Monday 13 May 2013

Teaser for the new project :-p

*sekarang ni Ara lagi galak menaip untuk cerita ni dari yang cerita pertama.. kenapa? sebab... yang ni ada plot dia.. Ara dah siap susun pun.. so, memang sah2 lah akan siap! tapi tak boleh promise bila boleh siap.. for those yang menanti terima kasih sangat2 ^^*


--------------------------------------------------------------------------------------------



“AMBOI, anak dara bangun lambat.”
Hehe, bukan selalu pun. Malam tadi leka sangat siapkan assignment yang bergunung-gunung tu.” Jawabnya dengan sengih dibibir.
Walaupun jarum jam baru menunjukkan angka lapan namun bagi keluarga mereka ianya dikira lewat bagi sesiapa yang bangun pada waktu sebegitu. Selalunya sejurus sahaja solat subuh masing-masing akan terus berjaga dengan menyelesaikan tugas masing-masing. Mana elok lepas subuh tidur! Rezeki tak masuk kut.

“Mama masak apa ni?” Soalan yang tak berapa cerdik keluar dari mulut. Dah trang tang tang nampak dekat atas meja tu ada nasi lemak, sambal tumis dengan telur dan timun. Lagi mau tanya?

“Nasi lemak. Papa teringin makan nasi lemak. Katanya dah lama tak makan.” Siap dengan huraian jawapan yang diberi. Ni kalau dalam periksa mesti dapat markah penuh punyalah!

Wahh, Aya rasa telepati Aya dengan papa kuat ni. Tahu-tahu je yang anak kesayangan teringin nak makan nasi lemak mama dia.” Berdekah-dekah ketawa dia. Punyalah SS statement yang dia bagi pada mama. Papanya yang tadinya leka bersantap berdehem sekali.

“Eh eh, perahsantan betullah anak bertuah sorang ni. Papa punya kesayangan cuma mama sorang aje tau.” Matanya dikenyit ke mama. Mama pula kelip-kelip mata konon-konon malu. Flying kiss diterbangkan ke papa untuk membalas kenyitan matanya tadi. Papa dengan cepatnya terus menyambutciuman terbang’ mama dan terus diletakkan ke dadanya. Ewah!

Dahlia yang sejak tadi jadi penonton setia memang dah sedia untuk muntah hijau. Mama dan papanya selalu sangat buat adegan-adegan macam tu di depannya. Kadang tu dia yang termalu sendiri. Kak Orked dengan abang Alif masing-masing dah berkeluarga, makanya tinggallah dia seorang sahaja yang terpaksa mengadap drama-drama Hindustan mama dan papa.
“Euwww, dah la tu. Geli Aya tengok. Kak Orked… Abang Alif !!”

No comments:

Post a Comment