Monday 25 February 2013

Kau Aku Punya! (bab 8)



*alhamdulillah... siap jugak bab 8 ni ^^  jenuh nak menyiapkannya :p   




BAB 8

“MALAM ni nak keluar?”
“Haah.”
“Hai,tak pernah-pernah kalau nak keluar kemas kereta bagai?”
Ameer hanya tersengih mendengar sindiran Puan Melissa.
“Dengan someone yang special ke?” Usiknya lagi.
Ameer masih diam cuma sengihannya mula bertukar ke senyuman yang lebih lebar. Kalau lebar lagi tu mahunya jadi senyuman joker. Hahaha!!
“Buat apa?” soal Puan Melissa lagi.
“Tebus janji.” Puan Melissa mengerutkan keningnya tanda dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh anak buah terchenta sekali gus meminta penjelasan yang lebih terperinci.
“Ada budak mintak belanja dia cheese cake.” Terang Ameer sambil membuat isyarat ke arah Medina. Puan Melissa melirik pada Medina yang sedang terkial-kial membuat senaman tai chi di halaman rumahnya.
“Dah baik betul ke dia punya pinggang?” Soal Puan Melissa lagi dengan kening sebelah terangkat.
“Dahlah kut. Tu sampai boleh berlatih tai chi bagai.” Sengih Ameer menjawab soalan mak su. Bukan dia tak nampak yang Medina terkial-kial berlatih tai chi dengan keadaan pinggang yang belum pulih sepenuhnya itu. Tapi saje tunjuk kuat macam dah baik sangat supaya mak su bagi greenlight untuk dia keluar malam ini. Semata cheese cake punya pasal! Entah apa yang sedap sangat dengan cheese cake dia pun tak tahu. Cuma yang pasti,dia tak suka cheese cake. Muak! Banyak sangat cheese. Kalau makan pizza pun selalu diasingkan dulu cheese yang ada pada topping.
“Jangan balik lambat sangat,esok sekolah.” Pesan Puan Melissa seraya bangun daripada buaian kayu,hadiah kahwin Ameer dan Medina oleh nenek Ameer,Nenda Maziah.
“Baik cikgu!” Jawab Ameer dengan gaya tabik hormatnya. Geleng kepala Puan Melissa melihat gelagat anak buah yang satu ini. Tapi ada satu yang membuatkan dia musykil sejak dari tadi. Sejak bila mereka boleh berbaik-baik sampai boleh nak keluar sama ni? Selalu tu nak bercakap pun macam ada jongkong emas je dalam mulut masing-masing,tahu-tahu sekarang ni dah nak keluar dinner sama. Amboi!
“Ermm…” Dagunya diusap-usap dengan jari. Kaki terus melangkah masuk ke dalam rumah namun persoalan itu masih melekat kuat dalam fikirannya.
Rasa tak puas hati pulak kalau tak tanya. Desis hatinya.
Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak,seakan-akan lahar gunung berapi yang tunggu masa sahaja ingin dimuntahkan keluar,Puan Melissa berpatah semula ke luar rumah.
“I think you have something to tell me.” Keningnya dijungkit-jungkit dan bibirnya mengukir senyum penuh makna baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Ameer hanya memandang pelik tapi cepat-cepat dia tersedar apabila melihat mak su senyum sebegitu. Ouh no!! Air liur ditelan beberapa kali. Bersiap sedia ajelah nak menghadap soalan-soalan pelik daripada mak su terchenta.
“Jeng jeng jeng. Dah mesra alam? Ermm… I am surprised!
Tak boleh diterangkan bagaimana muka Ameer cuba menahan ketawanya saat dia mendengar pertanyaan Puan Melissa itu. Mesra alam? Apa tak ada perkataan lain ke selain mesra alam?
“Mak su ni… Tak ada apa-apalah.” Jawab Ameer dengan nada meleret. Kalau dilayan mak su ni sampai esok pun tak habis. Sambungnya di dalam hati.
“Orang tu kan sakit,nak perhatian lebih je tu. Apa salahnya kalau Meer ikutkan aje kehendak dia. Karang tak pasal-pasal meleleh air liur kempunan nak makan cheese cake dia tu.” Jawab Ameer lagi. Panjang lebar dia menjelaskan pada Puan Melissa walaupun dia tahu yang mak su dia hanya ingin mengusik aje.
“Iyelah tu. Kalau dah suka tu mengaku je lah Meer. Tak rugi apa pun.” Bahu Ameer dia tepuk dan tak lupa juga dengan keningnya yang dijungkit-jungkit. Tergelak kecil mereka berdua. Medina memandang pelik pada mereka dari jauh. Dia sudah pun selesai dengan senaman tai chi. Alah setakat nak tunjuk depan mak su je bukannya nak senam betul-betul pun. Sambil mengelap peluh dimuka dengan tuala kecil sambil dia berjalan menuju ke arah porch di mana Puan Melissa dan Ameer berdiri. Kasi real sikit yang dia dah sihat. Di dalam kepalanya tertanya-tanya kenapa mak su masih ada di luar. Kalau tak silapnya tadi mak su dia dah masuk ke dalam rumah. Ni tiba-tiba ada semula berdiri di luar bersembang lagi dengan Ameer. Mesti ada gosip best ni!
Sedar tak sedar jasadnya sudah pun berdiri di sebelah Ameer. Tapi sayang,mak su dah masuk ke dalam. Dia cuma lambat beberapa saat je. Kalau cepat sikit tadi mungkin dia boleh dengar sepenuhnya apa yang mak su terchenta cakap. Cuma yang sempat ditangkap daripada perbualan mereka adalah nama dia sendiri. Mesti ada benda yang mereka sembunyikan. Jeng jeng jeng,nak kena selidik ni! Detik hati nakalnya.
Cheese cake malam ni tau. Jangan buat-buat lupa.” Mata dikenyit ke Ameer lalu kaki melangkah masuk ke dalam rumah.



“HAlKAL minat Medina.” Terngiang-ngiang ayat itu ditelinganya. Pada zahirnya memanglah dia nampak macam tak terkesan langsung dengan apa yang mak su cakap tadi, tapi dalam hati bukan main resah-gelisah lagi! Kali ini dia memang tak dapat tipu dirinya sendiri. Dia memang sukakan Medina Qairina. Tapi untuk mengatakan yang dia sayang, egonya lebih tinggi dan jika disoal pula cintakah dia pada Medina Qairina tidak sesekali dia akan mengatakan ya. Kalau dikutkan rasa hati memang ya! Dia memang suka, sayang dan cinta pada gadis itu. Malah sebenarnya perasaan suka pada Medina semasa kecil dulu telah lama bercambah menjadi sayang dan kemudian mula bertunas kepada cinta. Namun kejadian yang menimpa ke atas keluarga mereka tidak akan memungkinkan dia untuk memaafkan dirinya sendiri. Atas sebab itu, dia harus membuatkan Medina benar-benar membencinya supaya dia menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan pada Medina. Tapi dalam dua tiga hari ini sering kali anggota badannya bertindak berlawanan dengan apa yang diarahkan oleh akalnya.
“So, kita nak makan kat mana ni?” Suara Medina memecahkan suasana sepi di dalam kereta itu. Hampir lima belas minit dia duduk diam tak berkutik di sebelah Ameer, baru sekarang dia menyuarakan soalannya. Fikiran Ameer yang sudah jauh menerawang kembali semula ke alam nyata.
“Err… kau nak cheese cake kan? Secret Recipe ajelah.”
“Tapinya kita kat mana ni?” Soal Medina lagi sekali gus memerli Ameer. Bukannya tak ada Secret Recipe dekat seksyen 7 ni yang gatal-gatal masuk lebuh raya dah apa pasal? Ni lah dia manusia yang tak ada pasal cari pasal.
Keningnya terangkat mendengar soalan itu. Ah, sudah! Baru dia perasan yang mereka sudah berada di lebuh raya. Khayal lagi, kan dah entah ke mana-mana sekarang. Marah Ameer pada dirinya sendiri. Mahu aje diluku kepalanya sendiri saat ini. Mujur Medina tegur kalau tak ditegur agaknya dah jauh dia memandu. Nasib baik masuk lebuh raya Persekutuan, kalau dah terlajak ke lebuh raya lain terpaksa pusing balik. Alang-alang dah terlajak terus aje lah ke mall. Detiknya di dalam hati.
“Kita makan dekat SACC Mall je lah.”
“Kenapa nak pergi yang jauh?”
Bape minit je pun jauhnya tu.” Medina mencebik bibir mendengar jawapan Ameer.
Sudahnya masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Ameer terus fokus pada pemanduannya manakala Medina melayangkan pandangan ke luar merenung langit malam yang terbentang luas yang diserikan lagi dengan kerlipan bintang yang sangat memukau ciptaan indah yang Maha Esa.
Salah satu kegemaran Medina Qairina adalah langit dan bintang. Bila ditanya mengapa suka merenung langit, jawabnya tenang. Tapi sejak berpindah ke Shah Alam payah benar nak melihat satu butir bintang pun. Ada satu masa tu berjam-jam dia tunggu dekat beranda bilik hanya untuk melihat bintang. Tapi satu pun tak ada! Nak kata cuaca mendung tak adalah pula rintik-rintik hujan turun membasahi bumi. Nak kata jerebu tak akanlah jerebunya teruk sangat sampai tertutup semua bintang atas langit tu? Walaupun memang Shah Alam antara tempat yang paling tinggi bacaan indeks pencemaran udara tapi macam tak masuk akal je.
“Kenapa suka tengok langit?” Tiba-tiba Ameer bertanya.
“Sebab suka.”
“Heh? Tu bukan jawapan…”
“Sebab tenang. Ada bintang dan bulan. People tend to choose moon but I prefer to choose stars.” Tak sempat Ameer menghabiskan ayatnya Medina sudah pun memotong.
Why?”
“Sebab bintang tu walaupun dah mati berjuta tahun tapi masih bersinar cantik. Kalau bulan, dari jauh je nampak cantik tapi hakikatnya tidak.”
“Pandai jugak kau ni berfalsafah bagai ek?” Herot senyuman Ameer sebelum dia gelak sendiri.
“Cis, kenapalah aku beria-ria sangat nak cerita benda-benda macam ni dengan mata kail ni.” Bisiknya perlahan kepada diri sendiri sambil membuang pandang ke luar tingkap. Meluat!
 Ameer masih lagi dengan sisa ketawa yang entah bila nak habis.
“Kau memang suka dengar muzik ek?” Tanya Ameer lagi tiba-tiba.
Medina kerut dahi. Suka tanya soalan pelik-pelik dia ni. Lepas tanya gelak. Apa jenis entah.
“Kenapa tanya tiba-tiba?” Sengaja dia menjawab dengan soalan juga.
“Sebab bilik aku tiap-tiap pagi dah macam kena landa gempa bumi dengan bunyi bising dari bilik sebelah.”
Medina gigit bibir. Membahang mukanya. Tak sangka pula yang dia pasang radio kuat sangat sampai ganggu jiran sebelah. Rasa-rasanya volume yang dia selalu set tak cecah pun maximum lagi. Ke si mata kail ni ada telinga lintah? Otak jahat Medina mula berbicara.
Melihatkan Ameer yang menjeling-jeling padanya seolah-olah menunggu jawapan membuatkan dirinya sedikit gelisah. Nak bagi alasan apa ni? Soalnya di dalam hati.
“Err… aku ingat dinding bilik tu kedap bunyi.” Agak-agak boleh terima dek akal tak jawapan tu? Musykil sendiri dia dengan jawapan yang diberinya. Tangan menggaru kepala yang tak gatal.
Sudahnya Ameer hanya gelak kecil.




