Tuesday 22 July 2014

Kau Aku Punya! (Bab 11)

BAB 11



“MEDINA QAIRINA!”

“Ya, saya!”

“Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau? Apesal lambat? Janji melayu betullah kau ni!”

“Aku memang melayu apa. Logiklah aku buat janji melayu.”

Alya buat muka bosan. Mak nenek sorang ni memang nak kena. Dahlah lambat on skype lepas tu boleh dia keluar dengan loyar buruk dia. “Kau jangan. Jangan.” Panjang nada jangannya. Di skrin sebelah sana jari telunjuk Alya naik turun atas ke bawah bersama dengan gigi yang diketap-ketap. Geram betul!

Medina hanya gelak. Hot Chocolate disisip sedikit melegakan tekak yang mula rasa berpasir. Malam yang sejuk dengan angin sepoi-sepoi bahasa begini memang sedap minum hot chocolate.

“Eh, eh, sempat lagi tu dia buat air. Kau tahu kau lambat lima belas minit! Aku dah tekad dah tadi kalau lima minit lagi kau tak muncul aku offline terus. Tak teragak-agak. No hesitation. Huh!” Alya berdengus melepaskan geram.

Sorrylah mocik. Aku on the phone dengan mummy tadi tak sedar dah terlajak. Heee… sorry ek?”

“Mummy? Amboi… Story –morrylah sikit dekat aku.” Bersinar-sinar mata Alya. Tak sabar ingin mengorek isi perbualan antara kawan baiknya itu dengan ibu mertua. Menantu tunggal mudalah katakan.

“Hal rumah tangga mana boleh hebahlah.”

Monyok muka Alya mendengarnya. “Amboi dia. Sejak tukar status ni bukan main ustazah.” Sarkastik nada Alya.

Medina tergelak kecil. “Alah, tak ada apa sangatlah. Mummy ingatkan aku supaya balik jenguk opah. Opah dah bising-bising kata aku dengan mata kail tu lama dah tak balik.”

“Ha’ah kan? Kalau tak silap akhir bulan satu hari tu kali terakhir kau balik. Lama jugak tu.”

“Ada dalam  tiga bulan jugaklah kau tak balik.” Sambungnya lagi selepas mencongak-congak.

Medina angguk. Dia juga bersetuju dengan kenyataan Alya.

“Eh, macam mana sekolah? Rindu aku.” Hot Chocolate di dalam cawan tinggal separuh diminumnya lagi.

“Eleh, rindu sekolah ke rindu orang yang dekat sekolah tu?” Perli Alya.
Habis tersedak Medina mendengar perlian daripada Alya itu. Dadanya ditumbuk-tumbuk perlahan melegakan rasa tersedak. Alya yang di dalam skrin ketawa terbahak-bahak sambil tangan memegang perut. Geli hati melihat Medina.

“Kalau dia, aku tak rindu. Cuma curious je.” Sengihnya selesai menuturkan ayat.

“Memang kita ni berkawan baru semalam.” Alya mencebikkan mulutnya. Tak mungkin dia percaya dengan pengakuan daripada Medina itu. Bukan sehari dua mereka kenal, apalah sangat setakat membaca isi hati kawan baiknya itu. Pejam dua belah mata pun bolehlah!

“Hei, betullah!” Sekeras-kerasnya Medina menafikan. Tahu sangat apa yang difikirkan oleh Alya. “Hei, sekarang dah tak boleh dahlah semua tu. Berdosa tau aku kalau ada jugak rasa macam tu lagi.”

“Medina Qairina ke ni?” Berkali-kali dia mengebil-ngebilkan mata bundarnya melihat Medina di dalam skrin computer ribanya.

“Dahlah. Over acting sungguh kau ni! Dah memang hukum kata macam tu nak buat macam mana lagi. Mana boleh aku suka orang lain selain si mata kail tu aje.”

“Wahhh… Ustazah betullah kau sejak dah menikah ni.”

Well, bukan aku nak riak ke apa. Orang yang dah kahwin je berfikiran matang okey.” Dengan gaya bongkak lagi takbur Medina menuturkan kata. Sambil-sambil itu, tangannya sibuk menyebak rambut ke kiri dan ke kanan. Sesekali kepalanya juga terikut-ikut berhayun ke kiri dan ke kanan. Maklumlah rambut panjang mengurai.

Naik meluat Alya melihatnya. Walaupun hanya skrin ke skrin tetapi seperti boleh tembus sahaja tangan ini ke skrin lagi satu itu. Bibir dia herotkan ke kiri mempamerkan betapa meluatnya dia dengan perbuatan Medina yang menyebak rambut ibarat shooting iklan syampu rambut.

