Wednesday 15 May 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 1)




*yang rajin tu silalah drop komen hokey! <3*




BAB 1

“AMBOI, anak dara bangun lambat.”
Hehe, bukan selalu pun. Malam tadi leka sangat siapkan assignment yang bergunung-gunung tu.” Jawabnya dengan sengih dibibir.

Walaupun jarum jam baru menunjukkan angka lapan namun bagi keluarga mereka ianya dikira lewat bagi sesiapa yang bangun pada waktu sebegitu. Selalunya sejurus sahaja solat subuh masing-masing akan terus berjaga dengan menyelesaikan tugas masing-masing. 
Mana elok lepas subuh tidur! Rezeki tak masuk kut.

“Mama masak apa ni?” Soalan yang tak berapa cerdik keluar dari mulut. Dah trang tang tang nampak dekat atas meja tu ada nasi lemak, sambal tumis dengan telur dan timun. Lagi mau tanya?

“Nasi lemak. Papa teringin makan nasi lemak. Katanya dah lama tak makan.” Siap dengan huraian jawapan yang diberi. Ni kalau dalam periksa mesti dapat markah penuh punyalah!

Wahh, Aya rasa telepati Aya dengan papa kuat ni. Tahu-tahu je yang anak kesayangan teringin nak makan nasi lemak mama dia.” Berdekah-dekah ketawa dia. Punyalah SS statement yang dia bagi pada mama. Papanya yang tadinya leka bersantap berdehem sekali.

“Eh eh, perahsantan betullah anak bertuah sorang ni. Papa punya kesayangan cuma mama sorang aje tau.” Matanya dikenyit ke mama. Mama pula kelip-kelip mata konon-konon malu. Flying kiss diterbangkan ke papa untuk membalas kenyitan matanya tadi. Papa dengan cepatnya terus menyambutciuman terbang’ mama dan terus diletakkan ke dadanya. Ewah!

Dahlia yang sejak tadi jadi penonton setia memang dah sedia untuk muntah hijau. Mama dan papanya selalu sangat buat adegan-adegan macam tu di depannya. Kadang tu dia yang termalu sendiri. Kak Orked dengan abang Alif masing-masing dah berkeluarga, makanya tinggallah dia seorang sahaja yang terpaksa mengadap drama-drama Hindustan mama dan papa.

“Euwww, dah la tu. Geli Aya tengok. Kak Orked… Abang Alif !!”
Berderai ketawa Hamzah dan Ros melihat gelagat anak bongsu mereka itu. Memang sudah diduga reaksi Dahlia itu kerana setiap kali mereka ‘berdrama’ hanya itu ajelah yang akan dia sebut kerana cemburu dengan ketiadaan kakak dan abangnya semasa papa dan mamanya bergurau-senda sebegitu. Disebabkan mereka semua tahu yang Hana Dahlia Kamarul Hamzah memang alergik gila pada benda-benda yang cheesy macam tu, makin giat disakat budak tu. Baik Puan Ros, Encik Hamzah, Orked mahupun Alif, masing-masing suka menyakat Dahlia sehingga berair-air mata.

“Aya teman mama beli barang dekat pasar sekejap lagi ya?” Pinta Puan Ros setelah ketawanya mulai reda.

“Eh, bukan selalu mama pergi dengan papa ke?”

Soalan dijawab dengan soalan. Punyalah bertuah! Sesudu nasi lemak sudah selamat masuk ke dalam mulutnya tapi mata tetap pandang pada mamanya sambil kening sebelah terjungkit sedikit. Kemudian beralih pula ke papanya dan bertukar semula ke wajah mamanya.

“Papa kena keluar, ada meeting dengan Uncle Musadiq.”

Meeting? Hari Ahad? Biar benar?” Mukanya dah berkerut memandang papa yang sedang meneguk milo panas. Macam pelik aje jawapan mama, kenapa tak meeting dekat office aje esok? Kan ke lagi mudah.

Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka sahaja.” Pecah ketawa mereka bertiga. Sempat lagi Encik Hamzah buat lawak dengan ayat skema dia.

“Main-mainlah papa ni.” Adu Dahlia dengan sisa ketawanya.

Haha, betullah. Sebabnya Isnin ni dia dah fly ke Korea. Next week baru balik. Takkan papa nak kena tunggu seminggu, lama sangat tu.”

“Ohhh… Dia nak melabur untuk upcoming project tu ke?” Tanya Dahlia lagi.

“Tak, tapi kawan dia yang nak. So, kira dia jadi orang tengah kali ni untuk projek tu.”

“Ouhhhh… Kenapa dia tak nak labur sekali?”

“Laa… Kan ke dia dah melabur untuk projek dekat Perak tu. Uncle Musadiq tu bukannya kaya macam Sultan Brunei.”

“A’ah jugakkan.”
“Dah, dah cepat makan. Kita dah lambat sangat-sangat dah ni.”

 Cepat-cepat Puan Ros memangkas kata-kata Dahlia. Kalau dibiarkan tak ke pasar dibuatnya nanti.


Dahlia senyum menampakkan dua baris gigi putihnya. Faham yang mama memerli dia.







No comments:

Post a Comment