SEDAR tak sedar mereka sudah memasuki perkarangan pusat beli-belah. Semakin bersinar-sinar mata Medina. Tak sabar nak makan cheese cake!
Ameer dan Medina jalan beriringan menuju ke Restoran Secret Recipe yang memang terkenal dengan segala macam jenis kek terutamanya cheese cake. Nak cerita lebih-lebih pun, bukan dapat royalti ke komisen ke. Iye tak?
Langkah kakinya setia mengikut ke mana sahaja Ameer pergi. Tak lekang dari tadi bibir Medina menguntum senyuman. Macam kerang busuk pun ada jugak! Kebetulan restoran agak lengang. Ameer memilih meja untuk empat orang yang agak terlindung dan agak tersorong daripada orang ramai.
“Kita duduk sini je lah. Kalau duduk depan sana karang tak pasal-pasal kontrolbesi mahalan pulak.” Ameer bersuara seraya menarik kerusi. Medina turut mengikut perbuatan Ameer dengan mengambil tempat duduk di hadapannya.
“Ap… apa tadi? Kon apa?” Tanya Medina pelik selesai sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Kontrolbesi mahalan.” Jawab Ameer malas sambil mencari-cari kelibat waiter atau waitress.
“Apa tu?” Soal Medina lagi. Pertama kali dia mendengar perkataan itu. Berkerut-kerut dahinya cuba untuk menghadam apa maksud kontrolbesi mahalan. Semakin geram dia apabila Ameer buat-buat tak dengar dengan soalannya tadi. Boleh aje dia buat dek! Jerit hati Medina.
Sementara menunggu Ameer memesan makanan daripada abang waiter yang sangat handsome yang berdiri disebelahnya, Medina cuba untuk hadam lagi apa maksud perkataan pelik tu. Tapi matanya tak sudah-sudah menjeling-jeling ke sebelah. Ameer yang perasan mula berdehem beberapa kali sambil membeliakkan biji matanya. Sungguhlah macam nak terkeluar betul mata dia!
Medina jelir lidah dan kemudian itu dia tersentak. Ahah, tau dah apa itu kontrolbesi mahalan! Desisnya di dalam hati.
“Nak makan kek je ke? Lain tak nak?” Tanya Ameer dengan nada dinginnya.
“Ermm… apa yang sedap sini bang?” Terangkat kening Ameer mendengar soalan yang keluar dari bibir Medina. Aku tanya dia, boleh pulak dia tanya waiter sakai ni. Dah la berabang-abang! Bentak Ameer dalam hati.
Tak pasal-pasal abang waiter handsome dapat title sakai.
“Semua pun sedap. Tapi yang paling abang suka dekat sini mee kari dia.” Jawab abang waiter handsome berserta senyuman yang manis. Hampir jatuh rahang Medina melihatkan senyuman abang waiter ni. Cair sungguh-sungguh!
Ameer yang mendapat tempat sebagai penonton kelas pertama untuk drama mereka berdua mula rasa meluat. Kalau boleh muntah memang dia muntah hijau on the spot jugak!
“Cepatlah order. Kita mana boleh lama-lama kat sini.” Gesa Ameer keras.
Medina juih bibirnya pada Ameer. Kacau daun betullah mata kail ni!
“Tak apalah bang, saya tak makan mee. Errmm… bagi New York Cheese Cake dengan Blueberry Cheese Cake satu slice dan air bagi mineral water je.”
“Okey. Seafood spring roll satu, Prawn Macaroni with Cheese satu, New York Cheese Cake one slice, Blueberry Cheese Cake one slice, Watermelon juice satu dan Mineral water satu. Betul?”
“Hmmm.” Jawab Ameer acuh tak acuh.





4 comments:

  1. cepatlah sambung....cepat la sambung.....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimie! thanks for your support dear *nangis terharu* :D

      Delete
  2. Bila nk smbung,, best ler cetanya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ideanya mencurah.. tapi tangannya yang malas :'(

      Delete