BAB 10
“HOI!”
Tersentak Medina. Gulp, gulp. Dia sendiri boleh dengar
bunyi dia telan air liur.
“Aku tak buat salah okey.”
“Aku rasa kau ni patut daftar masuk WWE.”
Medina kerut kening.
“Tak fahamlah tu. Dah cepat keluar.”
“Nak keluarlah ni. Kau tu yang sibuk halang laluan
keluar aku.” Terkial-kial Medina cuba untuk duduk semula di atas kerusi. Sempit
pulak bila nak keluar. Tadi masa nak masuk kemain meluncur aje ke bawah.
“Heh, tadi kata perut masuk angin! Ni elok je
makan.” Nada perli.
“Perut aku. Mulut aku. Suka hati akulah.”
Suapannya tetap diteruskan. “Kau kalau tak nak
makan, bak sini biar aku yang makankan.” Sambungnya lagi dengan mulut penuh
dengan makanan.
“Hesy, tak ada manners
betullah kau ni.”
“Dengan kau je.” Ameer smirk.
Panas berapi telinga Medina mendengar setiap butir
patah-perkataan yang Ameer keluarkan. Air Mineral disisi kanannya ditarik kasar
dan dibawa ke mulut. Air tersebut diteguk agak rakus dengan harapan rasa panas
dihatinya akan kian berkurang walaupun sebenarnya tak pun.
“Nak makan ke tak tu?” Sekali lagi Ameer bertanya.
“Tak naklah. Tak ada selera.”
“Laaa… Ni yang aku tak suka ni. Membazir aje.”
Medina menjuih bibir. “Tadi kau kata nak. Nahlah
makan.” Pinggan berisi kek itu ditolak ke depan Ameer.
“Benda-benda manis ni mana aku suka. Kita tapau
ajelah. Esok lusa kalau kau teringin makan kek tak payah dah susah-susah nak
kena beli.”
Medina mengangguk mengiyakan kata-kata Ameer itu.
Malas dah mahu melayan. Ameer mengangkat tangan kanannya ke atas memanggil
pelayan. Bergegas salah seorang pelayan wanita datang ke arah mereka berdua.
“Ya, ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong Encik?”
“Dua kek ni awak tolong tapaukan.”
“Baik Encik.” Pelayan wanita itu menganggukkan
kepalanya. Buku nota dan pen yang dipegangnya diselit ke dalam kocek apron.
Kedua-dua piring berisi kek itu diangkat dan kemudian dia bawa menuju ke dapur
restoran.
“Lain kali kalau dah tahu tak ada selera jangan
menyusahkan orang lain suruh belanja kau bagai. Membazir tahu tak? Membazir
masa, membazir duit, membazir tenaga. Aku tahulah kau tu lahir dalam keluarga
senang tapi benda-benda membazir ni tak elok. Cuba kau…”
“Ishh dahlah tu. Kau ni sejak bila suka membebel?”
Masam mencuka mukanya. Benci betul mendengar bebelan si mata kail ini. Yang dia
tahu hanya dia seorang sahaja yang dibenarkan membebel. Orang lain tak boleh!
Hatinya masih geram dengan seorang Ameer Mikail. Bukan geram sebenarnya, tapi
lebih kepada terasa hati dengan layanan yang dipersembahkannya tadi. Hai,
isteri manalah yang tak sakit hati kalau suaminya curang depan-depan.
Ameer tersentak. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya. Macam mana dia boleh lupa nak control dirinya tadi? Sepatutnya dia tak
boleh rasa sebegini selesa dengan Medina. Sepatutnya dia tahu batas-batasnya. Hatinya
mengeluh kesal.
Nafas ditarik dalam.“Dah jom balik.” Dia berdiri
seraya mengajak Medina balik. Nadanya
kembali seperti selalu, sedingin ais kutub utara.
Tanpa berlengah Medina mengikut belakang Ameer
yang sedang sibuk menggodek wallet sebelum berhenti di hadapan
kaunter bayaran. Beberapa helai not lima puluh ringgit ditarik keluar dan
kemudian dihulur kepada cashier
restoran. Selesai resit dan baki dikembalikan oleh cashier yang bertugas, tanpa
berlengah kedua-dua mereka beredar keluar dari restoran.
Situasi yang kekok itu bertambah kekok apabila
Medina berjalan perlahan di belakang Ameer. Mengikut sahaja langkah Ameer
seperti lembu dicucuk hidungnya.
Tiba-tiba kakinya yang sedang melangkah terhenti.
“Aku nak singgah bookstore
sekejaplah. Ada nak beli buku.” Cepat-cepat Medina bersuara. Baru teringat ada
buku yang ingin dia beli apabila ternampak seorang kanak-kanak perempuan sedang
membaca komik.
Ameer memalingkan wajahnya ke belakang. Tanpa riak
dia mengangguk. Tapak tangan kiri dan dan kanan diseluk ke dalam kocek seluar.
KERUTAN pada dahi semakin jelas kelihatan. Sudah
lebih sepuluh minit dia cuba mencari buku yang ingin dibelinya tetapi tetap juga
belum dijumpai.
“Dah sepuluh minit ni. Takkan tak jumpa lagi? Kalau
tak ada nanti lain kali cari dekat tempat lain.”
“Sekejaplah. Hisyy… mana ni?” Daripada posisi
membongkok terus dia ubah ke posisi duduk mencangkung pula. Sakit pinggang
dibuatnya. Mata masih lagi menyorot setiap buku yang berada di rak di
hadapannya itu. Selagi tak jumpa selagi itulah jangan harap aku nak balik!
Tekad Medina di dalam hati.
“Kedai pun dah nak tutup ni. Apa tajuk bukunya meh
sini aku tolong cari sekali.” Tawarnya selepas melihat jam di tangan.
“Lafazkan Kalimah Cintamu. Front cover dia warna merah-merah pic. Lepas tu ada bentuk love dekat tengah-tengah.” Punggung
dijatuhkan ke lantai dan kemudian kedua-dua kakinya disila.
Medina mengeluh perlahan. Kenapa tak jumpa ni?
Takkan dah habis stok pulak. Kata-kata itu hanya berjaya diluahkan di dalam
hatinya sahaja.
“Yang ni ke?” Senada Ameer bertanya dengan kening
yang terangkat. Sekali pandang dia dapat mengecam keberadaan buku itu.
“Mana? Hah, betullah yang ni!” Matanya tercari-cari
buku yang berada di genggaman tangan Ameer. Kepalanya sudah pening melihat
begitu banyak buku dari tadi sampaikan buku di depan mata pun dah tak nampak.
Sengihnya melebar sebaik sahaja dia merampas buku tersebut daripada tangan
Ameer. Terus dia berdiri dengan sebelah tangan menepuk-nepuk sekali dua
punggung untuk membersihkan kotoran pada belakang seluar. Tanpa berlengah kaki
diatur ke kaunter bayaran.
“Macam budak-budak.” Omel Ameer sendirian mengikut Medina
dari belakang.
No comments:
Post a Comment