Monday 4 February 2013

Kau Aku Punya! (bab 7)







BAB 7


“MESYA janganlah gerak-gerak sangat. Peninglah kakak.” Berkerut-kerut dahinya.
 Dari tadi lagi Medina berusaha untuk pakaikan si kecil itu lampin pakai buang. Hampir setengah jam berlalu.Keadaan masih sama.
Nampak macam senang tapi untuk orang yang tak ada pengalaman macam dia benda yang simple pun boleh jadi teramat susah! Cubaan pertama longgar. Kali kedua pampersnya tak lekat-lekat. Yang ketiga pula sebab nak bagi ketat punya pasal habis terkoyak pelekatnya. Ada juga sekali tu sampaikan dia tersilap. Yang depan di belakang yang belakang di depan.
“Haisy,macam mana ni?” Kepalanya digaru. Tak kan nak dibiarkan sahaja Mesya tak berlampin. Mahunya basah katilnya. Lagipun kalau dia buang air besar lagi macam mana? Euuww… gelilah! Itupun tadi mujur aje yayiknya tak banyak sangat. Tapi wet tissue yang digunakan habis satu kotak juga. Kira berjaya tak berjaya juga dia cuci punggung Mesya.
Medina merenung si kecil yang sedang minum susu botol itu. Ni kalau dah minum susu mesti nak buang air kecil nanti. Terpaksalah kalau dah macam ni. Desis hati kecilnya.
Telefon bimbit di atas meja sebelah katil diambil. Lalu nombor seseorang dicari dalam ruangan nombor-nombor yang telah disimpan dalam memori telefon itu. Tak sia-sia dia save nombor si mata kail tu masa mak su bagi hari tu. Nama ‘si mata kail’ dicari penuh teliti. Dalam nak tak nak aje dia menghubungi Ameer.
Pick up cepatlah!” Kakinya tak henti-henti berjalan ke sana ke sini. Mundar-mandir sambil menunggu panggilan itu dijawab. Tak senang duduk kalau dah jadi macam ni.



AMEER memperlahankan kelajuan kereta apabila lampu isyarat menunjukkan warna jingga. Kebetulan telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Apabila kereta selamat diberhentikan barulah tangannya mencapai handsfree lalu dipasang diteliga. Skrin yang memaparkan nama pemanggil tidak dilihat langsung.
“Yes?”Gugup Medina mendengar suara itu. Kedengaran sungguh mendebarkan hatinya. Ah,sudah! Tak kan bunga-bunga cinta mula bersemi ni? Ke sakit jantung? Haisyy… Baru dengar suara dah macam ni. Belum lagi depan-depan. Tapi,sejak bila?
“Err…” Terdiam tak terkata dibuatnya. Spontan sahaja perkataan ‘err’ itu keluar daripada bibirnya.
“Siapa ni?” Ameer bertanya. Medina takut-takut ingin menjawab soalan Ameer itu.
“Err..” Bibirnya digigit. Macam mana nak cakap ni ya? Soalnya di dalam hati.
“Gagap ke apa dia ni?” Ameer bercakap sendiri namun masih jelas kedengaran di cuping telinga Medina. Sentap Medina mendengarnya. Sungguh sarkastik!
“Tak nak cakap sudah. I consider u salah number.” Mendengarkan Ameer bersuara sebegitu membuatkan dia gelabah.
 “Err…Balik sekarang boleh?” Cepat-cepat Medina menjawab.
Ameer kerut dahi. Dah kenapa pulak tiba-tiba suruh balik ni? Siapa pulak yang call ni? Soalnya sendiri di dalam hati.
“Balik mana pulak ni?” Sambil dia tanya sambil dia menjeling skrin iphone 5 miliknya. Baru dia perasan rupanya Medina yang menelefon.
“Balik rumahlah. Ada problem sikit dengan Mesya ni.”
“Apa dah jadi?” Soal Ameer lagi.
“Err…” Takut-takut Medina ingin menjawab soalan itu.
“Sejak bila gagap ni Nana?” Sengihnya sendiri. Tiba-tiba terasa ingin menyakat Medina.
“Gagap? Mana ada aku gagap! And…don’t call me Nana!” Bentaknya. Benci betul kalau dia dipanggil Nana. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh panggilnya dengan nama itu.
“Nana Nana Nana Nana Nana Nana…” Sengaja Ameer menyebut nama itu ulang-ulang kali. Biar mengamuk mak cik sorang tu. Tangannya mengikut rentak stereng kereta membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan perumahan. Lagi dua selekoh sampailah dia ke kediaman maksunya itu.
Sadaplah Ameer Mikail!!” Giginya diketap-ketap. Geram betul dengan mata kail tu. Agaknya memang macam tu lah kut perangai manusia tak faham bahasa. Boleh dengar yang Ameer sedang gelak besar dari sana. Makin geram dibuatnya walhal bukan hal besar mana pun. Hesy…kalau dengan Ameer je mesti nak marah-marah. Kecelaruan personaliti ke apa? Ggrrrr…
Lantas Medina putuskan talian sebab geram punya pasal. Badannya dihempas ke atas katil.



“ASSALAMUALAIKUM.” Ameer memberi salam dengan nada berbisik seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Sudah menjadi kebiasaan baginya begitu walaupun dia tahu tiada sesiapa yang akan menjawab salamnya itu. Pintu ditutup semula dan dikunci. Nanti tak pasal-pasal ada yang masuk menyamun barang-barang dalam rumah baru tahu. Tanpa membuang masa Ameer berlari anak mendaki tangga untuk ke bilik Medina. Entah apalah yang jadi pada Mesya tu agaknya. Ni belum cukup sehari ditinggalkan. Pangkal hidungnya ditekan-tekan.
Sampai sahaja di depan pintu bilik Medina,Ameer terus membukanya. Serta-merta wajahnya berubah. Hajat asal ingin membuat Medina terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu bertukar sebaliknya. Sekarang ni dia yang terkejut bukan kepalang dengan keadaan bilik Medina yang tak ubah macam baru lepas kena landa tsunami. Bersepah sini sana. Memang tak serupa perempuan betullah dia ni. Desisnya di dalam hati.
“Hoi! Kenapa bilik kau ni? Baru lepas perang ke apa?” Sarkastik Ameer bertanya sambil berjalan menuju ke arah Medina yang sedang berbaring di atas katil dengan kaki berjuntai ke lantai.
“Kau ni nak buat jantung aku melompat ke apa? Masuk-masuk je cakap hoi,patutnya kau bagi salam.” Tersentak Medina dengan sergahan Ameer tadi.
“Eleh cakap aku pulak. Yang kau ni kenapa bilik sampai jadi macam ni? Dengan Mesya yang tak berpampers,tissue merata lagi.”
“Hah! Sebab tu lah aku telefon kau suruh balik. Aku sebenarnya…tak tahu macam mana nak pakaikan pampers pada Mesya ni. Banyak dah aku cuba tapi semuanya tak jadi.” Medina sengih macam kerang busuk. Ameer dah tepuk dahi sambil geleng-geleng kepala.
“Jom sini aku tunjukkan kau macam mana nak pakaikan budak pampers. Tengok betul-betul tahu?” Tangan Medina ditarik supaya duduk di sebelah Mesya. Biar nampak jelas macam mana dia pakaikan Mesya pampers. Medina yang seperti dipukau itu ikut sahaja keinginan Ameer. Satu-persatu langkah ditunjukkan ke Medina. Bulat aje matanya melihat macam mana Ameer memakaikan Mesya lampin pakai buang itu.
“Kalau kau tak letak bedak,nanti takut ruam ataupun melecet punggung dia. Tu pasal kena tabur bedak. Lagipun wangi sikit.” Ameer ketawa kecil. Terasa kelakar pula ayatnya yang penghabis itu. Medina turut sama ketawa. Si kecil itu pun ikut turut ketawa walaupun dia tak faham apa-apa. Suka agaknya melihat abang dan kakaknya gembira.
“Masa nak letak pampers ni pada punggung dia,kau kenalah angkat kaki dia. Macam ni.” Ameer memegang kedua-dua belah kaki Mesya dengan sebelah tangannya lalu tangan sebelah lagi satu cepat-cepat menarik pampers ke bawah punggung si kecil itu.