“Dah cukup-cukuplah dengan gimik kau tu Na. Marilah kita berbalik semula ke siratulmustaqim. Saya di sini sudah mempunyai symptom –symptom muntah hijau melihatkan aksi yang kurang senonoh anda itu.”

Terkekek-kekek Medina ketawa. “Baiklah jika itu yang tuan hamba mahukan, beta turutkan sahaja.” Tangannya disilangkan ke dada menunjukkan dia sudah mulai serius.

“Hah, pasal kau terjatuh tu. Kau belum habis cerita lagi ke aku. Cepat sambung.” Kedua-dua tangan Alya juga mula disilangkan ke dada. Sebelah keningnya terangkat sambil menunggu Medina mula bercerita tentang insiden terjatuh kedebakgedebuknya di sekolah pada minggu lepas.

Dalam nafas ditarik sebelum dia mula. “Kau ingat kan yang aku text kau cakap aku keluar makan dengan si mata kail tu?”

Alya mengangguk. “Ingat.”

“Masa makan kebetulan mata helang aku ni ternampak Emma. Eh, kau ingat kan Emma?”

“Ingat. Emma si Patimah kan?”

Medina mengangguk mengiyakan. Kemudian dia menyambung lagi. “Then, spontan ajelah aku bagitahu Ameer. Masa tu menggelupur dia macam cacing kepanasan!”

“Terkejut beruklah dia ya?”

“Hahlah! Excited betul aku tengok muka dia masa tu. Tapi kegembiraan aku tu sekejap je. Dalam panik dia tu, boleh dia came up dengan idea yang bernas lagi brilliant! Ada ke dia suruh aku menyorok bawah meja? Kau rasa logik ke?”

What?! Seriously Nana?”

“Eh, I’m just kidding.” Gaya meluat dengan biji mata dijulingkan dibuat di depan skrin komputer ribanya. Sengaja memerli sahabat baiknya. Aku serius boleh dia tanya lagi!

Tawa yang pecah di bibir Alya mulai reda sidikit. Kepalanya digeleng-geleng. Terkejutlah juga tapi sumpah kelakar cerita Medina ini. Tempat itu tempat awam kut. Susah rasanya nak percaya. Tapi dia tahu mustahil Medina berbohong kerana sepanjang dia mengenali Medina, Medina merupakan seorang yang lurus bendul dan agak polos walaupun bijak. Selalu juga dia menyakat Medina sehinggakan merajuk budak itu tak nak bercakap dengannya selama seminggu.

“Okey, okey. Aku minta maaf. Tapi… kau betul-betul menyorok bawah meja jugak ke?”

“Dah tu mana lagi aku nak pergi?”

“Alahai… boleh aje kan kalau kau keluar dari restoran tu. Atau pindah meja lain ke?”

Medina terdiam seketika. Betul juga apa yang diperkatakan oleh Alya. Kenapa nak menyusahkan diri menyorok padahal bukannya aku ada buat salah. “Kenapa aku tak terfikir masa tu ek?”

“Ya Allah… Kau ni, lurus sangat!”

Medina menjuihkan bibirnya. Kepala digaru walaupun tidak gatal. “Masa tu tengah panik. Tak fikir apa dah.”

Alya mengeluh perlahan sambil menggeleng. “Lepas tu apa jadi?”

“Ouh, lepas aku menyorok, Emma pun tergedik-gediklah datang kat meja kita orang tu dengan cousin dia. Apa entah namanya aku tak ingat. Tapi mujur dia berdiri tepi meja aje. Jadi dia tak perasan aku kat bawah. Lagipun memang meja kita orang duduk tu tersorok sikit. Ameer pun dah lindung aku so, agak susah untuk dia nampak unless dia tunduk.”

Lelah bercakap, nafas dia sedut panjang sebelum menyambung kata. Manakala Alya masih setia mendengar. “Masa tu aku rasa macam nak bertukar jadi Hulk! Emma tu sumpah aku kata gedik yang amat! Ameer pulak ewah-ewah… melayan macam Emma tu isteri dia. And the best part is, she asked him to buy her jewelry.”

“Amboi, dah pandai jealous.” Terputus cerita Medina apabila Alya memangkas. Bibirnya senyum mengusik.

“Hoi, aku bukan jealous okey! Aku meluat. Dengan aku nak belanja air pun susah tau.”

Semakin galak Alya ketawa.

Mocik, kau ni sebenarnya cemburu. Cuma tak nak mengaku aje. Kita perempuan ni hati lembut. Senang kalau nak jatuh sayang pada seseorang. Tambah-tambah lagi kau orang dah menikah dekat lima bulan, makanya tak mustahillah kau dah jatuh sayang pada dia. Hari-hari dok mengadap muka dia aje kan?”


Medina mendengus geram. Tak setuju dengan kata-kata Alya.




No comments:

Post a Comment