*cover yang dibuat oleh pihak NMK ^^ comel kan? hihihi... here's the new entry for chapter 9. Sorry for those yang lama sangat tunggu. :D *
BAB 9
ABANG
waiter handsome pun berlalu pergi selepas
selesai mengambil order. Terlentok
kepala Medina melihat cara dia berjalan. Sangat bergaya!
Eh,
kejap! Sejak bila aku jadi macam ni? Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Ni
mesti sebab dah terpengaruh dengan mereka-mereka yang ada di facebook tu.
Hadoi, payah ni bila dunia FB dengan dunia sebenar bercampur.
“Oii.”
Medina
buat tak peduli dengan teguran Ameer. Sesedap rasa je panggil orang oi. Macam
tak ada nama nak panggil. Oi juga yang dipilih. Tiba-tiba kakinya disepak.
Betul-betul kena tepat pada tulang keringnya.
“Ouchh,
sakitlah!” Tekan Medina dengan suara yang perlahan. Kaki dinaikkan ke atas
bangku dengan kedudukan bersila sambil tangan mengusap betis sebelah kiri yang
disepak oleh Ameer tadi. Taktik keji betul! Tapi mujur pakai seluar jeans. Tahu
je lah kan tahap ketebalan seluar jeans macam mana. Makanya tak adalah sakit
sangat. Saja je aksen sakit yang amat.
“Tenung
macam nak tembus. Kut iye pun tak payahlah obvious
sangat. Meluat aku tengok!”
“Suka
akulah, mata aku bukan kau.” Medina jelir lidah. Apa kenalah dengan mata kail
ni dari tadi tak habis-habis dengan perangai pelik dia. Lain benar… Selalu tak
adalah macam ni. Sesekali usik dia macam best
jugak. Mulalah otak jahat Medina bersuara.
“Ke
kau jealous ni? Jeng jeng jeng. Kau
suka aku ek?” Matanya dikecilkan dan kening sebelah dijungkit-jungkit apabila
soalan itu keluar dari mulut mungilnya. Bibirnya dah senyum senget.
Tersentak
Ameer dengan soalan yang memang betul-betul tepat pada sasaran itu. Dia ni
kalau menebak selalu aje kena. Boleh baca fikiran orang ke apa dia ni? Ke Ahli
nujum dari gunung jerai bercabang empat? Eh, ada ke nama gunung jerai bercabang
empat?
Ameer
berdehem sekali. Kononnya sebagai pembuka bicara untuk menafikan yang dia
memang tengah bengkak hati dengan kemesraan Medina dengan waiter sakai tu.
Tak
sempat Ameer ingin bercakap, abang waiter
handsome a.k.a. waiter sakai datang
menghantar minuman ke meja mereka. Pandangan mereka berlaga sekejap sebelum
Medina mengucapkan terima kasih. Medina boleh rasa ada aura naga pada mata
Ameer. Silap-silap boleh keluar api dari mata dia kalau tak pun laser macam superman tu.
Bukan
dia saja-saja nak menggatal dengan abang waiter
handsome tu sebenarnya. Tapi kalau dah handsome
mengalahkan Zac Efron siapa-siapa pun boleh cair kut! Kekeke… Tanpa sedar
Medina ketawa sendiri di dalam hati namun cepat pula dia sedar. Haisyy… Ni
mesti pengaruh FB lebih ni. Rungut hati kecilnya sendiri.
Sejak
rapat dengan kawan-kawan baru di laman sosial facebooknya, macam-macam perkara
yang tak terlintas untuk dia sukai atau ketahui telah menjadi kesukaannya dan
kebiasaannya. Kalau dulu mana pernah tengok movie
sampai obses dengan pelakon-pelakonnya tapi sekarang mereka itulah yang selalu
jadi topik perbualan. Ada sahaja perdebatan sesama mereka tentang pelakon mana
yang lebih hebat, dan kebanyakkan pelakon yang tersenarai dalam sesi perdebatan
mereka adalah pelakon-pelakon lelaki termasuklah Zac Efron, Robert Pattinson,
Channing Tatum, malah Lee Dong wook pun turut jadi rebutan. Bukan setakat
cerita Inggeris aje yang mereka layan, tapi cerita Jepun, Korea, dan
kadang-kadang cerita Melayu pun mereka sapu habis!
Pada
asalnya mereka ini mulai rapat atas minat yang sama. Masing-masing suka membaca
novel dan kebetulan pula ramai antara mereka fanatik dengan penulis yang sama. Malah
yang lebih menarik lagi, mereka berada di landasan yang sama iaitu ingin
berubah ke arah yang lebih baik. Persamaan yang dipegang oleh mereka inilah
yang telah membawa kepada ukhwah yang lebih serius. Tak pernah terjangkau dek
akal masing-masing yang mereka boleh berkawan rapat walau melalui alam maya
semata-mata. Alhamdulillah ukhwah yang terjalin kerana Allah sangat memberi
seribu manfaat kepada mereka. Banyak perkara yang dikongsi bersama dan
kepercayaan mudah sahaja diberi sesama sendiri. Mungkin inilah yang dikatakan
ukhwah fillah fi sabilillah.
Itu
pasal bila Ameer kepoh-kepoh yang dia selalu mengadap facebook aje, dia boleh
buat pekak, tak menjawab apa. Sebab kalau diterangkan pun pada si ‘mata kail’
tu tak akan pernah dia faham! Dah namanya pun ‘mata kail’ kan, kerjanya mengail
ikan je lah. Kekeke…
“Makanlah
cepat! Kejap lagi nak balik dah.”
Suara
Ameer mematikan lamunan Medina.
“Kalau
jealous tu katakan aje jealous. Dan-dan nak kontrol macho konon.
F.Y.I. aku ni mampu baca isi hati orang tau, lagi-lagi kau.” Perlahan ayat itu
keluar dari mulut mungilnya. Ameer buat muka. Apa ingat aku tak dengar?
Keadaan
kembali sepi antara mereka berdua. Krik krik krik…
“Eh!
Tu bukan ke Emma?” Tiba-tiba Medina menjerit kecil.
Bagaikan
kena renjatan elektrik kepala Ameer terus berputar ke sembilan puluh darjah ke
kanan. Serentak itu dia berdiri. Terbeliak matanya melihat Emma yang sedang berjalan
ke arah mereka. Tapi Emma kelihatannya seperti tidak perasan akan keberadaan
mereka. Dia sibuk bercakap dengan seorang perempuan muda yang lebih kurang sebaya
dengannya. Mungkin berusia awal dua puluhan. Tangan pula kiri kanan penuh
dengan segala jenis beg kertas dari pelbagai jenama terkenal.
“Eh!
Cepat-cepat. Masuk bawah ni.” Jari telunjuknya mengarah ke bawah meja tempat
mereka sedang makan itu.
Biar
betul dia ni? Apa ingat ni nak main sorok-sorok ke?!
Medina
buat muka.
“Tak
ada pasallah aku nak masuk bawah tu.” Tangannya disilangkan.
“Cepat
ajelah! Nanti dia nampak susah.” Ameer dah bergerak ke Medina lalu ditekannya
bahu dan kepala Medina supaya menunduk ke bawah.
“Weyh,
sakitlah!” Separuh badannya sudah pun di bawah meja itu. Orang ramai yang makan
di restoran itu mula memandang pelik.
“Tolonglah.
Kali ini aje. Kalau dia nampak kita berdua macam ni, nanti aku susah, kau pun
sama susah. Nak jadi macam tu?”
Emma
dah terperasan Ameer di situ. Kakinya semakin laju menapak ke arah Ameer yang
sedang berdiri dan Medina yang tertunduk di bawah meja.
Medina
terdiam sekejap mendengar soalan Ameer tadi. Masuk akal juga kalau ditimbang-tara
apa yang Ameer cakap. Mulut Fatimah Dato’ Zainal tu bukan boleh tutup. Mahunya
nanti dia cari tahu apa hubungan aku dengan Ameer ni. Lepas tu habis satu
sekolah tahu. Malulah!
“Eh,
dia datang betul tu! Cepat-cepat!”
Medina
menjulingkan matanya. “Memang aku menyorok tak payah cover.” Perlahan tapi jelas di pendengaran Ameer. Mendengarkan
perlian Medina itu terus sahaja dia menukar tempat ke tempat duduk Medina tadi.
Jadi, bila Emma datang dia tak akan perasan yang Medina ada menyorok bawah meja
tu.
“Ameer!
Jodoh kita kuatlah dear. Tak sangka
boleh jumpa you dekat sini.” Lantang suaranya berbicara.
Orang
ramai yang makan di restoran itu mula bersosek-sosek. Entah mengumpat apalah tu
pasal dia.
Medina
di bawah mula berasa tidak selesa. Daripada duduk bercangkung, sekarang
posisinya sudah bertukar menjadi duduk bersila pula. Lenguhlah kaki kalau nak
cangkung aje! Tangan kanannya menongkat dagu. Matanya menyorot memandang
kaki-kaki manusia yang lalu-lalang di luar restoran itu. Nak tengok muka tak nampak.
Kaki ajelah yang menjamah pandangan matanya. Telinga menangkap perbualan Ameer
dan Emma. Tapi bukan curi dengar okey! Ni namanya terpaksa dengar.
“I
pun terkejut nampak you tadi.”
Okey,
itu tak tipu. Gelabah macam cacing tak dapat mandi tadi. Sampaikan aku ni kena
tolak masuk bawah meja!
“You
buat apa sini? Shopping lagi ke?”
“A’ah.
Jam tangan I rosak.” Mulutnya dimuncungkan sedikit dengan air muka yang
seakan-akan mahu menangis.
Perlu
ke nak buat muka sedih macam tu?
“Alahai,
kenapa you tak cakap dengan I? Kalau tak I boleh belikan untuk you.”
Okay, this is so annoying! How can he wasted
his money on girl like this?
“So sweet of you! Tapi I dah beli. You
belikan I barang lainlah. Habib Jewel ada buat promotion sekarang ni.”
Senyumnya melebar. Dan semakin lebar apabila Ameer mengangguk.
Gila
tak malu dia ni. Bapak sendiri kaya pun masih jugak nak kebas duit orang lain.
Weyh, kau tak tau ke yang dia ni ada isteri nak kena tanggung!!
“Eh,
ni I lupa nak kenalkan. My beautiful
cousin, Jasmine. Jasmine, meet my man,
Ameer Mikail.”
Tangan
dihulur.
Your man? Since when? Ikatan pun tak ada, dah mandai-mandai nak kata ‘my man’.
Tangannya
digenggam kuat. Gigi pula diketap. Tanpa sedar kaki dah tersepak betis Ameer.
“Ouchh!”
Nyaring Ameer menjerit. Semua orang memandang ke arahnya. Lepas itu, mereka
gelak. Gelak kerana tahu apa yang sedang berlaku pada Ameer. Medina yang berada
di bawah juga turut tergelak kecil. Walaupun perbuatannya tadi tanpa sedar,
tapi dia puas. Puas dapat pukul ‘mata kail’.
Tak
jadi Ameer ingin menyambut salam yang dihulur oleh Jasmine tadi.
“Tak
ada apalah. I tiba-tiba sakit perut. I rasa I nak kena balik dah ni.”
“Alaa…
I baru nak ajak you temankan I shopping
lagi.”
Eh,
eh perempuan ni. Sekali aku libas dengan beg ni, koma setahun kau!
“Next timelah kita shopping. Lagipun esok
sekolah.” Ameer mengukir senyum plastik.
Bagus.
Bagus.
“Okeylah.
I balik dengan you ye?” Matanya bersinar-sinar memandang Ameer.
Habis
tu aku ni nak campak mana? Mall ni
bukannya sebelah rumah aku! Ggrrrr…
“Eh,
mana boleh! Eh, maksud I, tak bolehlah. I datang sini dengan family I. Nanti apa diorang kata. Kan?”
“Laa,
you datang dengan family ke? I ingat
sorang aje. Tak apalah. Tapi ingat, you hutang I satu set barang kemas Habib
Jewel tau.”
Hesyy,
si Patimah ni sungguh mencabar keimanan aku! Aku kahwin pun tak dapat set
barang kemas. Ni lagi kau yang tak ada hubungan langsung-langsung.
“Okey.
I ingat.”
Mata
Medina terbeliak. Ameer betul-betul nak belikan?
Tangannya
pantas menumbuk kaki Ameer.
“Ouchhh!”
Kali ini lebih panjang bunyinya.
“Dear, are you okay?”
“Macam
sakit sangat je muka dia. I rasa elok kalau you pergi klinik.” Celah Jasmine.
Riak mukanya juga kelihatan risau.
“It’s okay. Perut I masuk angin je kut.”
Medina
sudah terkekek-kekek di bawah. Tangannya ditekup ke mulut menahan daripada
keluarnya bunyi gelak.
“Betul
ni?”
“Betul.
You better go home first. I ingat nak
kena pergi toilet sekejap ni.”
“Okey,
okey. I balik dulu. You hati-hati drive.”
Anak
matanya menghantar Emma dan Jasmine keluar dari restoran itu. Sekarang ini,
giliran Medina pula!
Kesian medina kna sembunyi bwa meja ,
ReplyDeletehahaha! kalau dia tak sembunyi habislah kantoi! :p
DeleteAku tak sempat baca lagi. dan sekarang baru ada masanya :'(
ReplyDeletedan dannnn.. cerita ni memang awesome daebak kebaboommm! mohon sambung lagi cik penulis! dah la guna nama ex aku! *eh?* kehkehkeh.
double thumbs up! :D
your ex? heh! *tumbuk2 lengan kau* :-p
DeleteBest sambung please tq.
ReplyDeletePuan Ara Myasara, I love your works! Please continue cerita Kau aku punya.. It is very unique and sort of cheezy.... :)
ReplyDelete