Tuesday 13 January 2015

Kau Aku Punya! (Bab13)


BAB 13


NAFAS berat dia lepaskan. Lama otak mencerna. Betul ke Ameer smoking?

“Kalau tak nak makan, bagi aje kat aku.” Mangkuk berisi mee hailam dia letak atas meja. Fresh orange di tangan sebelah kiri dia sedut sikit sebelum turut letak atas meja. Kemudian punggungnya direbahkan ke kerusi.

“Aku makanlah…” Perlahan Medina menjawab. Mata tekun merenung enam orang pelajar di meja paling hujung sana. Sepanjang tinggal serumah selama lima bulan ini tak adalah pulak dia nampak Ameer smoking. Baru mula ke?

“Apa yang kau fikir sampai berkerut-kerut dahi tu?”

“Tak ada apalah.” Medina berdalih.

“Hmm… Kalau dah ready nak share. Sharelah. Aku okey aje nak nak dengar.” Dengan mulut penuh Farah bersuara.

“Tercekik karang baru tahu.” Medina sengih mengusik. Buntang biji mata Farah mendengar. Kojol betul jugak aku kejap lagi ni.

“Cuti semester ni kau ada apa-apa projek?”

Medina geleng. “Kenapa?”

“Kalau tak ada, aku nak ajak kau join aku. Itu pun kalau kau naklah.”

“Kau nak buat projek apa pulak ni?”

Farah senyum jahat dengan kening dijungkit-jungkit. “Aku nak…”

“Hai!” Ceria suara Haikal menegur. Tergantung ayat Farah tak sempat dia habiskan. Selamba Haikal menarik kerusi sebelah Medina dan terus dia labuhkan duduk di situ. Farah menjulingkan mata. Meluat betullah aku dengan mangkuk sorang ni.

“Kau nak apa ni Haikal?”

“Nak jumpa dengan Medinalah.” Sekilas dia memandang Farah sekaligus menjawab soalan Farah.

Medina buat dek sambil tangan terus menyudu nasi lemak dalam pinggan ke mulutnya. Bukan Farah aje yang meluat dengan Haikal ni. Dia pun meluat jugak! Asal nampak aje terus datang nak menyendeng. Berapa kali warning pun tak lut.

“Dah makan ke Haikal?” Acuh tak acuh Medina menyoal.

“Belum.” Wajah Medina dia tenung dalam.

“Haih, tak lapar ke?” Sarkastik nada Farah bertanya.

“Tak. Tengok muka awak pun dah buat saya kenyang.” Sengih sendiri dia melihat wajah di sebelahnya.

“Farah cepat habiskan mee tu. Kelas pun dah nak start ni.”

“Eh, cepatnya. Tunggulah saya makan dulu. Lapar ni.”

“Tak cukup kenyang lagi ke? Lama dah tu tenung Medina.” Farah memerli selamba dan Medina gelak perlahan.




BUKANNYA dia tak perasan dari tadi lagi Medina tak sudah-sudah memandang dirinya. Saje dia buat-buat tak tahu sebab dia sendiri pun memang ada curi-curi pandang pada orang di sana juga. Karang tak pasal kantoi naya aje. So, lebih baik buat-buat tak tahu. Kadang-kadang benda yang dibuat diam-diam lebih baik daripada yang dibuat secara terbuka.

“Hoi, menung!”

Terkedepan sedikit badannya. Terkejut dengan sergahan Zack daripada belakang. Kelibat KZ ditepi sudahpun beralih di hadapan. Zack duduk di kerusi sebelah dan KZ pilih tempat duduk di hadapan. Zack dan KZ masing-masing ubah tempat duduk sebaik sahaja tiga orang anak dara tak berapa nak pingitan ( Emma, Elena dan Anis) beredar sebab ada meeting dengan kelab Tenis sempena festival yang akan datang ni. Al-maklumlah, tiga orang tu orang kuat kelab. Seorang jadi presiden, seorang lagi jadi setiausaha dan yang seorang lagi pegang jawatan bendahari. Sah-sahlah kelab tu jadi dia orang yang punya.

“Eh, mana dia orang semua?”

“Hah, tu lah. Menung aje kerja kau. Sampai Paris Hilton jadian blah pun tak sedar.” KZ geleng kepala.

Ameer kerut dahi.

“Aik, tak perasan ke? Apa yang kau mimpi tadi ni der?” Zack tepuk dua tiga kali bahu Ameer. Sekilas dia memandang Ameer. Mulut sudah mula mengukir sengih keji. Pandangan mata beralih pada KZ di depan.

“Kau tak sedar ke dia kiss pipi kau tadi?”

“Hah?” Terbeliak biji mata Ameer.

Zack sengih. “Taklah. Aku gurau je.” Tangan dia angkat tinggi. Rasa best dapat troll member.

“Tak adanya aku nak biar orang buat maksiat depan aku.” KZ tambah sikit bila tengok reaksi muka Ameer yang masih juga lagi tak percaya.

“Hei, aku bagi jugak ni!” Penumbuk dikepalnya.

“Bila kau nak buat meeting ni? Banyak benda tak finalize lagi ni.” File folder yang terletak elok atas meja KZ buka. Sehelai demi sehelai dia selak. Zack yang turut bersetuju mengangguk.

“Ermm…”

Weekend?” KZ menyoal.

Again? No. No. My weekend is too precious.” Kening Zack terangkat. Kedua-dua belah tangan dia depakan separuh ke depan. “Tak adanya aku nak menyanggup lagi korbankan hari dating aku semata sebab ni.”

“Taklah. Weekend aku dah tak nak usik. Lagipun memang aku dah plan nak balik jumpa opah pun.” KZ mengangguk sebagai tanda dia setuju dan dia faham.

“Dengan Nana?” Tiba-tiba intonasi suara Zack bertukar teruja.

Ameer kerut dahi. “Nana?”

“Nana… Medina.”

“Eh, eh! Sedap-sedap aje kau panggil dia Nana. Sape bagi mandat?” Kepala Zack ditarik kasar ke bawah ketiak. Dia kepit sekuat yang boleh.

“Aduh, aduh! Sakit, sakit! Sakit!”

“KZ. Member kau ni makin sensetiplah. Usik sikit pun tak boleh.” Tangannya mengurut tengkuk yang baru kena head lock dengan Ameer.

“Terlebih matang dari usia kan…” Ameer tunjuk penumbuk pada Zack.

“Hahahahahahaha………..” Gelak besar Zack dan KZ. Mata Ameer beralih semula ke arah meja tempat duduk Medina dan Farah. Dahinya berkerut berlapis-lapis. Entah sejak bila Haikal duduk semeja dengan mereka. Sebelah Medina pulak tu. Dahlah rapat.


KZ dan Zack yang turut sama memandang Medina cuba memaksa diri untuk berhenti ketawa. Mata Ameer yang memanah ke arah sana dah berubah serupa macam mata Superman masa keluar laser.







4 comments:

  1. lama saya tunngu smbungn KAP..nk lagi..:D

    ReplyDelete
  2. So sambungan seterusnyer....?

    ReplyDelete
  3. nakkk lagiii :))))))))))))))))

    ReplyDelete
  4. Update pleaseeeeeee. TQ

    ReplyDelete