“Ouh macam tu rupanya.” Medina bercakap tanpa sedar. Tersengih Ameer mendengarnya.
“Lepas tu make sure kau letak pampers dia sampai kena pinggang dia,baru kau boleh tarik yang depan ni.” Lincah aje tangannya memakaikan Mesya pampers.
Mana agaknya dia belajar? Dia mana ada adik kecil. Saudara-mara semua dah besar-besar. Kalau yang ada anak kecil pun bukannya selalu jumpa. Masing-masing bertebaran atas muka bumi ni. Setahun sekali baru berkumpul. Macam-macam soalan timbul di dalam kotak fikiran Medina,sekali gus dia tabik dengan Ameer. Serba-serbi lengkap! Tak pernah lagi dia tengok kekurangan lelaki yang bernama Ameer Mikail itu. Pandai pun pandai,sukan pun selalu leading,kalau disuruh masak pun dia mampu buat. Rupa pun ada! Kira memang pakej si mata kail ni.
“Hoi,berangan ke apa kau?!” Sergah Ameer. Gelak besar dia melihat muka Medina yang serupa ayam berak kapur itu. Si kecil yang sudah siap dipakaikan pampers pun ikut sama gelak. Medina menyumpah-nyumpah Ameer di dalam hatinya. Terkejut dia dibuatnya! Selalu aje si mata kail ni buat benda-benda yang dia tak suka. Warning lapan puluh lapan kali pun agaknya sama je.
“Tak kuasalah aku nak berangan-angan bagai ni.” Matanya dijulingkan ke atas.
“Eleh,cakap je lah yang kau memang berangan. Berangan pasal aku kan? Kan? Kan?” Medina buat muka menyampahnya pada Ameer yang tersenyum itu. Rasa macam nak cair meleleh-leleh aje hati bila tengok senyuman dia tapi cepat-cepat dihalau perasaannya itu. Bukannya Zac Efron sampai nak melting bagai! Medina cuba menegaskan hatinya.
“Yang kau perasan sangat ni kenapa? Dah keluar-keluar! Aku nak kemas bilik yang serupa macam baru lepas perang ni.” Senyumnya sinis. Dipulangkan paku buah keras kepada Ameer.
“Cis,perli aku ke apa?”
“Apa cis,cis? Kau nak belanja aku cheese cake ke? Wahhh…kecil tapak tangan besar lautan aku tadahkan! Jadi tau malam ni.” Sambil bercakap sambil dia tolak Ameer keluar dari biliknya. Tercengang Ameer. Tak ada peluang langsung untuk membidas. Cakapnya bukan main laju lagi boleh kalah kereta api laju kat Jepun tu!
“Weyh,ingat janji kau nak bawak aku makan cheese cake malam ni! Jangan mungkir! Pukul lapan lepas maghrib!” Kedengaran suara Medina di sebalik pintu biliknya yang sudah ditutup sejurus Ameer ditolak keluar tadi. Terbit lagi senyuman di bibirnya menandakan  dia mula senang dengan sikap Medina itu.




*here's the new entry ^^ thanks for the supports peeps.. love u guys mucho2 .. hari ni mood macam sangat sweet sebab terkena penangan Chris Pine.. hahaha :p   Enjoy reading!! And do hits some comments.. mana tau boleh improve lagi jalan cerita dia... *






No comments:

Post a Comment