Friday 25 July 2014

Kau Aku Punya! (bab 12)

BAB 12


PENSIL mekanikal ditangan dipusing-pusing dari satu jari ke satu jari yang lain. Jari telunjuk tangan kiri mengetuk-ngetuk meja berlapikkan kertas soalan Chemistry daripada Cikgu Hashim. Dah sepuluh minit dia tersangkut pada soalan tujuh belas. Kepala diangkat memandang jam besar yang melekat di dinding perpustakaan sekolah itu. Bibirnya melafazkan keluhan. Ni sebelum pukul tiga dah kena ada atas meja Cikgu Hashim. Tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum pukul tiga petang, tapi ada dua lagi soalan dia belum siapkan. Tu belum kira lagi yang lompong-lompong dengan jawapan yang tak lengkap.

Weekend ni kita balik jenguk opah.”

Hampir melompat Medina dari kerusi apabila ada suara yang berbisik di telinga kirinya. Sikit lagi bunga-bunga silat nak keluar.

Dengan muka selamba Ameer menarik kerusi di sebelah Medina lalu dia duduk. “Dengar tak?” Soalnya tapi mata memandang kertas soalan Chemistry di atas meja. Keningnya bertaut.

“Tak siap lagi?” Soalnya pada Medina. Anak mata masih memanah pada kertas soalan.

“Yang sangkut semua pasal redox ni.” Mukanya ditoleh pada Medina. Tiada respon. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih berbaki dua puluh lima minit sebelum jam tiga. Pensil mekanikal di genggaman Medina diambil.

Oxidizing agent dengan Reducing agent dah hafal?”

“Mmhh.”

“Apa simple definition of oxidation and reduction?”

Oxidation is gain of oxygen. Reduction is loss of oxygen.

Oxidation also loss of electron while Reduction gain electron.

The oxidation alone and the reduction alone are each called a half-reaction, because two half-reactions always occur together to form a whole reaction. Konsep dia lebih kurang sama dengan acid-base reaction. Ingat lagi apa yang Cikgu Hashim cakap pasal Chemistry?”

“emmhh… Chemistry is all about to find the stability point?”

“Pandai.” Medina tersenyum bangga apabila Ameer memuji dirinya.

So, sekarang dah tahu basic. Cuba kaitkan dengan soalan ni.” Hujung mata pensil ditalakan ke soalan nombor tujuh belas yang ada tiga anak soalan. “Yang ni reverse question. Selalunya kita buat half equation baru dapat full equation. Tapi soalan ni bagi kita full equation supaya kita bagi jawapan half equation. Actually, soalan macam ni lagi mudah sebab soalan dah bagi half jawapan pada kita.”

Cu(s)  +  2Ag+(aq)   à  Cu2+(aq)  +  2Ag(s)

“Daripada equation ni kita boleh kembangkan lagi. Macam ni.”

Cu(s)  + 2Ag+(aq)  +  2e-  à  Cu2+(aq)  + 2Ag(s)  +  2e-

“Yang ni nampak lagi jelas.” Ameer mengangguk setuju dengan kata-kata Medina. Pensil dihulur kepada Medina. “Cuba siapkan, tengok betul ke tak.”

Cu(s)  à  Cu2+(aq)  +  2e-
2Ag(s)  à 2Ag+(aq)  +  2e-

“Macam ni?” Kertas soalan ditolak sedikit ke hadapan Ameer.

“Ermm… Betullah tu.”

Yes!”

“Tak yes lagi. You have less than ten minutes to submit the paper.” Perlahan dia bangun dari duduk. “Ingat weekend ni kita balik.” Sambungnya lagi sebelum berlalu pergi. Medina mula kelam-kabut. Ada satu lagi soalan dia tak siap.



SORRYLAH semalam aku tak sempat ajar kau pasal redox. ”

Kepala dia angkat sekejap merenung wajah di hadapannya. “It’s okay. Bila-bila nanti kau free ajarlah aku.”

