BAB 12
PENSIL mekanikal ditangan dipusing-pusing dari satu
jari ke satu jari yang lain. Jari telunjuk tangan kiri mengetuk-ngetuk meja
berlapikkan kertas soalan Chemistry
daripada Cikgu Hashim. Dah sepuluh minit dia tersangkut pada soalan tujuh belas.
Kepala diangkat memandang jam besar yang melekat di dinding perpustakaan sekolah
itu. Bibirnya melafazkan keluhan. Ni sebelum pukul tiga dah kena ada atas meja
Cikgu Hashim. Tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum pukul tiga petang, tapi
ada dua lagi soalan dia belum siapkan. Tu belum kira lagi yang lompong-lompong
dengan jawapan yang tak lengkap.
“Weekend
ni kita balik jenguk opah.”
Hampir melompat Medina dari kerusi apabila ada suara
yang berbisik di telinga kirinya. Sikit lagi bunga-bunga silat nak keluar.
Dengan muka selamba Ameer menarik kerusi di sebelah
Medina lalu dia duduk. “Dengar tak?” Soalnya tapi mata memandang kertas soalan Chemistry di atas meja. Keningnya
bertaut.
“Tak siap lagi?” Soalnya pada Medina. Anak mata
masih memanah pada kertas soalan.
“Yang sangkut semua pasal redox ni.” Mukanya ditoleh
pada Medina. Tiada respon. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih berbaki dua
puluh lima minit sebelum jam tiga. Pensil mekanikal di genggaman Medina
diambil.
“Oxidizing
agent dengan Reducing agent dah
hafal?”
“Mmhh.”
“Apa simple
definition of oxidation and reduction?”
“Oxidation is
gain of oxygen. Reduction is loss of oxygen.”
“Oxidation
also loss of electron while Reduction gain electron.”
“The oxidation
alone and the reduction alone are each called a half-reaction, because two
half-reactions always occur together to form a whole reaction. Konsep dia
lebih kurang sama dengan acid-base
reaction. Ingat lagi apa yang Cikgu Hashim cakap pasal Chemistry?”
“emmhh… Chemistry
is all about to find the stability point?”
“Pandai.” Medina tersenyum bangga apabila Ameer
memuji dirinya.
“So,
sekarang dah tahu basic. Cuba kaitkan
dengan soalan ni.” Hujung mata pensil ditalakan ke soalan nombor tujuh belas
yang ada tiga anak soalan. “Yang ni reverse
question. Selalunya kita buat half
equation baru dapat full equation.
Tapi soalan ni bagi kita full equation
supaya kita bagi jawapan half equation.
Actually, soalan macam ni lagi mudah
sebab soalan dah bagi half jawapan
pada kita.”
Cu(s) + 2Ag+(aq) à Cu2+(aq) +
2Ag(s)
“Daripada equation ni kita boleh kembangkan lagi.
Macam ni.”
Cu(s) + 2Ag+(aq) + 2e-
à Cu2+(aq) + 2Ag(s)
+ 2e-
“Yang ni nampak lagi jelas.” Ameer mengangguk setuju
dengan kata-kata Medina. Pensil dihulur kepada Medina. “Cuba siapkan, tengok
betul ke tak.”
Cu(s) à Cu2+(aq) + 2e-
2Ag(s) à 2Ag+(aq)
+ 2e-
“Macam ni?” Kertas soalan ditolak sedikit ke hadapan
Ameer.
“Ermm… Betullah tu.”
“Yes!”
“Tak yes
lagi. You have less than ten minutes to
submit the paper.” Perlahan dia bangun dari duduk. “Ingat weekend ni kita balik.” Sambungnya lagi
sebelum berlalu pergi. Medina mula kelam-kabut. Ada satu lagi soalan dia tak
siap.
“SORRYLAH
semalam aku tak sempat ajar kau pasal
redox. ”
Kepala dia angkat sekejap merenung wajah di
hadapannya. “It’s okay. Bila-bila
nanti kau free ajarlah aku.”
Farah senyum. Beg dia letak elok atas kerusi. Meja
dia betul-betul depan Medina. Jadi senanglah kalau dia nak sembang. Pusing aje
kepala. Kalau tak pun kerusi. “Berapa soalan kau tinggal?”
“Aku jawab semua.”
“Hah?” Bagai terhenti masa apabila dia mendengar
jawapan daripada mulut Medina. Katanya hari tu tak faham tajuk redox ni boleh
pulak jawab semua soalan. Letak duduk cermin mata dia betulkan. Badan dah
menghadap Medina.
Medina sengih dan kening dijungkit-jungkit. Mula dah
dia nak tunjuk riak pada Farah.
“Cis, patutlah kemain
cool je aku tengok!”
“Well…”
Bahu dia angkat sekali. Tangan kanan menyeluk ke dalam beg. Buku teks Biologi
ditarik keluar dan terus dia letak atas meja. Waktu pertama subjek Biologi
dengan Mrs. Jenny. Ada lebih kurang lima minit sebelum kelas mula.
“Kau kasi tibai aje ek? Kalau aku, aku biar aje
ruang jawapan tu kosong. Banyak sikit ruang Cikgu Hashim boleh tolong tuliskan
jawapan. Lagipun Cikgu Hashim baik apa. Lainlah macam Puan Sabariah.
Silap-silap singa dalam hutan pun boleh lari serah diri dekat Zoo Negara sebab
takutkan dia.”
Pecah ketawa mereka. Kelas yang sudah cukup bising
dengan bermacam jenis suara, semakin bising. Masing-masing bagaikan saling
berbalas. Selagi tak sampai pitch
paling tinggi memang tak sah!
“Kau ingat lagi tak masa mula-mula kau kelas dengan Puan
Sabariah? Selamba aje kau panggil dia cikgu.”
“Gila kau tak ingat?! Manalah aku tahu semua orang
‘wajib’ panggil dia Puan. Dah terang tang tang dia mengajar Sejarah mestilah
aku panggil dia cikgu. Nama pun tenaga pengajar.”
“Kau tak takut ke masa tu? Aku tengok muka kau toya
aje. Tak gentar ke?”
“Mahunya aku tak gentar. Rasa nak terkencing dah
aku. Terpaksa tahan.”
“Ouh, tu yang lepas kau ketuk ketampi terus kau lari
pergi toilet?” Medina angguk sambil
gelak. Malu pula bila diingat balik.
“Tapi sebabkan dia jugaklah aku boleh ingat semua
sejarah pahlawan melayu dari kita form
one sampai form five.”
“Iyelah. Mana pernah dibuat orang ketuk ketampi
sambil baca hikayat pahlawan melayu.”
Medina ketawa lagi. “Aku kan rare.” Sebelah keningnya dinaikkan satu saat.
“Hei! Kaki tu tepi sikitlah. Menyibuk betul!” Lantang
suara Emma menyuruh Farah ketepi. Terkeluar sikit aje kakinya pun. Itu pun nak
dijadikan kes!
“Jalan sikit punya besar. Kepoh betullah minah ni.”
Dengan nada meluat Medina menuturkan kata.
“Sana. Sana. Menyibuk aje!”
“Tepilah!”
Elena dan Anis turut sama mengikut langkah Emma.
Dua-dua tu berlumba-lumba nak meniru gaya Emma. Entah apa yang baiknya tiru
perangai orang macam tu.
“Hei, aku luku yang berdua ni karang baru tahu! Mengekor aje kerjanya.” Biji mata Farah dah macam
nak terkeluar dari soket. Geram.
Kelibat Ameer yang baru masuk kelas mematikan
kata-kata Medina yang ingin diluahkan pada Farah. Mata tak lepas memandang
Ameer yang menghala ke arahnya. Dahi berkerut sekejap. Kepala dia pusing sembilan
puluh darjah ke kiri. Ada beg atas kerusi. Patutlah dia masuk kelas tak bawak
beg. Datang awal rupanya.
Lalu sahaja Ameer ditepinya, hidung mengesan bau
rokok. Ameer hisap rokok? Sejak bila?
bila nak sambung? tak sabarrrrr
ReplyDeletebila nak sambung ? Tak sabar nak baca
ReplyDelete