengang sekejap dia.
“Hai,buat apa sini?”
“Err,beli baranglah tak kan jogging kut.” Meletus ketawa lelaki dihadapannya itu. Macam lawak sangat aje.
Kali pertama melihat gadis itu semasa di sekolah pagi tadi,jantungnya seakan-akan ingin melompat keluar. Dan yang paling tidak disangkanya mereka sekelas. Berbunga-bunga hati apabila melihat gadis itu memperkenalkan diri dan sejak itu ruang hatinya sudah  ditempah oleh gadis bernama Medina Qairina. Mungkinkah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Ouh,betapa indahnya dunia!
“Eh,gelak pulak dia.” Perlahan tapi masih dapat didengari setiap butir perkataan yang dikeluarkan oleh Medina. Tanpa mempedulikan lelaki itu Medina meneruskan niatnya yang tertangguh tadi. Malas mahu melayan. Akhirnya sampai juga dia ditempat yang dituju. Serta-merta sepaket spaghetti diambil tanpa melihat jenamanya. Rimas dengan lelaki tadi yang setia mengekorinya di belakang.
“Eh,ni baby siapa ye?” Teringin benar dia mengetahui bayi siapa yang dikendong Medina. Comel yang amat! Kalau boleh mahu digigit-gigit pipi mulus si kecil itu.
Panas hati Medina mendengar celoteh lelaki itu. Matanya melilau mencari mak su. Dalam kala itu dukungan si Mesya dieratkan. Langkah kaki semakin deras menuju ke bahagian barangan basah. Mungkin mak su ada di sana.
“Awak ni diam je dari tadi.” Berjauh hati dengan perlakuan Medina terhadap dirinya.
Diam lagi. Kepalanya digaru mencari idea walaupun tidak gatal.
“Sombonglah awak ni. Dekat sekolah saya tegur awak buat dek. Dekat sini pun awak buat dek jugak.” Kecewa dengan layanan acuh tak acuh Medina terhadapnya.
Mana mak su ni? Desis hatinya.
 “Awak ni bisinglah. Awak tak nampak ke baby tengah tido?!” Marah Medina. Merah padam mukanya. Tak faham betul dia dengan mamat seorang ini, tak akan nak cakap tak suka baru nak pergi?
“Sorry.” Perlahan dia meminta maaf.
“Saya nak tanya awak ni. Boleh?
Adodoi… bercakap lagi. Suka makan tongkeng ayam gamaknya.
Melihatkan Medina yang diam,dia meneruskan pertanyaannya. Kan ke diam itu tandanya setuju. So,kira Medina okey ajelah kalau dia mengemukakan soalan.
“Kalau saya nak jadi kawan awak boleh? Kawan lelaki awak yang pertama dekat sini.” Penuh mengharap lelaki itu bertanya.
Ada maksud sebenarnya mengapa dia menggunakan perkataan kawan lelaki sebab kalau dialih bahasa ke bahasa inggeris kan bunyinya boyfriend. Ikutkan hati memang ingin sahaja ditanya ‘Saya jadi boyfriend awak nak?’ Tapi nanti mahunya Medina lari tak cukup tanah sebab takut dengan dia. Gelojoh sangat. Mana macho macam tu!
Kesian pula Medina melihatnya. Jadi kawan je,tak salah kut! Bisik hatinya sendiri. Mesya yang berada didukungannya semakin galak merengek. Macam memprotes aje,tapi kalau dengan si ‘mata kail’ tu boleh pulak nak senyum-senyum manja.
“Okey,tapi dengan syarat.”
“Apa?” Laju sahaja soalan itu meluncur daripada bibir lelaki yang ingin berkawan dengannya itu. Excited terlebih.
Belum sempat dia ingin membuka bicara,mulutnya terkunci serta-merta melihat mak su datang ke arah mereka. Hatinya mula gelisah. Habislah pecah rahsia macam ni! Jeritnya di dalam hati.
“Eh,Haikal pun ada sini? Datang dengan siapa ni?”
“Cikgu?” Terkejut dengan kehadiran Puan Melissa. Baru aje nak tackle awek dah ada yang kacau daun.
“Laa…mestilah cikgu tak kan hantu kut.” Guraunya. Tersengih sumbing Haikal mendengar perlian guru kelasnya itu.
“Hehe… Saya datang dengan kakak tadi tapi hilang pulak dia. Entah ke mana entah.” Jawab Haikal sekaligus merungkai persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala Medina bagaimana lelaki itu boleh tiba-tiba muncul di belakangnya sebentar tadi.
“Kakak awak yang hilang ke,awak sendiri yang merayau-rayau?” Puan Melissa buat kening double jerk. Saje mahu mengagah pelajarnya. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang menegur mereka.
“Hoi,sini rupanya kau! Penat akak cari tau,merayau je kerjanya.” Haikal tersengih-sengih mendengar leteran kakaknya.
“Kakak Haikal ye?” Soal Puan Melissa.
Riak wajah yang tadinya kelihatan selamba berubah menjadi sopan. Baru tersedar ada manusia lain disamping adik lelaki terchenta. Habislah jatuh saham kalau buat muka garang!
“Haah saya kakak Haikal,Atiqah.” Jawabnya berserta dengan senyuman.
Tiba-tiba Mesya yang berada didukungan Medina mula merengek. Dan rengekannya semakin menjadi-jadi. Risau mereka melihatnya. Cepat-cepat Puan Melissa meminta diri. Haikal yang terpinga-pinga menyebabkan guru kelasnya itu ‘terberitahu’ siapa Mesya dan siapa Medina sebenarnya. Tercengang juga apabila dia mendapat tahu bahawa Puan Melissa adalah ibu saudara kepada Medina.

“Assalamualaikum.” Laung mereka berdua sambil tangan penuh dengan beg plastik. Medina yang mendukung Mesya menghulurkan dia kepada ayahnya.
“Waalaikumsalam. Lambatnya balik.” Tangannya dihulur untuk menyambut huluran Medina itu.
“Kita pergi beli baranglah. Kan Mesya kan?”
“Ouh,dia pergi jalan-jalan ya tadi? Ibu ada belikan ayah eskem tak?” Diagah-agahnya bayi itu. Tergelak-gelak Mesya diagah oleh Encik Rasyid.
Setelah semua barang dibawa ke dapur,Medina meminta diri untuk naik ke bilik. Letih katanya. Puan Melissa juga naik ke bilik untuk mandi dan solat asar sebelum menyediakan makan malam. Bayi sulungnya dibiarkan bermain dengan Encik Rasyid.




*Alhamdulillah... selesai bab 2.. nanti kita tengok apa jadi di bab 3 pulak!*



No comments:

Post a Comment