Farah senyum. Beg dia letak elok atas kerusi. Meja dia betul-betul depan Medina. Jadi senanglah kalau dia nak sembang. Pusing aje kepala. Kalau tak pun kerusi. “Berapa soalan kau tinggal?”

“Aku jawab semua.”

“Hah?” Bagai terhenti masa apabila dia mendengar jawapan daripada mulut Medina. Katanya hari tu tak faham tajuk redox ni boleh pulak jawab semua soalan. Letak duduk cermin mata dia betulkan. Badan dah menghadap Medina.

Medina sengih dan kening dijungkit-jungkit. Mula dah dia nak tunjuk riak pada Farah.

“Cis, patutlah kemain cool je aku tengok!”

Well…” Bahu dia angkat sekali. Tangan kanan menyeluk ke dalam beg. Buku teks Biologi ditarik keluar dan terus dia letak atas meja. Waktu pertama subjek Biologi dengan Mrs. Jenny. Ada lebih kurang lima minit sebelum kelas mula.

“Kau kasi tibai aje ek? Kalau aku, aku biar aje ruang jawapan tu kosong. Banyak sikit ruang Cikgu Hashim boleh tolong tuliskan jawapan. Lagipun Cikgu Hashim baik apa. Lainlah macam Puan Sabariah. Silap-silap singa dalam hutan pun boleh lari serah diri dekat Zoo Negara sebab takutkan dia.”

Pecah ketawa mereka. Kelas yang sudah cukup bising dengan bermacam jenis suara, semakin bising. Masing-masing bagaikan saling berbalas. Selagi tak sampai pitch paling tinggi memang tak sah!

“Kau ingat lagi tak masa mula-mula kau kelas dengan Puan Sabariah? Selamba aje kau panggil dia cikgu.”

“Gila kau tak ingat?! Manalah aku tahu semua orang ‘wajib’ panggil dia Puan. Dah terang tang tang dia mengajar Sejarah mestilah aku panggil dia cikgu. Nama pun tenaga pengajar.”

“Kau tak takut ke masa tu? Aku tengok muka kau toya aje. Tak gentar ke?”

“Mahunya aku tak gentar. Rasa nak terkencing dah aku. Terpaksa tahan.”

“Ouh, tu yang lepas kau ketuk ketampi terus kau lari pergi toilet?” Medina angguk sambil gelak. Malu pula bila diingat balik.

“Tapi sebabkan dia jugaklah aku boleh ingat semua sejarah pahlawan melayu dari kita form one sampai form five.”

“Iyelah. Mana pernah dibuat orang ketuk ketampi sambil baca hikayat pahlawan melayu.”

Medina ketawa lagi. “Aku kan rare.” Sebelah keningnya dinaikkan satu saat.

“Hei! Kaki tu tepi sikitlah. Menyibuk betul!” Lantang suara Emma menyuruh Farah ketepi. Terkeluar sikit aje kakinya pun. Itu pun nak dijadikan kes!

“Jalan sikit punya besar. Kepoh betullah minah ni.” Dengan nada meluat Medina menuturkan kata.

“Sana. Sana. Menyibuk aje!”

“Tepilah!”

Elena dan Anis turut sama mengikut langkah Emma. Dua-dua tu berlumba-lumba nak meniru gaya Emma. Entah apa yang baiknya tiru perangai orang macam tu.

“Hei, aku luku yang berdua ni karang baru tahu! Mengekor aje kerjanya.” Biji mata Farah dah macam nak terkeluar dari soket. Geram.

Kelibat Ameer yang baru masuk kelas mematikan kata-kata Medina yang ingin diluahkan pada Farah. Mata tak lepas memandang Ameer yang menghala ke arahnya. Dahi berkerut sekejap. Kepala dia pusing sembilan puluh darjah ke kiri. Ada beg atas kerusi. Patutlah dia masuk kelas tak bawak beg. Datang awal rupanya.


Lalu sahaja Ameer ditepinya, hidung mengesan bau rokok. Ameer hisap rokok? Sejak bila?



2 comments: